Penculik Kali Pertama.. (Part II)

Part I, Part II

Tepat jam 12.37 tengah malam Capital "A" akan memulakan segala perancangan yang telah dirapikan oleh Azlan. Sebenarnya Azlan telah mempercepatkan jam dinding rumah Amir kerana mahu cepat habiskan kerja ini disebabkan oleh keadaan situasi ekonomi rumah tangganya yang sedang bergelegak panas sekarang ini. Mereka sebenarnya tidak sedari yang malam ini adalah malam rondaan Skuad Trebble yang di lakukan setiap malam khamis selepas majlis bacaan yassin di masjid. Malam ini kena pula giliran Abu Dol dan Man Pelepah yang menjalankan tugas. Sedang Capital "A" bersedia untuk menggempur rumah makNab yang sedang membuat air milo suam kurang gula. makNab tak boleh minum milo dengan susu nanti kena kencing berdarah katanya. Maklumlah orang tua banyak kerenahnya dan pantang larangnya.

Berkain pelekat, baju batik, selipar asadi, sarung tangan kick boxing, topi koboi, lampu tanah, dan pistol air yang dipakai dan digunakan oleh Abu Dol membuatkan Man Pelepah rasa malu nak jalan sebelah Abu Dol malam ini. Oleh kerana tugas yang di amanahkan oleh ketua kampung Serambi Dua Belas ini, mereka teruskan melakukan rondaan demi keselamatan dan keharmonian kampung tercinta ini. Selepas siap membuat air milo suam lazat makNab terus ke depan untuk menonton cerita kartun kegemarannya iaitu oggy and the cocoges(lipas), dek kerana minat yang mendalam makNab sanggup bersengkang mata walaupun jam sudah pukul 12.00 tengah malam. Cerita peberet mane boleh lepas kata makNab. Itu sahaja menjadi pengubat rindu makNab kepada arwah sepupunya kerana mereka berdua selalu menonton cerita ini bersama bak kata orang muda couple seat lah katakan.

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke rumah makNab untuk menculik gig palsu milik sepupu makNab itu. Kalau dapat pasti kita kaya selepas menjual gigi palsu itu kat kedai pajak Ah Kaw kat seberang jalan sana. Paling sedikit pun mesti kita dapat buat pusing modal selepas membeli dan mencopet barang untuk projek kali pertama ini. "Aku dah skodeng tadi kat rumah makNab dan aku nampak makNab dok layan cerita kegemaran dia itu". Kata Amir. Kalau macam itu mari kita bergerak sekarang juga. "Masuk barisan!!". Kata Asrul. "Bersedia!!". Katanya lagi. "Apa kau merepek ni Asrul??". Kata Azlan. "Aku teringat masa aku masuk pasukan beruniform renjer puteri di sekolah dulu". Kata Asrul. Amir dan Azlan mula pelik dan menggaru sebelah kiri kepala masing-masing tanda pelik. Bisik Amir kepada Azlan "kau rasa si Asrul ini lelaki ke perempuan??". "dua alam ke??". Mereka mula ragu-ragu akan kelakian Asrul yang selama ini tidak mengetahui akan punca sebenar kejadian terhadap diri Asrul itu.

"ahh!!. Aku tak peduli itu semua!!. Sekarang ini aku mahu pernacangan kita berjalan dengan lancar. Kalau tak boleh berjalan, perlu berjogging atau berlari pun aku tak kesah!!". Kata Azlan dengan nada-nada berlagu inang mak dara. Malam ini pasti akan berlaku kejadian yang tidak mereka bertiga ketahui akan apa yang bakal mereka lalui nanti. Kedatangan mereka bertiga sememangnya di tunggui oleh sesuatu di sebalik gigi palsu itu dan juga oleh pasukan rondaan Skuad Trebble yang sedang menjalankan tugas tanpa menghirau keadaan ekonomi semasa.

No response to “Penculik Kali Pertama.. (Part II)”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...