Permulaan.. (II)

...sambungan

Hari kedua aku memulakan kerjaya yang pertama aku, terasa sangat-sangat berat hati kerana mengikut keadaan aku masih lagi dalam "mood study" lagi bak kata orang. Dan aku masih lagi baru tamat belajar serta freshy lagi jadi aku amat berat hati sekarang ini seperti mahu sahaja aku menjerit sekuat hati untuk melepaskan segalanya agar terasa puas hati aku ini. Demi kerjaya dan cita-cita yang aku impikan selama ini, aku teruskan jua langkah setapak demi setapak untuk ke pejabat. Maksu perasan akan perubahan pada diri aku pagi ini dan sempat bertanya akan apa yang terjadi dan takut-takut jikalau aku tak sihat atau apa saja yang tak elok tentang aku. Maksu aku memang begitu cepat risaukan sesuatu lagi-lagi sesuatu perkara itu agak merumitkan dan pasti Maksu akan lebih risau. Sekarang sudah menunjukkan jam 8.15 pagi, aku masih lagi duduk termenung di atas kerusi memikirkan sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu akan apa yang aku sedang fikirkan itu.

Aku sudah lambat !! Aku perlu bergerak sekarang untuk ke pejabat, takut-takut nanti aku akan terlambat dan bos pasti akan memarahi aku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat. Maksu menjerit memanggil aku. "Syaza !! Sudah sarapan ke belum? Kenapa tergesa-gesa tu? Hati-hati pergi kerja." Aku menjawab. "Belum lagi Maksu. Sudah lambat. Pergi dulu." Lantas aku pergi ke hujung simpang jalan dan terus menahan teksi. Baru hari kedua aku bekerja sudah buat hal dengan datang lambat. Aku tak sengaja dek kerana aku asyik memikirkan hal tentang semasa aku masih belajar lagi. Terlalu rindu rasanya aku pada waktu-waktu belajar dahulu walaupun masih baru lagi aku tamat belajar tetapi perasaan rindu sudah mengetuk pintu hati ini kerana segala pengalaman yang aku tempuhi semasa zaman belajar dahulu terlalu banyak dan bercampur kenangan manis, pahit, gelak tawa, tangisan, mengajar aku erti memahami kehidupan alam dewasa dan realiti dunia.

8.52 pagi dan aku masih lagi di dalam teksi sedang menuju ke pejabat. Aku lihat pakcik drebar di depan sedang asyik melayan lagu retro nyanyian S. Jibeng bertajuk Selamat Tinggal Pujaan. Mendengar lirik dan melodi lagu itu terasa tenang sedikit hati aku walaupun aku tahu aku sudah lambat untuk ke pejabat. Maklumlah jalan di Kuala Lumpur ini senantiasa sesak dan tak pernah lengang. Setibanya aku di pejabat, aku melihat kak Lina sedang duduk di kerusinya dan sibuk mengemaskini kertas kerja yang banyak di atas mejanya itu. Sedang aku menuju ke meja aku, tiba-tiba kak Lina menjerit memanggil namaku. "Syaza Damia!! Bos awak panggil masuk bilik kurungan sana." Kata kak Lina sambil mencuba melawak pagi-pagi hari. Aku terkejut mendengar kak Lina berkata begitu lantas aku letak barang-barang aku dan terus masuk ke bilik bos aku. "Apa sahaja orang tua ni hendak dengan aku pagi-pagi hari ini?" Bisik hatiku. Untuk kali pertama aku akan berjumpa dengan bos syarikat tempat aku bekerja ini. Mungkin rupanya berkedut-kedut, rambut beruban, dan pasti dengan muka bengis yang amat menakutkan sesiapa sahaja yang melihat bos aku itu. Kak Lina juga tak pernah memberitahu kepadaku tentang ciri-ciri bos syarikat ini.


Mungkin juga aku di panggil kerana kelewatan aku masuk ke pejabat hari ini. Harap-harap aku tidaklah di marahi oleh bos aku yang tua itu. Hati aku terasa sangat berdebar-debar pagi ini adakah kerana takut akan bos atau apa sahaja yang bermain di fikiranku ini. Aishh!! Aku harus kuatkan diri demi kerjaya idaman aku ini. Segalanya perlu aku lalui untuk mencapai cita-cita dan impian yang selama ini aku bekerja keras demi kesenangan yang harus aku cari untuk membalas budi kedua orang tua ku di kampung sana. Kerana mereka lah aku sekarang di sini mengapai impian dan cita-cita sejak dari kecil lagi. Untuk itu aku harus berusaha, berusaha dan terus berusaha agar dapat aku membalas segala budi keluargaku walaupuan aku tahu aku takkan pernah dapat membalas walau seribu tahun lagi kerana kasih sayang yang di curahkan oleh kedua ibu bapaku tak ternilai harganya sekalipun.


bersambung...

Pelangi Petang.. 5.0

Kronologi -- I II III IV V



Perlahan suara dia berbisik kepada aku,"awak jangan nangis yer. Saya pergi dulu. Awak janji dengan saya bila saya sudah tiada lagi nanti awak cari pengganti yang lebih baik dari saya ye. Saya bukan yang terbaik untuk awak dan saya tidak layak untuk cinta awak. Awak janji lupakan saya lepas saya pergi..." Semakin kuat aku menangis kerana aku tak sanggup untuk melepaskan dia pergi. Rupanya semasa dia beritahu yang ibu dia sakit di kampung sebenarnya dia yang sedang melawan kesakitan itu. Aku menyesal kerana tidak dapat menjaga dia seperti yang telah aku janjikan kepada dia.

Hari ini genap sebulan dia telah pergi meninggalkan aku dan juga kawan-kawan semua. Aku masih lagi merindui dia. Rindu senyuman dan renungan dia. Rindu semua masa yang kami luangkan masa bersama. Rindu gelak tawa dari dia. Rindu semua tentang dia yang sentiasa melengkapkan hari-hariku ini. Mungkin ini sudah takdir dan aku redha merelakan pemergian dia dan aku berjanji akan mengenggam segulung ijazah yang kami idamkan bersama dahulu. Aku berjanji.

Dia ibarat pelangi petang yang sentiasa menghiasi diri ini dengan warna yang penuh dengan kegembiraan. Dia bukan cahaya yang aku cari tetapi dia adalah pelangi petang yang akan aku sentiasa tunggu kehadirannya untuk mewarnai dan menghiasi hari-hariku yang kosong ini. Akan aku sentiasa menunggu pelangi itu untuk aku tatapi setiap kali aku merindui dia yang aku cintai selamanya…




-Tamat-

Tujahan

Part: I II

Kadil kalut seketika. Aku juga menjadi hilang arah dan lantas mencapai kunci kereta. 2 jam perjalanan memang menggelisahkan. Suasana dalam kereta terlalu sepi kerana masing-masing masih lagi terkejut dengan apa yang di perkatakan oleh Icha. "Aku tak tahu nak fikir apa lagi Izzat. Kusut pula tetiba, serabut pun ada." Keluh Kadil. "Kita tunggu je nanti. Kita tengok apa yang boleh kita buat. Jangan kusut sangat Kadil."



Mayat Amri telah selamat di kebumikan petang itu. Semuanya menjadi serba tak kena. Icha sugul sahaja sambil airmatanya berlinangan. Kadil juga begitu. Aku menjadi terlalu lemah untuk berkata-kata. Menurut kata orang kampung Amri bergelut dengan dengan perompak itu sebelum dia di tembak berkali-kali. Mungkin bukan silap Amri yang meletakkan kereta betul-betul di hadapan bank itu. Perompak menjadi kalut lantas menjadikan kereta Amri sebagai mobil mereka. Namun, Amri berkeras untuk memberi kerjasama. Di situlah detik-detik yang mencemaskan berlaku. Ternyata kehilangan seorang rakan kongsi yang begitu dedikasi amatlah dirasai.

Kes itu tidak terhenti di situ sahaja. Aku mula mencurigai sesuatu. Sebulan selepas kematian Amri, Kadil dan Icha menjadi mesra. Tidak seperti sebelum ini, pabila muncul sahaja Icha, pasti Kadil akan menarik muka. Aku tidak tahu mengapa tapi yang pastinya aku akan menyiasat kematian Amri yang menjadi tanda tanya di kotak fikiran aku.

