Permulaan.. (II)

...sambungan

Hari kedua aku memulakan kerjaya yang pertama aku, terasa sangat-sangat berat hati kerana mengikut keadaan aku masih lagi dalam "mood study" lagi bak kata orang. Dan aku masih lagi baru tamat belajar serta freshy lagi jadi aku amat berat hati sekarang ini seperti mahu sahaja aku menjerit sekuat hati untuk melepaskan segalanya agar terasa puas hati aku ini. Demi kerjaya dan cita-cita yang aku impikan selama ini, aku teruskan jua langkah setapak demi setapak untuk ke pejabat. Maksu perasan akan perubahan pada diri aku pagi ini dan sempat bertanya akan apa yang terjadi dan takut-takut jikalau aku tak sihat atau apa saja yang tak elok tentang aku. Maksu aku memang begitu cepat risaukan sesuatu lagi-lagi sesuatu perkara itu agak merumitkan dan pasti Maksu akan lebih risau. Sekarang sudah menunjukkan jam 8.15 pagi, aku masih lagi duduk termenung di atas kerusi memikirkan sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu akan apa yang aku sedang fikirkan itu.

Aku sudah lambat !! Aku perlu bergerak sekarang untuk ke pejabat, takut-takut nanti aku akan terlambat dan bos pasti akan memarahi aku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat. Maksu menjerit memanggil aku. "Syaza !! Sudah sarapan ke belum? Kenapa tergesa-gesa tu? Hati-hati pergi kerja." Aku menjawab. "Belum lagi Maksu. Sudah lambat. Pergi dulu." Lantas aku pergi ke hujung simpang jalan dan terus menahan teksi. Baru hari kedua aku bekerja sudah buat hal dengan datang lambat. Aku tak sengaja dek kerana aku asyik memikirkan hal tentang semasa aku masih belajar lagi. Terlalu rindu rasanya aku pada waktu-waktu belajar dahulu walaupun masih baru lagi aku tamat belajar tetapi perasaan rindu sudah mengetuk pintu hati ini kerana segala pengalaman yang aku tempuhi semasa zaman belajar dahulu terlalu banyak dan bercampur kenangan manis, pahit, gelak tawa, tangisan, mengajar aku erti memahami kehidupan alam dewasa dan realiti dunia.

8.52 pagi dan aku masih lagi di dalam teksi sedang menuju ke pejabat. Aku lihat pakcik drebar di depan sedang asyik melayan lagu retro nyanyian S. Jibeng bertajuk Selamat Tinggal Pujaan. Mendengar lirik dan melodi lagu itu terasa tenang sedikit hati aku walaupun aku tahu aku sudah lambat untuk ke pejabat. Maklumlah jalan di Kuala Lumpur ini senantiasa sesak dan tak pernah lengang. Setibanya aku di pejabat, aku melihat kak Lina sedang duduk di kerusinya dan sibuk mengemaskini kertas kerja yang banyak di atas mejanya itu. Sedang aku menuju ke meja aku, tiba-tiba kak Lina menjerit memanggil namaku. "Syaza Damia!! Bos awak panggil masuk bilik kurungan sana." Kata kak Lina sambil mencuba melawak pagi-pagi hari. Aku terkejut mendengar kak Lina berkata begitu lantas aku letak barang-barang aku dan terus masuk ke bilik bos aku. "Apa sahaja orang tua ni hendak dengan aku pagi-pagi hari ini?" Bisik hatiku. Untuk kali pertama aku akan berjumpa dengan bos syarikat tempat aku bekerja ini. Mungkin rupanya berkedut-kedut, rambut beruban, dan pasti dengan muka bengis yang amat menakutkan sesiapa sahaja yang melihat bos aku itu. Kak Lina juga tak pernah memberitahu kepadaku tentang ciri-ciri bos syarikat ini.


