Penculik Kali Pertama.. (Part I)

Part I, Part II

Tiga orang penculik yang baru berjinak-jinak dalam arena @ kerjaya penculikan ini mahu menjalankan satu misi penculikan kecil yang bagi mereka misi ini adalah penentu masa depan kepada kerjaya baru untuk mereka sebagai insan setanding dalam dunia serba-serbi ini. Amir,Azlan,Asrul sedang merancang satu pelan penculikan penuh berhati-hati demi mengelakkan sebarang kecuaian semasa bekerja nanti dek kerana mereka masing-masing tiada insurans yang mampu mencover jaminan hidup mereka incase berlaku kecelakaan masa kerja. Maklumlah kerja ini tidak berdaftar dengan perkeso, sokso, bakso dan soto-soto yang sewaktu dengannya.


"Malam ini kita pecah masuk rumah makNab yang dekat belakang rumah kau tu Amir," Kata Azlan. Dengan nada kecewa Amir angguk kepala tanda setuju walaupun tahu rumah makNab jirannya itu tiada apa yang bernilai selain gigi palsu keturunan jawa totok milik sepupu makNab yang baru meninggal hujung bulan lepas kerana sakit lupa ingatan tahap kronik. Tak boleh nak ubat lagi dah, biarkan jek pergi. Tak larat nak jaga bak kata makNab. Sebenarnya semua orang tahu bahawa sepupu makNab itu ada bela sesuatu tetapi tak pasti lagi apakah yang di bela oleh sepupu makNab itu. Jadi misi tiga orang penculik amatur yang menggelar diri mereka sebagai Capital 'A' itu menjadi dua misi tanpa mereka sedari iaitu pertama, menculik gigi palsu kepunyaan arwah sepupu makNab, kedua ialah ada sesuatu yang bakal menanti kedatangan mereka tanpa mereka ketahui apa sebenarnya di sebalik semua itu.

Malam ini adalah Khamis malam Jumaat dan mereka bertiga sedang menyiapkan segala peralatan yang wajib ada untuk menyerbu, memecah, mengkopek dan memasuki rumah makNab jiran kepada Amir. Asrul sudah memberikan tugas kepada kawan-kawannyaa itu agar senang dan tak kelam kabut nanti mereka untuk menyiapkan barang-barang keperluan semasa kerja menculik gigi palsu peninggalan arwah sepupu makNab itu kerana ianya pasti amat merumitkan sekali memandangkan Asrul bukanlah seorang yang sukakan cabaran. Sebenarnya Asrul seorang yang cepat putus asa sebab itu dia seringkali bertukar kerja sehinggalah sekarang ini. Akan tetapi Asrul sebenarnya seorang yang licik,licin serta ligat dan juga legam. Barang-barang yang perlu wajib ada untuk penculikan malam ini harus segera mereka atau Capital 'A' pakai dan gunakan agar tidak ada yang terlambat atau lewat masuk waktu bekerja nanti, lagipun Amir awal-awal lagi sudah menyediakan mesin punch card untuk waktu masuk dan keluar kerja. Hanya waktu rehat sahaja tidak menggunakan punch card.

Kain pelekat cap gajah duduk, baju melayu buatan tangan makSom, kasut getah cap asadi, cermin mata hitam berkaca, sarung tangan milik keluarga Asrul (ambil tanpa diketahui oleh Asrul), lilin kek hari jadi kedai pak Mail (baru beli tadi siang), anak tudung kaler coklat pekat kepunyaan siapa entah, dan akhir sekali name-tag supaya mereka dapat mengenali ahli kumpulan sendiri semasa melakukan penculikan itu. Mengikut pengiraan Azlan, segala kos barang-barang yang telah dia sediakan itu perlu dicatit ke dalam buku akaun perkongsian mereka kerana Azlan ingin tebus kembali duit yang telah digunakan olehnya untuk projek pertama mereka ini.

Malam sudah semakin buta iaitu sudah hampir tengah malam atau bak kata orang tua-tua tengah malam buta. Capital 'A' sedang menyiapkan diri untuk menyerbu dan memecah masuk rumah makNab jiran Amir itu. Asrul selaku ketua yang melantik dirinya sendiri (bangga dirilah kononnya), ingin mengetuai misi ini yang dianggapnya penuh dengan cabaran. Permulaan pertama iaitu membaca doa selamat sebelum memulakan kerja kerana mengikut pesan ibunya sebelum melakukan sesuatu perlu isikan diri dengan doa dahulu.

No response to “Penculik Kali Pertama.. (Part I)”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...