Pelangi Petang.. 4.0

Kronologi -- I II III IV V

Hari ini sudah genap lima bulan kami bersama dan bercinta. Aku amat bersyukur kerana kami masih kekal bersama berdua mencintai. Tetapi aku perasan ada sedikit perubahan terhadap diri dia akhir-akhir ini. Dan aku mula bertanya kepada dia tetapi jawapan dia masih sama,“takde ape-ape pun sayang.” Aku masih percaya dia ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Aku mula bertanya kepada kawan-kawan rapat dia tentang perihal dia yang sentiasa dia sembunyikan sesuatu dari aku. Bukan niat untuk menyibukkan diri tetapi perasaan cinta aku lebih kuat dari itu dan aku ingin menjaga dia kalau-kalau dia sedang sakit atau dalam kesusahan. Kerana aku telah berjanji akan terus setia di sisi dia tak kira apa pun jua yang terjadi. Walau apa pun aku mesti mencari kepastian untuk aku mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada insan yang aku cintai ini. Aku berdoa dan berharap aku dapat temui jawapan yang aku cari selama ini.

Pagi ini aku telah menghantar mesej kepada dia untuk bertemu di tasik tempat yang selalu kami luangkan masa bersama dan aku berjanji untuk bertemu pada jam 5.30 petang. Aku berbuat begitu kerana kami sudah empat hari tidak bertemu dan aku sangat rindukan dia.mesej yang aku hantar tidak berbalas dan aku berharap dia sudah membaca dan akan datang petang ini. Aku berharap dengan hati yang penuh kerinduan dan rasa cinta yang mendalam terhadap dia. Sekarang sudah pukul 5.45 petang dan sudah lima belas minit aku menunggu dia tetapi masih dia belum sampai juga. Aku menanti dengan penuh sabar. Dia masih belum tiba. Sedang aku menanti tiba-tiba aku dapat panggilan dari kawan baik dia meminta untuk aku pergi ke hospital sekarang juga. Aku bertanya kenapa dan kawan dia menjawab ini tentang si dia yang aku cintai. Tanpa aku sedari airmataku mula mengalir ke pipi. Aku tidak tahu mengapa tetapi aku kuatkan semangat untuk pergi ke hospital agar aku dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi terhadap kekasih yang aku cintai.



Setibanya di hospital aku pergi ke bilik wad 135 seperti yang di perkatakan oleh kawan dia. Aku melihat seorang gadis yang amat aku kenali dan aku sayangi sedang terlantar di atas katil hospital melawan sakit yang terasa amat perit sekali. Aku menghampiri gadis itu dan aku mula berbisik,"awak, saya sudah sampai di sini. Awak jangan tinggalkan saya seorang diri di sini. Saya perlukan awak untuk hidup bersama harungi dunia ini. Awak jangan pergi dulu, saya perlukan awak!!! Saya cintakan awak!!! Saya nak hidup bersama awak!!! Saya nak mati dengan awak!!! Awak tolong jangan tinggalkan saya seorang diri di sini!!!". Aku menangis sendirian tanpa pedulikan semua orang.

Tujah

Part: I II

"Kita tak perlukan dia dalam rancangan ni!" tentang Kadil. Memang si Kadil itu sudah lama bertegang urat dengan Amri. Katanya Amri tidak boleh dipercayai dan mudah saja untuk membocorkan rahsia. Memang, Amri sudah banyak berubah dan tidak seperti dulu. Jika dulu dia seorang yang senantiasa mementingkan tali persahabatan melebihi segala-galanya. Pernah sekali Kadil kesempitan duit. Namun, Amri sedia menghulur bantuan, katanya "hari ni hari kau, mana tahu esok lusa aku susah." Prinsip itu yang dipegang membuatkan semua senang untuk bersahabat dengan Amri. Tapi itu dulu, kisah dulu yang tak mungkin akan berulang kembali melainkan dia mampu mengubah sikapnya. Puncanya hanya satu. Dan ia merubah segalanya ketika ini. "Kalau dulu memanglah kita boleh harapkan dia tapi sekarang.." lidah Kadil terkelu untuk meneruskan kata-katanya. "Aku faham perasaan kau, tapi kita tak boleh ketepikan dia. Kita bertiga pernah bersama ketika dibawah. Takkan kita nak abaikan dia macam tu je," ujar aku dengan niat untuk menenangkan seketika keadaan. "Kita tunggu dia balik dari Felda Tenang, katanya program anjuran syarikat Utiliziation tu beberapa hari je. Nanti kita bincang sama-sama. Ok ?" sambung aku. "Yelah," jawab Kadil ringkas.

Nama Kami GraphTech sudah semakin dikenali sekarang ini. Memang sengaja nama Kami GraphTech dipilih atas kepakaran dalam bidang masing-masing dan ianya merupakan hasil titik peluh kami bertiga dalam usaha menjayakan rancangan ini. Segala susah senang dilalui bersama. Ternyata persahabatan yang terjalin sejak dari sekolah terlalu utuh. Tapi segalanya berubah sejak Amri menjalin hubungan dengan Icha. Sejak Icha muncul dalam hidup Amri segalanya berubah termasuk persahabatan kami. Amri seolah-olah hanya menurut apa sahaja kemahuan Icha. Segala perlakuan Amri akan diperhatikan Icha sehingga kami meluat dengan perangai Icha. Perjalanan projek syarikat Kami GraphTech juga terganggu akibat campur tangan Icha. Amri hanya mampu mengiyakan setiap telunjuk Icha.

Pagi itu Kadil ke pejabat seperti biasa dan dia menantikan kepulangan Amri dengan penuh kesabaran. Nilai persahabatan amat tinggi di mata Kadil. Namun yang ditunggu tidak kunjung tiba. Hampa dan kekecewaan jelas terpancar di muka Kadil. Deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian. Mesej dari nombor tidak di kenali terpapar. "aku minta maaf Kadil". Hanya itu yang terpapar.

Pelangi Petang.. 3.0

Kronologi -- I II III IV V




Lama aku tunggu dia untuk bersama-sama menelaah pelajaran di perpustkaan seperti dulu. Rasanya sudah lebih satu jam aku menunggu dia di dalam perpustakaan ini tetapi dia masih lagi belum tiba. Aku menjadi risau dan tak pasti adakah kerana soalanku semalam yang membuat dia tidak mahu berkawan dengan aku lagi atau dia terlupa yang aku sedang menunggu dia di sini. Aku cuba untuk menghubungi dia tetapi telefonnya dimatikan. Aku cuba pula mencari dia di tempat-tempat yang selalu kami luangkan bersama tetapi tiada. Ke mana agaknya dia pergi sehingga aku sukar untuk mencarinya hari ini. Aku cuma ingin meminta maaf jika aku ada tersalah cakap atau ada menyakitkan hati dia. Aku tidak mahu ini semua terjadi kerana aku sayangkan dia dan tak mahu kehilangan dia. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi pada dia kerana dia tak pernah begini walaupun terlambat datang dia pasti beritahu kepadaku. Aku risau.

Seminggu aku mencari dia tetapi gagal. Kemudian aku menerima satu pesanan ringkas daripada dia,"Awak, saya balik kampung kerana ada hal. Ibu saya sakit." Aku membaca dengan penuh rasa bersalah kerana aku terlalu banyak berfikir yang buruk-buruk tentang dia. Walaupun aku lega tetapi jauh dalam sudut hati aku mahu ibu dia selamat juga kerana aku tak mahu dia bersedih. Kalau bolah aku ingin datang ke kampung dia untuk melawat dia dan ibu dia tetapi aku tidak tahu dimana kampung dia. Cuma mampu berdoa dan berharap kesihatan ibu dia cepat pulih. Tetapi di sudut lain juga aku mahu dia pulang cepat kerana terasa sudah lama kami tidak bertemu dan bergurau senda. Sebenarnya aku rindu akan senyuman dia dan gelak tawa yang selama ini selalu menghiasi hari-hariku dan membuat aku sentiasa ingin bersama dia.