Mungkin juga aku di panggil kerana kelewatan aku masuk ke pejabat hari ini. Harap-harap aku tidaklah di marahi oleh bos aku yang tua itu. Hati aku terasa sangat berdebar-debar pagi ini adakah kerana takut akan bos atau apa sahaja yang bermain di fikiranku ini. Aishh!! Aku harus kuatkan diri demi kerjaya idaman aku ini. Segalanya perlu aku lalui untuk mencapai cita-cita dan impian yang selama ini aku bekerja keras demi kesenangan yang harus aku cari untuk membalas budi kedua orang tua ku di kampung sana. Kerana mereka lah aku sekarang di sini mengapai impian dan cita-cita sejak dari kecil lagi. Untuk itu aku harus berusaha, berusaha dan terus berusaha agar dapat aku membalas segala budi keluargaku walaupuan aku tahu aku takkan pernah dapat membalas walau seribu tahun lagi kerana kasih sayang yang di curahkan oleh kedua ibu bapaku tak ternilai harganya sekalipun.


bersambung...

Pelangi Petang.. 5.0

Kronologi -- I II III IV V



Perlahan suara dia berbisik kepada aku,"awak jangan nangis yer. Saya pergi dulu. Awak janji dengan saya bila saya sudah tiada lagi nanti awak cari pengganti yang lebih baik dari saya ye. Saya bukan yang terbaik untuk awak dan saya tidak layak untuk cinta awak. Awak janji lupakan saya lepas saya pergi..." Semakin kuat aku menangis kerana aku tak sanggup untuk melepaskan dia pergi. Rupanya semasa dia beritahu yang ibu dia sakit di kampung sebenarnya dia yang sedang melawan kesakitan itu. Aku menyesal kerana tidak dapat menjaga dia seperti yang telah aku janjikan kepada dia.

Hari ini genap sebulan dia telah pergi meninggalkan aku dan juga kawan-kawan semua. Aku masih lagi merindui dia. Rindu senyuman dan renungan dia. Rindu semua masa yang kami luangkan masa bersama. Rindu gelak tawa dari dia. Rindu semua tentang dia yang sentiasa melengkapkan hari-hariku ini. Mungkin ini sudah takdir dan aku redha merelakan pemergian dia dan aku berjanji akan mengenggam segulung ijazah yang kami idamkan bersama dahulu. Aku berjanji.

Dia ibarat pelangi petang yang sentiasa menghiasi diri ini dengan warna yang penuh dengan kegembiraan. Dia bukan cahaya yang aku cari tetapi dia adalah pelangi petang yang akan aku sentiasa tunggu kehadirannya untuk mewarnai dan menghiasi hari-hariku yang kosong ini. Akan aku sentiasa menunggu pelangi itu untuk aku tatapi setiap kali aku merindui dia yang aku cintai selamanya…




-Tamat-

Tujahan

Part: I II

Kadil kalut seketika. Aku juga menjadi hilang arah dan lantas mencapai kunci kereta. 2 jam perjalanan memang menggelisahkan. Suasana dalam kereta terlalu sepi kerana masing-masing masih lagi terkejut dengan apa yang di perkatakan oleh Icha. "Aku tak tahu nak fikir apa lagi Izzat. Kusut pula tetiba, serabut pun ada." Keluh Kadil. "Kita tunggu je nanti. Kita tengok apa yang boleh kita buat. Jangan kusut sangat Kadil."



Mayat Amri telah selamat di kebumikan petang itu. Semuanya menjadi serba tak kena. Icha sugul sahaja sambil airmatanya berlinangan. Kadil juga begitu. Aku menjadi terlalu lemah untuk berkata-kata. Menurut kata orang kampung Amri bergelut dengan dengan perompak itu sebelum dia di tembak berkali-kali. Mungkin bukan silap Amri yang meletakkan kereta betul-betul di hadapan bank itu. Perompak menjadi kalut lantas menjadikan kereta Amri sebagai mobil mereka. Namun, Amri berkeras untuk memberi kerjasama. Di situlah detik-detik yang mencemaskan berlaku. Ternyata kehilangan seorang rakan kongsi yang begitu dedikasi amatlah dirasai.

Kes itu tidak terhenti di situ sahaja. Aku mula mencurigai sesuatu. Sebulan selepas kematian Amri, Kadil dan Icha menjadi mesra. Tidak seperti sebelum ini, pabila muncul sahaja Icha, pasti Kadil akan menarik muka. Aku tidak tahu mengapa tapi yang pastinya aku akan menyiasat kematian Amri yang menjadi tanda tanya di kotak fikiran aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...