Orang Kata

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana...

Kata orang gunung tak lari walau di kejar...

Kata orang kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum...

Kata orang..kata orang..kata orang...

Boleh pakai ke kata orang ni dalam aplikasi situasi kehidupan seharian kita. Kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan berjumpa. Kita tak tahu siapa yang akan bersama dengan kita. Walaupun kita suka kepada seseorang tapi seseorang tu suka kepada orang lain pula. Adakah perasaan kita akan terbalas. Dah memang lumrah kehidupan suka kepada sesuatu yang bukan pasti menjadi milik kita. Namun, tak salah untuk mencuba nasib meluahkan perasaan. Cuma persoalan yang bermain di kotak fikiran adakah kita benar-benar cukup berani untuk meluahkan apa yang di rasa itu. Adakah kita cukup berani untuk menerima kenyataan seandainya apa yang diinginkan tidak tercapai dan tidak menjadi kenyataan. Bertepuk sebelah tangan memang tidak kan berbunyi. Tapi jika kita tidak berusaha untuk menepuk tangan sebelah lagi sesuatu yang memilukan kerana kita tidak akan pernah tahu kekuatan tepukan itu.



Berusahalah untuk menepuk tangan yang lagi sebelah supaya kita ketahui kekuatan tepukan itu. Kerana setiap tepukan yang kita lakukan pasti akan meninggalkan seribu kenangan yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ia juga merupakan pengalaman yang bakal mematangkan pemikiran serta keputusan yang bakal dibuat di masa hadapan. Selamat bertepuk tangan buat warga bigfooters

-nebulous-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...