Hari ini aku gembira dan bersemangat kerana dapat berjumpa dengan dia kerana hari ni dia sudah pulang dan dapat meneruskan pembelajaran dia seperti biasa. Aku juga bersyukur pada tuhan kerana telah kembalikan kesihatan ibu dia. Kami bersama seperti sediakala dan apa yang paling aku nantikan ialah dia telah pun memberikan jawapan kepada soalan aku semasa hari jadiku hari itu. Katanya,"saya sudi menerima awak kerana awak baik dengan saya dan awak seorang yang kelakar". Alangkah riangnya hatiku ini mendengar jawapan dari dia dan itu beerti aku dan dia sudah menjadi sepasang kekasih dan itu yang aku tunggu sejak sekian lama lagi dari pertama kali bertemu dia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hatiku ini kerana hatiku sudah memiliki dan dimiliki. Indah terasa dunia ini seperti aku yang punya.

Kami menjadi pasangan yang paling bahagia sekali dan sentiasa bersama tak kira apa jua keadaan sekalipun. Keindahan itu terasa indah sekali dan aku tak mahu ianya hilang dari hidup ini. Aku berjanji akan menjaga dan melindungi dia dari apa jua cabaran dan halangan yang mendatang agar kami sentiasa bersama dan bersatu. Aku juga berjanji yang dia adalah cinta pertama dan terakhir aku yang akan aku genggam erat selamanya. Sepanjang kami bersama aku tak pernah melukakan hati dia dan aku sentiasa membantu bila dia di dalam kesusahan atau kesedihan. Banyak yang kami lalui bersama dan kami masih lagi setia mencintai walaupun ada yang mahu memisahkan kami tetapi ikatan cinta kami kekal kuat dan teguh sentiasa. Aku berjanji dengan diri aku yang aku akan sentiasa mencintai dia sampai akhir hayat aku tak kira apa pun yang terjadi. Aku berjanji.

bersambung...

Penculik Kali Pertama.. (Part II)

Part I, Part II

Tepat jam 12.37 tengah malam Capital "A" akan memulakan segala perancangan yang telah dirapikan oleh Azlan. Sebenarnya Azlan telah mempercepatkan jam dinding rumah Amir kerana mahu cepat habiskan kerja ini disebabkan oleh keadaan situasi ekonomi rumah tangganya yang sedang bergelegak panas sekarang ini. Mereka sebenarnya tidak sedari yang malam ini adalah malam rondaan Skuad Trebble yang di lakukan setiap malam khamis selepas majlis bacaan yassin di masjid. Malam ini kena pula giliran Abu Dol dan Man Pelepah yang menjalankan tugas. Sedang Capital "A" bersedia untuk menggempur rumah makNab yang sedang membuat air milo suam kurang gula. makNab tak boleh minum milo dengan susu nanti kena kencing berdarah katanya. Maklumlah orang tua banyak kerenahnya dan pantang larangnya.

Berkain pelekat, baju batik, selipar asadi, sarung tangan kick boxing, topi koboi, lampu tanah, dan pistol air yang dipakai dan digunakan oleh Abu Dol membuatkan Man Pelepah rasa malu nak jalan sebelah Abu Dol malam ini. Oleh kerana tugas yang di amanahkan oleh ketua kampung Serambi Dua Belas ini, mereka teruskan melakukan rondaan demi keselamatan dan keharmonian kampung tercinta ini. Selepas siap membuat air milo suam lazat makNab terus ke depan untuk menonton cerita kartun kegemarannya iaitu oggy and the cocoges(lipas), dek kerana minat yang mendalam makNab sanggup bersengkang mata walaupun jam sudah pukul 12.00 tengah malam. Cerita peberet mane boleh lepas kata makNab. Itu sahaja menjadi pengubat rindu makNab kepada arwah sepupunya kerana mereka berdua selalu menonton cerita ini bersama bak kata orang muda couple seat lah katakan.

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke rumah makNab untuk menculik gig palsu milik sepupu makNab itu. Kalau dapat pasti kita kaya selepas menjual gigi palsu itu kat kedai pajak Ah Kaw kat seberang jalan sana. Paling sedikit pun mesti kita dapat buat pusing modal selepas membeli dan mencopet barang untuk projek kali pertama ini. "Aku dah skodeng tadi kat rumah makNab dan aku nampak makNab dok layan cerita kegemaran dia itu". Kata Amir. Kalau macam itu mari kita bergerak sekarang juga. "Masuk barisan!!". Kata Asrul. "Bersedia!!". Katanya lagi. "Apa kau merepek ni Asrul??". Kata Azlan. "Aku teringat masa aku masuk pasukan beruniform renjer puteri di sekolah dulu". Kata Asrul. Amir dan Azlan mula pelik dan menggaru sebelah kiri kepala masing-masing tanda pelik. Bisik Amir kepada Azlan "kau rasa si Asrul ini lelaki ke perempuan??". "dua alam ke??". Mereka mula ragu-ragu akan kelakian Asrul yang selama ini tidak mengetahui akan punca sebenar kejadian terhadap diri Asrul itu.

"ahh!!. Aku tak peduli itu semua!!. Sekarang ini aku mahu pernacangan kita berjalan dengan lancar. Kalau tak boleh berjalan, perlu berjogging atau berlari pun aku tak kesah!!". Kata Azlan dengan nada-nada berlagu inang mak dara. Malam ini pasti akan berlaku kejadian yang tidak mereka bertiga ketahui akan apa yang bakal mereka lalui nanti. Kedatangan mereka bertiga sememangnya di tunggui oleh sesuatu di sebalik gigi palsu itu dan juga oleh pasukan rondaan Skuad Trebble yang sedang menjalankan tugas tanpa menghirau keadaan ekonomi semasa.

Pelangi Petang.. 2.0

Kronologi -- I II III IV V

Hari berganti hari dan aku dan dia sudahpun menjadi kawan dan semakin rapat. Kami selalu pergi ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran bersama. Aku seronok dapat berkawan dengan dia, dan apa yang paling penting aku dapat selalu melihat senyuman dari dia yang telah berjaya menawan hatiku ini. Kami banyak luangkan masa bersama sehinggakan ramai kawan-kawan kami mengatakan yang kami adalah pasangan kekasih padahal dia menyatakan yang kami hanya berkawan baik sahaja akan tetapi dia tidak tahu yang aku dalam diam sudahpun jatuh cinta pada dia. Cinta yang sudah berputik sejak kali pertama aku terlihat dia di dalam perpustakaan kolej kami. Cuma aku tak ada semangat yang kuat untuk meluahkan rasa cintaku ini pada dia kerana aku tahu dia mungkin sudah ada yang punya atau aku bukan citarasa dia. Biarlah aku pendam semua rasa cinta ini seorang diri dan aku juga takut akan kehilangan dia dalam hidup aku.

Hari ini hari jadi aku, dan aku amat gembira kerana ramai yang mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tetapi cuma dia seorang yang belum lagi aku dengar ucapan untuk aku. Kelas hari ini habis awal kerana hari ini kelas hanya separuh hari. Sedang aku menuju ke kantin kolej untuk menikmati makanan tengah hari, aku dapat panggilan dari dia. Aku seronok sangat kerana sejak dari pagi tadi hanya panggilan dari dia sahaja yang aku tunggu selama hari ini. Dalam perbualan melalui telefon tadi dia menyatakan agar ingin aku pergi ke tasik di taman tempat kali pertama kami bertemu. Dan seperti yang di janjikan aku pergi ke tasik itu untuk bertemu dengan dia. Aku terkejut apabila melihat semua kawan-kawanku sudahpun berada di situ untuk meraikan majlis hari jadi aku. Walaupun hanya majlis kecil sahaja tetapi aku amat gembira kerana semua itu adalah dari idea dia untuk menyambut hari jadi aku. Terima kasih awak!!!



