Pelangi Petang.. 2.0

Kronologi -- I II III IV V

Hari berganti hari dan aku dan dia sudahpun menjadi kawan dan semakin rapat. Kami selalu pergi ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran bersama. Aku seronok dapat berkawan dengan dia, dan apa yang paling penting aku dapat selalu melihat senyuman dari dia yang telah berjaya menawan hatiku ini. Kami banyak luangkan masa bersama sehinggakan ramai kawan-kawan kami mengatakan yang kami adalah pasangan kekasih padahal dia menyatakan yang kami hanya berkawan baik sahaja akan tetapi dia tidak tahu yang aku dalam diam sudahpun jatuh cinta pada dia. Cinta yang sudah berputik sejak kali pertama aku terlihat dia di dalam perpustakaan kolej kami. Cuma aku tak ada semangat yang kuat untuk meluahkan rasa cintaku ini pada dia kerana aku tahu dia mungkin sudah ada yang punya atau aku bukan citarasa dia. Biarlah aku pendam semua rasa cinta ini seorang diri dan aku juga takut akan kehilangan dia dalam hidup aku.

Hari ini hari jadi aku, dan aku amat gembira kerana ramai yang mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tetapi cuma dia seorang yang belum lagi aku dengar ucapan untuk aku. Kelas hari ini habis awal kerana hari ini kelas hanya separuh hari. Sedang aku menuju ke kantin kolej untuk menikmati makanan tengah hari, aku dapat panggilan dari dia. Aku seronok sangat kerana sejak dari pagi tadi hanya panggilan dari dia sahaja yang aku tunggu selama hari ini. Dalam perbualan melalui telefon tadi dia menyatakan agar ingin aku pergi ke tasik di taman tempat kali pertama kami bertemu. Dan seperti yang di janjikan aku pergi ke tasik itu untuk bertemu dengan dia. Aku terkejut apabila melihat semua kawan-kawanku sudahpun berada di situ untuk meraikan majlis hari jadi aku. Walaupun hanya majlis kecil sahaja tetapi aku amat gembira kerana semua itu adalah dari idea dia untuk menyambut hari jadi aku. Terima kasih awak!!!



Petang itu aku beranikan diri untuk menyatakan hasrat yang telah lama aku pendam iaitu meluahkan rasa cinta aku pada dia. Aku beranikan diri dan aku persiapkan semua ayat aku agar tidak di salah ertikan oleh dia. Aku mencuba untuk kuatkan diri demi cinta yang telah lama dipendam ini. Lantas aku memulakan bicaraku pada dia,"awak, terima kasih kerana sudi membuat majlis hari jadi untuk saya, saya rasa terharu sangat. Sebenarnya saya ingin beritahu awak satu perkara ini tetapi saya takut. Takut awak tak menerima". Dia menjawab,"sama-sama. Saya sudah lama rancang untuk buat suprise kepada awak". Katanya sambil tersenyum. Aku beranikan diri lagi untuk kata pada dia,"sebenarnya saya sudah lama suka pada awak sejak kali pertama lagi saya melihat awak di dalam perpustakaan lagi. Saya suka melihat senyuman awak dan pandangan mata awak. Kalau boleh saya ingin jadikan awak sebagai teman hidup saya. Sudikah awak?" Dia hanya terdiam sepi tanpa jawapan yang aku nantikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...