Tujah

Part: I II

"Kita tak perlukan dia dalam rancangan ni!" tentang Kadil. Memang si Kadil itu sudah lama bertegang urat dengan Amri. Katanya Amri tidak boleh dipercayai dan mudah saja untuk membocorkan rahsia. Memang, Amri sudah banyak berubah dan tidak seperti dulu. Jika dulu dia seorang yang senantiasa mementingkan tali persahabatan melebihi segala-galanya. Pernah sekali Kadil kesempitan duit. Namun, Amri sedia menghulur bantuan, katanya "hari ni hari kau, mana tahu esok lusa aku susah." Prinsip itu yang dipegang membuatkan semua senang untuk bersahabat dengan Amri. Tapi itu dulu, kisah dulu yang tak mungkin akan berulang kembali melainkan dia mampu mengubah sikapnya. Puncanya hanya satu. Dan ia merubah segalanya ketika ini. "Kalau dulu memanglah kita boleh harapkan dia tapi sekarang.." lidah Kadil terkelu untuk meneruskan kata-katanya. "Aku faham perasaan kau, tapi kita tak boleh ketepikan dia. Kita bertiga pernah bersama ketika dibawah. Takkan kita nak abaikan dia macam tu je," ujar aku dengan niat untuk menenangkan seketika keadaan. "Kita tunggu dia balik dari Felda Tenang, katanya program anjuran syarikat Utiliziation tu beberapa hari je. Nanti kita bincang sama-sama. Ok ?" sambung aku. "Yelah," jawab Kadil ringkas.

Nama Kami GraphTech sudah semakin dikenali sekarang ini. Memang sengaja nama Kami GraphTech dipilih atas kepakaran dalam bidang masing-masing dan ianya merupakan hasil titik peluh kami bertiga dalam usaha menjayakan rancangan ini. Segala susah senang dilalui bersama. Ternyata persahabatan yang terjalin sejak dari sekolah terlalu utuh. Tapi segalanya berubah sejak Amri menjalin hubungan dengan Icha. Sejak Icha muncul dalam hidup Amri segalanya berubah termasuk persahabatan kami. Amri seolah-olah hanya menurut apa sahaja kemahuan Icha. Segala perlakuan Amri akan diperhatikan Icha sehingga kami meluat dengan perangai Icha. Perjalanan projek syarikat Kami GraphTech juga terganggu akibat campur tangan Icha. Amri hanya mampu mengiyakan setiap telunjuk Icha.

Pagi itu Kadil ke pejabat seperti biasa dan dia menantikan kepulangan Amri dengan penuh kesabaran. Nilai persahabatan amat tinggi di mata Kadil. Namun yang ditunggu tidak kunjung tiba. Hampa dan kekecewaan jelas terpancar di muka Kadil. Deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian. Mesej dari nombor tidak di kenali terpapar. "aku minta maaf Kadil". Hanya itu yang terpapar.

No response to “Tujah”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...