Petang itu aku beranikan diri untuk menyatakan hasrat yang telah lama aku pendam iaitu meluahkan rasa cinta aku pada dia. Aku beranikan diri dan aku persiapkan semua ayat aku agar tidak di salah ertikan oleh dia. Aku mencuba untuk kuatkan diri demi cinta yang telah lama dipendam ini. Lantas aku memulakan bicaraku pada dia,"awak, terima kasih kerana sudi membuat majlis hari jadi untuk saya, saya rasa terharu sangat. Sebenarnya saya ingin beritahu awak satu perkara ini tetapi saya takut. Takut awak tak menerima". Dia menjawab,"sama-sama. Saya sudah lama rancang untuk buat suprise kepada awak". Katanya sambil tersenyum. Aku beranikan diri lagi untuk kata pada dia,"sebenarnya saya sudah lama suka pada awak sejak kali pertama lagi saya melihat awak di dalam perpustakaan lagi. Saya suka melihat senyuman awak dan pandangan mata awak. Kalau boleh saya ingin jadikan awak sebagai teman hidup saya. Sudikah awak?" Dia hanya terdiam sepi tanpa jawapan yang aku nantikan.

Penculik Kali Pertama.. (Part I)

Part I, Part II

Tiga orang penculik yang baru berjinak-jinak dalam arena @ kerjaya penculikan ini mahu menjalankan satu misi penculikan kecil yang bagi mereka misi ini adalah penentu masa depan kepada kerjaya baru untuk mereka sebagai insan setanding dalam dunia serba-serbi ini. Amir,Azlan,Asrul sedang merancang satu pelan penculikan penuh berhati-hati demi mengelakkan sebarang kecuaian semasa bekerja nanti dek kerana mereka masing-masing tiada insurans yang mampu mencover jaminan hidup mereka incase berlaku kecelakaan masa kerja. Maklumlah kerja ini tidak berdaftar dengan perkeso, sokso, bakso dan soto-soto yang sewaktu dengannya.


"Malam ini kita pecah masuk rumah makNab yang dekat belakang rumah kau tu Amir," Kata Azlan. Dengan nada kecewa Amir angguk kepala tanda setuju walaupun tahu rumah makNab jirannya itu tiada apa yang bernilai selain gigi palsu keturunan jawa totok milik sepupu makNab yang baru meninggal hujung bulan lepas kerana sakit lupa ingatan tahap kronik. Tak boleh nak ubat lagi dah, biarkan jek pergi. Tak larat nak jaga bak kata makNab. Sebenarnya semua orang tahu bahawa sepupu makNab itu ada bela sesuatu tetapi tak pasti lagi apakah yang di bela oleh sepupu makNab itu. Jadi misi tiga orang penculik amatur yang menggelar diri mereka sebagai Capital 'A' itu menjadi dua misi tanpa mereka sedari iaitu pertama, menculik gigi palsu kepunyaan arwah sepupu makNab, kedua ialah ada sesuatu yang bakal menanti kedatangan mereka tanpa mereka ketahui apa sebenarnya di sebalik semua itu.

Malam ini adalah Khamis malam Jumaat dan mereka bertiga sedang menyiapkan segala peralatan yang wajib ada untuk menyerbu, memecah, mengkopek dan memasuki rumah makNab jiran kepada Amir. Asrul sudah memberikan tugas kepada kawan-kawannyaa itu agar senang dan tak kelam kabut nanti mereka untuk menyiapkan barang-barang keperluan semasa kerja menculik gigi palsu peninggalan arwah sepupu makNab itu kerana ianya pasti amat merumitkan sekali memandangkan Asrul bukanlah seorang yang sukakan cabaran. Sebenarnya Asrul seorang yang cepat putus asa sebab itu dia seringkali bertukar kerja sehinggalah sekarang ini. Akan tetapi Asrul sebenarnya seorang yang licik,licin serta ligat dan juga legam. Barang-barang yang perlu wajib ada untuk penculikan malam ini harus segera mereka atau Capital 'A' pakai dan gunakan agar tidak ada yang terlambat atau lewat masuk waktu bekerja nanti, lagipun Amir awal-awal lagi sudah menyediakan mesin punch card untuk waktu masuk dan keluar kerja. Hanya waktu rehat sahaja tidak menggunakan punch card.

Kain pelekat cap gajah duduk, baju melayu buatan tangan makSom, kasut getah cap asadi, cermin mata hitam berkaca, sarung tangan milik keluarga Asrul (ambil tanpa diketahui oleh Asrul), lilin kek hari jadi kedai pak Mail (baru beli tadi siang), anak tudung kaler coklat pekat kepunyaan siapa entah, dan akhir sekali name-tag supaya mereka dapat mengenali ahli kumpulan sendiri semasa melakukan penculikan itu. Mengikut pengiraan Azlan, segala kos barang-barang yang telah dia sediakan itu perlu dicatit ke dalam buku akaun perkongsian mereka kerana Azlan ingin tebus kembali duit yang telah digunakan olehnya untuk projek pertama mereka ini.

Malam sudah semakin buta iaitu sudah hampir tengah malam atau bak kata orang tua-tua tengah malam buta. Capital 'A' sedang menyiapkan diri untuk menyerbu dan memecah masuk rumah makNab jiran Amir itu. Asrul selaku ketua yang melantik dirinya sendiri (bangga dirilah kononnya), ingin mengetuai misi ini yang dianggapnya penuh dengan cabaran. Permulaan pertama iaitu membaca doa selamat sebelum memulakan kerja kerana mengikut pesan ibunya sebelum melakukan sesuatu perlu isikan diri dengan doa dahulu.

Pelangi Petang..

Kronologi -- I II III IV V


Jam di tangan menunjukkan pukul 5.45 petang dan aku sedang menunggu si dia. Gadis yang aku idamkan sejak sekian lama. Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan si dia masih lagi belum sampai di sini, tempat yang kami berdua janjikan dari semalam semasa kami berbalas mesej. Aku amat gembira dan bersyukur kerana tuhan telah makbulkan doa aku untuk bersama dia insan yang aku sayang.


Aku masih lagi teringat waktu kali pertama aku berjumpa dengan dia, masa itu aku sedang sibuk mencari buku-buku kajian untuk projek yang prof beri padaku itu, kajian tentang punca terbitnya rasa gembira. Sambil aku mencari dan membelek satu per satu buku yang ada dalam perpustakaan ini, aku tepandang seorang gadis yang pada pandangan aku amat manis dan sopan perwatakannya. Terdetik dalam hatiku berkata "kalaulah aku dapat mengenali gadis seperti dia, pasti hatiku sentiasa gembira dengan melihat senyuman di wajah gadis itu selalu". Sedang aku seronok perhatikan gadis itu tiba-tiba dia berada betul-betul di depan mataku dan tepat memandang aku dengan renungan dan senyuman manis dia. Aku tercegat berdiri kaku bagai melihat puteri kayangan yang cukup indah dan mempesona. Bagi aku gadis ini cukup menawan hatiku yang cukup keras untuk di cairkan oleh mana-mana wanita pun. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan mataku ini agar dia tak perasan yang aku sedang memerhatikan dia dari tadi lagi.

Aku kembali ke meja aku setelah mendapatkan buku yang aku cari sebentar tadi dan meneruskan kajian tentang projek yang aku sendiri tidak faham sedangkan tajuk sahaja sudah memeningkan aku ini pula untuk mencari bahan kajian tentang projek yang amat merumitkan ini. “Kenapalah prof beri aku tajuk projek yang susah dan sukar ini?” Sedang aku sibuk membelek buku-buku kajian ini, tiba-tiba aku terasa lapar pula perut ini dan lantas aku kemas barang kemudian terus ke kantin kolej untuk mencari makanan kerana perut sudah lapar. Sedang aku memikirkan apa yang hendak aku makan tiba-tiba seorang gadis melintas di hadapan aku dan aku menjeling untuk melihat siapakah gerangan gadis itu rupa-rupanya itu adalah gadis yang aku lihat di dalam perpustakaan tadi. Pandangan aku terus melihat gadis itu yang penuh dengan senyuman dan dia juga ingin membeli makanan di kantin. Aku tersenyum riang kerana aku dapat melihat lagi gadis yang telah berjaya menambat hatiku ini dengan sepenuhnya dan hatiku berbisik ingin sekali aku mengenali gadis ini. Dia memilih menu tengah harinya iaitu nasi ayam dan air sirap limau dan aku pula memilih nasi campur dan air tin coke. Memang sedap menikmati jamuan tengah hari sambil duduk di penghujung penjuru di bawah kipas. Lega rasanya.

