Permulaan.. (II)

...sambungan

Hari kedua aku memulakan kerjaya yang pertama aku, terasa sangat-sangat berat hati kerana mengikut keadaan aku masih lagi dalam "mood study" lagi bak kata orang. Dan aku masih lagi baru tamat belajar serta freshy lagi jadi aku amat berat hati sekarang ini seperti mahu sahaja aku menjerit sekuat hati untuk melepaskan segalanya agar terasa puas hati aku ini. Demi kerjaya dan cita-cita yang aku impikan selama ini, aku teruskan jua langkah setapak demi setapak untuk ke pejabat. Maksu perasan akan perubahan pada diri aku pagi ini dan sempat bertanya akan apa yang terjadi dan takut-takut jikalau aku tak sihat atau apa saja yang tak elok tentang aku. Maksu aku memang begitu cepat risaukan sesuatu lagi-lagi sesuatu perkara itu agak merumitkan dan pasti Maksu akan lebih risau. Sekarang sudah menunjukkan jam 8.15 pagi, aku masih lagi duduk termenung di atas kerusi memikirkan sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu akan apa yang aku sedang fikirkan itu.

Aku sudah lambat !! Aku perlu bergerak sekarang untuk ke pejabat, takut-takut nanti aku akan terlambat dan bos pasti akan memarahi aku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari rumah untuk ke pejabat. Maksu menjerit memanggil aku. "Syaza !! Sudah sarapan ke belum? Kenapa tergesa-gesa tu? Hati-hati pergi kerja." Aku menjawab. "Belum lagi Maksu. Sudah lambat. Pergi dulu." Lantas aku pergi ke hujung simpang jalan dan terus menahan teksi. Baru hari kedua aku bekerja sudah buat hal dengan datang lambat. Aku tak sengaja dek kerana aku asyik memikirkan hal tentang semasa aku masih belajar lagi. Terlalu rindu rasanya aku pada waktu-waktu belajar dahulu walaupun masih baru lagi aku tamat belajar tetapi perasaan rindu sudah mengetuk pintu hati ini kerana segala pengalaman yang aku tempuhi semasa zaman belajar dahulu terlalu banyak dan bercampur kenangan manis, pahit, gelak tawa, tangisan, mengajar aku erti memahami kehidupan alam dewasa dan realiti dunia.

8.52 pagi dan aku masih lagi di dalam teksi sedang menuju ke pejabat. Aku lihat pakcik drebar di depan sedang asyik melayan lagu retro nyanyian S. Jibeng bertajuk Selamat Tinggal Pujaan. Mendengar lirik dan melodi lagu itu terasa tenang sedikit hati aku walaupun aku tahu aku sudah lambat untuk ke pejabat. Maklumlah jalan di Kuala Lumpur ini senantiasa sesak dan tak pernah lengang. Setibanya aku di pejabat, aku melihat kak Lina sedang duduk di kerusinya dan sibuk mengemaskini kertas kerja yang banyak di atas mejanya itu. Sedang aku menuju ke meja aku, tiba-tiba kak Lina menjerit memanggil namaku. "Syaza Damia!! Bos awak panggil masuk bilik kurungan sana." Kata kak Lina sambil mencuba melawak pagi-pagi hari. Aku terkejut mendengar kak Lina berkata begitu lantas aku letak barang-barang aku dan terus masuk ke bilik bos aku. "Apa sahaja orang tua ni hendak dengan aku pagi-pagi hari ini?" Bisik hatiku. Untuk kali pertama aku akan berjumpa dengan bos syarikat tempat aku bekerja ini. Mungkin rupanya berkedut-kedut, rambut beruban, dan pasti dengan muka bengis yang amat menakutkan sesiapa sahaja yang melihat bos aku itu. Kak Lina juga tak pernah memberitahu kepadaku tentang ciri-ciri bos syarikat ini.


Mungkin juga aku di panggil kerana kelewatan aku masuk ke pejabat hari ini. Harap-harap aku tidaklah di marahi oleh bos aku yang tua itu. Hati aku terasa sangat berdebar-debar pagi ini adakah kerana takut akan bos atau apa sahaja yang bermain di fikiranku ini. Aishh!! Aku harus kuatkan diri demi kerjaya idaman aku ini. Segalanya perlu aku lalui untuk mencapai cita-cita dan impian yang selama ini aku bekerja keras demi kesenangan yang harus aku cari untuk membalas budi kedua orang tua ku di kampung sana. Kerana mereka lah aku sekarang di sini mengapai impian dan cita-cita sejak dari kecil lagi. Untuk itu aku harus berusaha, berusaha dan terus berusaha agar dapat aku membalas segala budi keluargaku walaupuan aku tahu aku takkan pernah dapat membalas walau seribu tahun lagi kerana kasih sayang yang di curahkan oleh kedua ibu bapaku tak ternilai harganya sekalipun.


bersambung...

No response to “Permulaan.. (II)”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...