Pelangi Petang.. 3.0

Kronologi -- I II III IV V




Lama aku tunggu dia untuk bersama-sama menelaah pelajaran di perpustkaan seperti dulu. Rasanya sudah lebih satu jam aku menunggu dia di dalam perpustakaan ini tetapi dia masih lagi belum tiba. Aku menjadi risau dan tak pasti adakah kerana soalanku semalam yang membuat dia tidak mahu berkawan dengan aku lagi atau dia terlupa yang aku sedang menunggu dia di sini. Aku cuba untuk menghubungi dia tetapi telefonnya dimatikan. Aku cuba pula mencari dia di tempat-tempat yang selalu kami luangkan bersama tetapi tiada. Ke mana agaknya dia pergi sehingga aku sukar untuk mencarinya hari ini. Aku cuma ingin meminta maaf jika aku ada tersalah cakap atau ada menyakitkan hati dia. Aku tidak mahu ini semua terjadi kerana aku sayangkan dia dan tak mahu kehilangan dia. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi pada dia kerana dia tak pernah begini walaupun terlambat datang dia pasti beritahu kepadaku. Aku risau.

Seminggu aku mencari dia tetapi gagal. Kemudian aku menerima satu pesanan ringkas daripada dia,"Awak, saya balik kampung kerana ada hal. Ibu saya sakit." Aku membaca dengan penuh rasa bersalah kerana aku terlalu banyak berfikir yang buruk-buruk tentang dia. Walaupun aku lega tetapi jauh dalam sudut hati aku mahu ibu dia selamat juga kerana aku tak mahu dia bersedih. Kalau bolah aku ingin datang ke kampung dia untuk melawat dia dan ibu dia tetapi aku tidak tahu dimana kampung dia. Cuma mampu berdoa dan berharap kesihatan ibu dia cepat pulih. Tetapi di sudut lain juga aku mahu dia pulang cepat kerana terasa sudah lama kami tidak bertemu dan bergurau senda. Sebenarnya aku rindu akan senyuman dia dan gelak tawa yang selama ini selalu menghiasi hari-hariku dan membuat aku sentiasa ingin bersama dia.

Hari ini aku gembira dan bersemangat kerana dapat berjumpa dengan dia kerana hari ni dia sudah pulang dan dapat meneruskan pembelajaran dia seperti biasa. Aku juga bersyukur pada tuhan kerana telah kembalikan kesihatan ibu dia. Kami bersama seperti sediakala dan apa yang paling aku nantikan ialah dia telah pun memberikan jawapan kepada soalan aku semasa hari jadiku hari itu. Katanya,"saya sudi menerima awak kerana awak baik dengan saya dan awak seorang yang kelakar". Alangkah riangnya hatiku ini mendengar jawapan dari dia dan itu beerti aku dan dia sudah menjadi sepasang kekasih dan itu yang aku tunggu sejak sekian lama lagi dari pertama kali bertemu dia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hatiku ini kerana hatiku sudah memiliki dan dimiliki. Indah terasa dunia ini seperti aku yang punya.

Kami menjadi pasangan yang paling bahagia sekali dan sentiasa bersama tak kira apa jua keadaan sekalipun. Keindahan itu terasa indah sekali dan aku tak mahu ianya hilang dari hidup ini. Aku berjanji akan menjaga dan melindungi dia dari apa jua cabaran dan halangan yang mendatang agar kami sentiasa bersama dan bersatu. Aku juga berjanji yang dia adalah cinta pertama dan terakhir aku yang akan aku genggam erat selamanya. Sepanjang kami bersama aku tak pernah melukakan hati dia dan aku sentiasa membantu bila dia di dalam kesusahan atau kesedihan. Banyak yang kami lalui bersama dan kami masih lagi setia mencintai walaupun ada yang mahu memisahkan kami tetapi ikatan cinta kami kekal kuat dan teguh sentiasa. Aku berjanji dengan diri aku yang aku akan sentiasa mencintai dia sampai akhir hayat aku tak kira apa pun yang terjadi. Aku berjanji.

bersambung...

No response to “Pelangi Petang.. 3.0”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...