Aku merancang untuk pergi berjogging petang ini di taman berdekatan agar aku dapat segarkan otak dan badan. Setibanya aku di taman ini aku pun memulakan senaman untuk memanaskan badan dan lantas memulakan sesi berjogging yang aku rancang tadi.sedang aku seronok berjogging seorang diri di taman ini aku terlihat seorang gadis yang leka memberi makan kepada ikan-ikan di dalam tasik taman ini. Aku gembira masih ada lagi insan yang perihatin dan berhati baik untuk bersama berkongsi nikmat kehidupan di bumi ciptaan tuhan ini. Aku amati wajah gadis itu rupanya dia adalah gadis yang terserempak dengan aku dari pagi tadi semasa di dalam perpustakaan dan kantin sekolah. Lantas aku beranikan diri walaupun jantung brdegup kuat tetapi aku teruskan jua niat aku untuk mendekati dan mengenali gadis yang memiliki wajah sopan dan senyuman manis itu.

"Assalammualaikum. Hai, boleh saya duduk di sini melihat ikan-ikan ini?". Aku bertanya sambil memberikan senyuman yang paling manis untuk gadis ini. Dia menjawab, "Wa'alaikummussalam. Boleh, apa salahnya". Jawab gadis itu sambil membalas senyumanku. Melihat senyuman dia hatiku terasa sangat gembira dan bagai ada sesuatu yang menyinari hidupku. Ianya seperti mendapat sesuatu kejayaan yang amat bermakna dalam hidupku. Aku bertanya lagi,"awak pelajar jurusan apa ya? Tahun akhir ke?". Dia jawab,"saya pejalar jurusan undang-undang dan tahun ini adalah tahun akhir saya". Seronok kami berbual dan bermacam-macam cerita yang kami ceritakan dan tak sedar jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.20petang. Dia meminta untuk pulang dan hari pun sudah hampir malam. Aku meminta untuk menghantar dia pulang ke asrama dia dan sambil berjalan kami bercerita lagi. akhirnya sudah pun sampai ke depan pintu pagar asrama perempuan kolej. Aku meminta diri untuk pulang dan dia mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar dia pulang sampai depan pintu pagar.


Permulaan..

Hari ini hari pertama aku bekerja di firma guaman Adam & Co. Sdn Bhd dan aku di tugaskan sebagai pembantu kepada bos syarikat ini iaitu encik Irfan Aqasha untuk menguruskan segala urusan tentang syarikat ini. Hari ini hari pertama aku dan pula kerja pertama aku selepas habis belajar di Universiti Islam Antarabangsa, dan aku, Syaza Damia Binti Muhammad Danial akan berjanji untuk menjadi pekerja yang akan sentiasa komited dan berdedikasi untuk membantu bos aku, insyaAllah. Hari pertama aku bekerja di sini tak banyak yang aku lakukan kerana aku masih lagi baru bak kata orang freshy lagi dan aku hanya akan habiskan sepanjang hari duduk di kerusi ini sambil membaca tentang sejarah syarikat bos aku ini. Memang ini kerja yang aku idamkan selama ini kerana dari kecil aku bercita-cita untuk menjadi peguam yang berjaya suatu hari nanti dan ini pengalaman pertama aku untuk aku belajar menjadi peguam yang sentiasa berjaya serta dapat membuktikan kepada semua orang bahawa gadis kecil molek macam aku ini boleh berjaya tak kira apa jua halangan yang akan tiba nanti.

*****

Sekarang sudah setengah hari aku duduk di atas kerusi ini sambil membelek buku syarikat ini. Terasa panas kerusi ini setelah berjam-jam aku duduk di atasnya dan perut pun mula memainkan lagu keroncong mak inang tanda sudah lapar lantas aku kemas-kemas semua buku yang ada di atas meja aku dan terus capai beg tangan menuju ke pintu utama syarikat dan aku sekarang berada di depan pintu syarikat tetapi kaki aku terasa tak mahu bergerak. Ini semua kerana aku masih lagi baru di tempat ini dan aku tak tahu kemana arah hendak aku pergi sedangkan perut sudah lama berbunyi. Tiba-tiba bahu aku di tepuk dari belakang dan apabila aku menoleh ada seorang wanita sedang berdiri di belakangku sambil tersenyum melihat gelagatku yang seperti orang hilang anak. Rupanya wanita itu adalah akak kerani yang sambut aku pagi tadi semasa aku baru memulakan kerja hari ini. Sambil tersenyum akak yang hanya mahu dipanggil namanya kak Lina itu terus mempelawa aku untuk makan tengah hari bersamanya dan aku pun masih baru di sini tanpa berfikir panjang aku terus terima pelawaan kak Lina kerana perut sudah lapar sangat dan di tambah pula aku tak tahu jalan di sini jadi pelawaan kak Lina tidak boleh aku tolak lagi.


Tepat jam pukul 6.00 petang aku tiba di rumah maksu aku yang aku tumpang sempena mendapat kerja pertama aku. Maksu begitu teruja menunggu aku pulang dari kerja kerana sifatnya yang selalu ingin tahu dan ceria membuatkan aku sentiasa gembira dan tertawa melihat kelakuannya itu. Maksu memang begitu sejak dari dulu lagi sentiasa ceria dan teruja akan sesuatu yang baru dan itulah yang membuatkan ramai orang sentiasa senang berkawan dengan maksu ku itu dan walaupun usianya sudah mencecah 29 tahun tetapi maksu sentiasa nampak muda dan cantik. Ramai orang selalu mengatakan yang kami adalah adik beradik kerana apabila kami keluar bersama maksu sentiasa nampak cantik dan menawan. Aku tidak kisah sangat kerana usia kami pun tak jauh berbeza iaitu maksu berumur 29 tahun dan aku baru masuk 23 tahun jadi aku tidak ambil pusing sangat tentang itu.

Replika Bahtera Nabi Nuh

Ramai yG sudah ketahui tentang kisah bahtera Nabi Nuh A.S. yG menyelamatkan kaumnya yG beriman dari bencana banjir besar yG melanda pada ketika itu.  yG terjadi pada hari ini pula ialah apabila seorang rakyat Belanda yG mengatakan mengalami mimpi pelik. Iaitu dalam mimpi beliau akan terjadi banjir besar. Lantas beliau bangun dari tidur dan merancang untuk membina sebuah kapal besar. 


Kapal ini di katakan mempunyai 4 tingkat ketinggian & keluasannya menyamai sebuah padang bola sepak ini mengambil masa sehingga 3 tahun untuk di siapkan. Jum layan video ni.


--> Berita penuh klik sini.

Save The Bug To Gain Power

Pic

--> Sumber

Teruskan Mengukir Senyuman


Apakah dosaku dan apakah salahku
Seringkali gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Senyumlah seperti bigfoot ini senyum


Apakah dunia tidak bertindak adil kepadaku ataupun hanya aku yang tidak adil kepada diriku sendiri.
Memang lumrah percintaan manusia, hanya mekar di awal percintaan namun lama-kelamaan beransur layu.
Pabila ianya layu hidupku seakan malap cahayanya.
Aku tahu suatu ketika dahulu cahaya itu terlalu cerah sinarannya.
Dan kini pabila ianya malap dan layu aku terpaksa terima hakikat.
Hakikat yang aku hanya mampu mengembalikannya dengan caraku tersendiri.
Meskipun aku tahu ianya tidak akan semekar dan secerah itu. Tiada siapa dapat menafikan itu.
Senyuman. Ya..senyuman. Mengukir senyuman walaupun di dalamnya penuh dengan kepedihan.
Senyuman demi senyuman ku ukir hanya untuk mengembalikan kemekaran cinta itu.
Senyuman demi senyuman ku ukir hanya untuk mengembalikan kecerahan sinaran itu.
Hanya masa yang dapat mengubati luka ini.
Dan aku akan kembali dengan cinta itu dengan senyuman yang lebih sempurna dari suatu waktu dahulu.
Pabila waktu itu menjelma, tak seorang pun mampu untuk berhenti dari mengukir senyuman.

Setia Seorang Perindu

Bila rindu ku tatap gambar wajahmu
bila rindu ku ungkap i miss u
bila rindu ku mencari jalan untuk bertemu dirimu
Bila rindu ku terasa kuatnya cintaku padamu


Andai kau tahu betapa ku rindu pada dirimu yang terlalu jauh dimataku
Namun, hatiku terasa sentiasa dekat padamu
Tidakkah kau juga merasakan seperti yang ku rasakan ini
Aku tak sanggup berjauhan tanpa dirimu disisiku
Jiwaku terasa sangat sepi dikala kau tidak mengirimkan khabar beritamu padaku
Percayalah perasaan rindu ini tidak akan pernah tamat selagi ku tidak dengar suaramu itu
Terlalu seksa menanti kehadiran dirimu dihadapanku
Rindu hatiku tak jemu padamu selagi kau masihku cinta
Kerna ku seorang perindu yang setia menanti dirimu

Orang Kata

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana...

Kata orang gunung tak lari walau di kejar...

Kata orang kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum...

Kata orang..kata orang..kata orang...

Boleh pakai ke kata orang ni dalam aplikasi situasi kehidupan seharian kita. Kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan berjumpa. Kita tak tahu siapa yang akan bersama dengan kita. Walaupun kita suka kepada seseorang tapi seseorang tu suka kepada orang lain pula. Adakah perasaan kita akan terbalas. Dah memang lumrah kehidupan suka kepada sesuatu yang bukan pasti menjadi milik kita. Namun, tak salah untuk mencuba nasib meluahkan perasaan. Cuma persoalan yang bermain di kotak fikiran adakah kita benar-benar cukup berani untuk meluahkan apa yang di rasa itu. Adakah kita cukup berani untuk menerima kenyataan seandainya apa yang diinginkan tidak tercapai dan tidak menjadi kenyataan. Bertepuk sebelah tangan memang tidak kan berbunyi. Tapi jika kita tidak berusaha untuk menepuk tangan sebelah lagi sesuatu yang memilukan kerana kita tidak akan pernah tahu kekuatan tepukan itu.



Berusahalah untuk menepuk tangan yang lagi sebelah supaya kita ketahui kekuatan tepukan itu. Kerana setiap tepukan yang kita lakukan pasti akan meninggalkan seribu kenangan yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ia juga merupakan pengalaman yang bakal mematangkan pemikiran serta keputusan yang bakal dibuat di masa hadapan. Selamat bertepuk tangan buat warga bigfooters

-nebulous-

Antara Cita & Rasa

Apa yang diperlukan dalam hidup? Setiap manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Dan sesuatu itu tidak datang dalam sekelip mata. Sesuatu itu merupakan usaha yang terlalu banyak pengorbanan. Tapi, berbaloikah pengorbanan yang dilakukan itu.

Apa pula cita. Apa pula rasa. Dan apa pula citarasa. Adakah ianya membawa makna yang serupa. Mungkin perkataan itu terlalu tipikal. Apa yang di citakan didalam hidup ini. Ya..cita-cita itu hak milik masing-masing. Pernahkah kita apa yang dicita itu tercapai. Pernahkah apa yang dicapai itu memuaskan hati masing-masing. Manusia mana pernah puas kan..

Apa yang dirasakan dalam hidup ini setelah berhari-hari melalui perkara yang sama. Pernahkah kita rasa suka akan kehidupan yang dilalui. Mungkin suka tapi untuk seketika cuma. Yang lain hanyalah rasa kecewa.

Tapi kehidupan harus diteruskan tidak kira apa cita, rasa, mahupun citarasa kita. Haluan hidup setiap insan mungkin berbeza tapi pengakhirannya tetap sama. Setiap insan mahukan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Arah tujuan manusia hanyalah untuk mencapai kedamaian dalam diri sendiri. Kedamaian yang dirasa mungkin tidak sama dengan apa yang dicita. Namun, setiap manusia punya citarasa masing-masing. Kerna itulah sisi perjalanan setiap manusia berlainan antara satu sama lain.
Salam permulaan madah penulisan blog. Buat warga bigfooters sila layan cita rasa ini.




-nebulous-

Tips Jimat Minyak yG Dirasakan Berguna

Harga minyak petrol yG semakin melambung di pasaran dunia dan juga negara telah membimbangkan ramai pengguna kenderaan bermotor kerana akan meningkatkan kos sara hidup. Pasti ramai yG tercari-cari tips untuk penjimatan di samping mengurangkan perbelanjaan terhadap kos mengisi minyak petrol kenderaan masing-masing. Namun ada beberapa tips penjimatan yG di rasakan berguna & membantu tapi kalau di fikir secara logik macam tak membantu dan tak berguna langsung. Jum usha 6 tips yG sering di perkatakan ramai mampu membantu menjimatkan penggunaan petrol tapi bila di fikir kan ianya memburukkan keadaan.

1. Jangan hidupkan penghawa dingin
Tips yG korang selalu dengar dari mulut ke mulut tapi korang tahu ke kesahihan tips ni. Kalau korang fikir balik penghawa dingin kat pejabat..rumah ada ke gunakan minyak petrol ke.? Kalau korang rasa kan macam tu korang boleh lah berpeluh-peluh dalam kereta merasakan bahang panas terik akibat menurut tips tu. Kajian  menunjukkan penggunaan penghawa dingin tidak memberi kesan yG besar kepada petrol. Malah kipas yG berpusing tu membantu sistem elektrik kereta korang untuk mengecas kembali penggunaan nya. Jadi, jum ramai-ramai gunakan penghawa dingin kereta korang se maksimum mungkin dan membantu ke arah penipisan lapisan ozon bumi.

2. Isi petrol ketika cuaca sejuk (malam/pagi)
Isi petrol pada waktu tengah malam atau pagi kerana pada masa ini molekul petrol padat. Sama ada ini mitos atau ada kebenaran nya tak tahu la  pulak. Tapi yG pasti pada saat petrol di dalam tangki simpanan stesen petrol di mana ianya terletak di bawah tanah itu suhu nya sudah sememangnya sejuk. Tiada penjimatan langsung berlaku. Dan korang tak perlu khuatir untuk keluar pada malam hari atau pagi hari semata-mata untuk mendapatkan penjimatan petrol.

3. Meningkatkan tekanan angin pada tayar
Ada yG mengatakan meningkatkan tekanan angin pada tayar kenderaan mampu mengurangkan penggunaan petrol kerana tayar yG kurang angin akan menyebabkan penggunaan banyak kuasa pada enjin untuk menggerakkan sesuatu kenderaan itu. Tapi, tekanan angin yG terlalu tinggi akan menyebabkan kurang nya cengkaman tayar pada jalan dan mungkin menyebabkan kemalangan berlaku. Korang pilih lah jimat duit ke nyawa selamat.

4. Mengisi aditif
Mengisi bahan aditif yG ada di pasaran bersama petrol mungkin korang merasakan dapat menjimatkan penggunaan petrol. Tapi kos untuk membeli aditif di pasaran terlalu mahal dan pada hematnya korang membazir wang ringgit korang di suatu sudut semata-mata untuk menjimatkan penggunaan petrol. Berbaloi kah.

5. Menukar ganti penapis udara (air-filter)
Melakukan servis berkala seperti menukar penapis udara memang bagus untuk menjaga kenderaan anda. Tapi jangan berharap dengan menukar penapis udara korang boleh menjimatkan penggunaan petrol. Kerana kajian penapis udara kenderaan yG tersumbat langsung tidak memberi kesan kepada penggunaan petrol. Tapi sistem pengudaraan enjin akan kotor la.

6. Tidak mematikan enjin
Membiarkan enjin kereta idle semata-mata dengan alasan ianya hanya sementara langsung tidak membantu penjimatan petrol malah menggunakan dengan banyak lagi petrol korang. Lagi pun kenderaan masa kini kebanyakan nya berteknologi fuel-injection dan ianya langsung tidak menggunakan petrol yG banyak untuk menghidupkan enjin kenderaan korang.

kereta yG paling jimat petrol
Ada bersepah lagi tips yG korang rasakan membantu untuk menjimatkan petrol tapi Gengkey merasakan ianya tak logik akal bila di fikirkan. Tips terbaek untuk menjimatkan penggunaan petrol ialah sentiasa cucuk angin (tailgating) kereta depan ketika memandu/menunggang..haha. Dah kalau nak jimat petrol tu tak perlu lah sibuk-sibuk nak ubah suai kenderaan korang tu. Tukar muffler la, enjin turbo la, nitrous la, blablabla. Tukar chamber la, block racing la, karburator korek la, blablabla. Lepas tu nak jimat minyak..memang harapan tinggal harapan jela. Nak prestasi terbaek kena korban petrol la. You'll have to lose something to gain something. Penjimatan petrol yG terbaek sudah semesti nya cara pemanduan yG tenang dan senantiasa mematuhi peraturan jalan raya..peace.

Jambatan Øresund Yang Unik

Jambatan Øresund yG menghubungkan negara Sweden dan Denmark merupakan jambatan terpanjang bagi jalan raya dan kereta api di Eropah. Ianya menghubungkan ibu kota Denmark iaitu Copanhagen dan bandar utama Sweden iaitu Malmö. Mereka yG merentasi jambatan ini biasanya tidak di kena kan pemeriksaan pasport tetapi pihak kastam akan memeriksa secara rawak di pintu masuk gerbang tol untuk ke Sweden tetapi tidak untuk Denmark.

Jambatan Øresund

Jum layan info unik jambatan Øresund ini.

-->
Mula di bina pada tahun 1995.

-->
Siap sepenuh nya pada 1 Julai 2000.

-->
Putera Mahkota Denmark, Frederik dan Puteri Mahkota Sweden, Victoria bertemu di tengah-tengah terowong jambatan untuk meraikan sempena siap nya jambatan ini.

-->
Sebanyak 16 penemuan bom dari Perang Dunia ke-II di temui ketika proses pembinaan di lakukan.

-->
Merangkumi 2 laluan kereta api yG beroperasi setiap 20 minit di setiap persimpangan dan 1 jam sekali pada malam hari di kedua-dua arah.

-->
Kos keseluruhan pembinaan menelan belanja DKK 30.1 bilion.

-->
Pada tahun 2006, Sweden membelanjakan sebanyak SEK 9.45 bilion untuk menghubungkan terowong bandar  Malmö sebagai sambungan baru rel kereta api dan ianya siap pada Disember 2010.

Jum layan gambar-gambar terbaek pulak.


Pemandangan dari Malmö





pemandangan terowong
Kalau korang di beri peluang untuk lalu jambatan ni korang berani ke..?? hehe.

Jum Kasi Kilat Kuku

Kawan-kawan semua yG berada di Bangsar dan kawasan berhampiran. Gengkey nak ajak korang semua untuk mengilatkan kuku. Kerna ada promosi bagi mereka yG suka kepada kilat-mengilat kuku kaki ke tangan ke. Siap ada pakej lagi yG bernilai hanya rm35. Bertempat di Kuku Bar, Bangsar..korang boleh senang-senang je nak dapatkan servis terbaek dari Kuku Bar ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik sini..peace.

pic di culik dari Kuku Bar


Maher Zain + Insya'Allah = Bahasa Melayu

Gengkey rasa Gengkey agak ketinggalan. Tapi takpe..Gengkey tetap nak kongsi dengan korang semua kalau-kalau ada yG tak tahu lagi lagu Insya'Allah yG di nyanyi kan oleh Maher Zain dalam versi Bahasa Melayu. Ya..Bahasa Melayu. Ini merupakan perancangan beliau bersempena dengan konsert beliau yG mendatang yG akan di adakan di Malaysia. Fenomena Maher Zain begitu kuat sehingga berulang kali di dengari di corong-corong radio. Jum layan lagu ni..peace.


Angpow Untuk Pengguna Hotlink

Adakah korang pengguna setia Hotlink..?? Adakah korang melanggan pra-bayar Hotlink..?? Adakah korang mahu kan angpow sempena perayaan Tahun Baru Cina..?? Adakah korang mahu kan ekstra kredit apabila menambah nilai..?? Jika ya jawapan korang.. Memang Gengkey akan kongsi kan bersama korang tentang promosi terbaru dari Hotlink.

iklan promo

Hotlink menawarkan promosi menarik pada musim perayaan kali ini dengan memberi bonus kredit apabila korang membeli Hot Ticket. Jika korang beli RM20 Hot Ticket korang akan dapat ekstra RM20 kredit bonus. Jika korang beli RM30 Hot Ticket pula korang akan dapat ekstra RM30 kredit bonus. Tak percaya..?? Kalo korang nak info lebih lanjut korang boleh klik sini..peace.

Bila Duit Syiling RM75K Bersepah Atas Lebuh Raya

Ape yG korang akan lakukan kalo korang tengah syok memandu kat lebuhraya tetibe je ternampak sebuah kereta terbalik depan korang. Lepas tu korang nampak peti terpelanting & duit syiling bertaburan di atas jalan. Korang nak telefon ambulan ka..selamatkan mana yG mampu ka..ataupun tolong kutip duit syiling yG bertaburan tu..??? Haha..ni yG terjadi kat Lebuhraya PLUS berhampiran susur keluar Pedas. Apabila ramai yG berhentikan kenderaan mereka untuk mengutip duit syiling yG bertaburan itu. Mereka begitu asyik sehingga pihak polis pun gagal untuk meleraikan mereka semua. Adakah mereka ini tolong kutip untuk mangsa ataupun diri mereka sendiri.

pesta kutip syiling
Kejadian yG melibatkan sebuah Toyota Hilux dan juga BMW yG mengakibatkan peti syiling yG mengandungi RM75K itu bertaburan di atas jalan. Hmm..tataw la ape kat fikiran diorang ni. Korang boleh usha sendiri kat sini & sini..peace.

*trimaz pada ayie bagi info

Khurafat Makan Diri

Adakah anda kipas susah mati filem melayu tempatan..?? Adakah anda kipas susah mati filem seram..?? Adakah anda suka kipas sampai mati..?? Eh..bukan-bukan..hehe. Kalo korang memang suka kepada filem seram melayu tempatan Gengkey cadangkan korang memang patut datang singgah ke panggung wayang berdekatan untuk menonton buah tangan terbaru dari Syamsul Yusuf yG pertama kali nya mengarahkan & menjadi pelakon utama dalam filem seram beliau sendiri.


Filem yG bertajuk yG merungkai kisah misteri pasangan rumah tangga Johan & Aishah yG sering di ganggu makhluk halus hampir setiap malam. Menyingkap kisah silam sang suami yG mempunyai bekas kekasih, Anna sebelum ke alam perkahwinan yG tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasih nya kini telah menjadi suami orang. Johan & Aishah menjangkakan Anna lah yG menghantar gangguan tersebut tetapi pengakhiran cerita agak sukar di ramal kerana Johan sendiri merupakan pesalah terbesar dalam kisah ini. Amalan khurafat yG di larang Islam memang akhirnya akan memakan diri sebagaimana pengakhiran cerita yG menceritakan bahawa sesiapa yG mengamalkan perkara di larang nescaya tidak akan selamat.

antara babak saspen
Bagi Gengkey susunan cerita ini agak kurang tersusun kerana ada babak flashback yG tidak kena pada masa nya. Tapi Gengkey respek sama babak terkejut yG memang mengejutkan satu panggung sampai terjerit-jerit la..haha. Tapi babak saspen tu banyak sangat sampai kan orang boleh expect apa akan terjadi..mana dia nak toleh..mana benda tu nak keluar. Bab ni agak kureng la. Tapi ni kan filem pertama beliau. Kalo korang boleh support filem Jangan Pandang Belakang yG mencecah RM7 juta tu apa salah nya korang support filem Khurafat ni. Support filem tempatan kay..Meyh Gengkey belanja korang sedikit sedutan filem Khurafat ni..peace.

Pernah Tak Korang Terfikir Jika...

Hai semua.. Apa yG akan kalian lakukan pada hujung minggu ni. Pasti ada saja perancangan untuk hujung minggu kan.. Tapi untuk Gengkey cuma mampu untuk duduk dalam bilik diam-diam je sebab akan menghadapi tempoh dua minggu yG getir iaitu mid-term exam. Fuuhh..kena stadi sungguh-sungguh(bajet rajin je). Dalam duk melayan nota + buku perasaan Gengkey terfikir macam-macam benda. Meyh Gengkey kongsi dengan korang semua pe yG Gengkey terfikir.

Pernah tak korang terfikir apa akan jadi pada korang jika...

Mark Zuckeberg tak pernah berjaya cipta Facebook
Apa akan jadi pada korang..?? Adakah korang still stick dengan myspace, friendster, tagged atau lelaman sosial yG lain. Adakah korang akan jumpa balik rakan-rakan yG dah lama sangat terputus hubungan. Macam mana pulak korang nak berhubung dengan rakan-rakan korang. Macam mana pulak korang nak kongsi aktiviti korang dengan rakan-rakan lain.


Tiada Nuffnang atau pun mana-mana platform pengiklanan
Apa reaksi anda sebagai blogger yG menjadikan blog sebagai side-income..?? Adakah korang akan aktif berblogging macam sekarang ni. Dunia blog ni akan jadi rancak macam sekarang ni ka. Akan wujud ka entri untuk mempromosi sesuatu ke tahap yG tinggi.


Tu je yG Gengkey duk fikir sebenarnya sepanjang hari..haha. Yela..terfikir gak lah kalo benda ni terjadi. Adakah manusia dapat berhubung dengan semudah hari ini. Pada Gengkey, komunikasi antara manusia seluruh dunia mungkin akan terbatas sekiranya Facebook tiada. Mungkin juga ramai yG menggunakan medium seperti myspace yG pernah popular suatu masa dahulu sebagai cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Pape pun Gengkey adalah pengguna tegar lelaman sosial Facebook gak..hehe..peace.

Facebook Will Be Shut Down in March

Gila gempaq + terkujat korang baca tajuk ni kan..?? Adakah ianya suatu gimik ataupun benar-benar akan berlaku..?? Haha..sebenarnya Gengkey pun agak terkujat gak lah masa mula-mula baca pasal ni. Kenapa diorang nak berhentikan Facebook la pulak kan. Keputusan ini diambil berdasarkan pengasasnya iaitu Mark Zuckeberg yG mengatakan Facebook ni sudah di luar kawalan pihak pengurusan. Amaran dari Facebook ialah kalau korang sayang gambar-gambar korang kat Facebook tu & tak nak ilang gambar kenangan tu..baik korang simpan cepat-cepat kerana selepas 15 Mac korang takkan dapat tengok lagi Facebook selepas ia menamatkan perkhidmatan.

Mark Zuckerberg bersama misi Fb
Korang pernah terfikir tak apa akan terjadi kalau Facebook menghentikan perkhidmatannya..?? Mesti ramai akan merungut sebab sukar tuk berkomunikasi lepas ni kan. Mesti ada yG mengeluh nak main game kat mana lepas ni sebab Facebook ni banyak game kan. Kalau yG suka letak gambar bersama rakan-rakan pasti akan sukar untuk berkongsi bersama lepas ni. Malah Facebook juga telah menjadi laman sosial yG telah menghubungkan hampir berbilion manusia di seluruh dunia mengatasi laman sosial yG lain. Namun, mungkin ada kebaikannya jika Facebook menghentikan perkhidmatannya. Takde lah duk depan komputer masing-masing 10 jam sehari kan..haha. Pape pun tu masing-masing punya hal. Kalau korang nak tau mana Gengkey dapat sumber ni korang boleh klik sini..peace.

Perlu Ke Menipu

Dalam kehidupan seharian pasti kita akan dengan orang sekeliling yG tak kira lah jumpa secara di rancang atau pun tidak. Namun, jika kita berumpa dengan orang yG baru kita kenal pasti kita akan berbual panjang lebar untuk mengenali diri mereka. Adakah korang semua sedar yG di awal perkenalan akan memberi tanggapan yG mungkin kekal buat jangka masa panjang terhadap seseorang. Contoh kalau korang cakap yG korang pandai membaiki lampu yG rosak. Mesti orang akan panggil korang untuk membaiki lampu pada suatu masa. Macam mana pulak kalau korang di tipu atau menipu dalam hal ni. Mesti tanggapan buruk akan terus melekat dalam pemikiran..betul tak..

sekadar hiasan
Biasanya dalam perkenalan dunia maya pasti ada yG tidak berkata benar dalam ayat mereka. Namun, kita tak kenal & tak pernah jumpa mereka..bagaimana untuk menidakkan kata-kata mereka. Tapi kenapa mesti tidak jujur ya.. Gengkey masih tertanya-tanya pasal ni. Tak boleh ke diorang ni semua jujur. Di awal perkenalan kita tak kenal hati budi mereka & kita hanya meng iya kan kata-kata mereka. Semuanya akan terkantoi jua di suatu masa. Percaya lah..orang yG tidak jujur dalam kata-kata ni bukan selalu selamat. Kalau korang suka menipu baik lah jika korang taubat kerana jika terkanto korang jugak yG malu akhirnya. Jadi, jujur dalam kata-kata ya..peace.

Perjalanan ke Selatan Lebih Mudah

Korang semua pernah ke selatan tanah air..? Rugi lah korang kalau tak pernah ke selatan tanah air. Nama je rakyat Malaysia tapi tak pernah ke selatan tanah air..ahax. Gurau je. Jemput la datang ke selatan kerana markas BU juga berpangkalan di selatan tanah air. Paling selatan sekali iaitu Johor Bahru. Apa ada kat sana.? Macam-macam ada..hehe. Johor Bahru merupakan bandar yG paling hujung di Semenanjung Malaysia yG bersempadan dengan negara jiran iaitu Singapura. Membangunnya Johor Bahru dengan pesat adalah dengan kemasukan pengunjung dari Singapura yG suka membeli-belah di Johor Bahru kerana kadar tukaran yG agak rendah.

Tapi bukan itu yG Gengkey mahu cerita kan di sini. Kalau korang semua tengok berita kat tv3 semalam ke kelmarin..lupa pula bila. Pasti korang pernah dengar projek mega kerajaan yG diberi nama Terminal Bersepadu Selatan. Terminal ini menggantikan Hentian Puduraya yG di hentikan operasinya. Ok..meyh Gengkey ceritakan serba sedikit tentang Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ni. Menurut yG di warwarkan kerajaan bahawa terminal ini dikusakan oleh teknologi terkini dan juga seakan terminal di lapangan terbang. 

pemandangan di waktu malam
Apa yG menarik.?? Terminal yG mempunyai keluasan 95000 meter persegi setinggi enam tingkat ini akan di lengkapi 150 ruangan teksi, 60 platform bas, 1000 ruangan parkir dan kawasan menunggu berhawa dingin. Nak lagi..?? TBS ini juga akan dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) Transit dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT). Dan ianya juga di hubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan dan juga Jalan Lingkaran Tengah II (MRRII) di bahagian timur. Projek yG menelan belanja RM570 juta ini akan mempunyai 19 kaunter tiket. Harap-harap takde ulat lagi la. Cukup-cukup la kan..nak tahu lagi jelas baek korang pergi tengok sendiri..hehe.

tempat menunggu di balai pelepasan utama
yG paling penting nya Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) ini sebenarnya bukan menggantikan operasi Hentian Puduraya 100% kerana terminal ini hanya menyediakan perkhidmatan bas ke selatan tanah air sahaja. Jadi yG ke selatan jelah dapat merasa terminal ni yerk. Bagi yG ke pantai timur anda jangan risau kerana kerajaan akan membangunkan Terminal Gombak untuk laluan ke sana. yG ke utara pula mungkin akan di bangunkan di Terminal Selayang. Bagaimanapun Hentian Puduraya tetap akan beroperasi setelah di naik taraf tetapi hanya di hadkan kepada bas di Kuala Lumpur sahaja. Banyak dah Gengkey kongsi dengan korang ni. Kalau nak tau lagi boleh usha www.tbsbts.com.my . peace..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...