Ngangkung Memang Terbaik

Pada malam jumaat yang lalu kami berempat telah menonton wayang cerita Ngangkung. Kami tiba di Jusco Tebrau pada jam 10.15 malam dalam keadaan yang hujan renyai-renyai. Sengaja kami pilih waktu malam kerana mahukan suasana yang suram..hehe. Filem yang mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang mencuba nasib untuk mendapatkan nombor ekor dengan aktiviti ngangkung. Permulaan cerita sudah menunjukkan adegan lawak. Pelbagai adegan lawak sepanjang cerita tersebut. Membuatkan semua penonton pecah perut. Sam yang memegang watak Azim begitu bijak menjiwai watak beliau sebagai ayah, suami dan pekerja yang baik sehingga di hasut oleh rakan nya untuk ber”ngangkung”.

Di jadikan cerita, kesemua cubaan mereka tidak mengena. Hasilnya, wang saku Azim tergadai begitu sahaja, manakala Wan berhutang dengan “Along”. Tasnim pula tergadai wang perbelanjaan. Ketaksuban Azim tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana Azim mendapatkan bantuan dari bomoh lain pula. Tetapi setiap perkara yang di lakukan pasti mahukan balasan. Wan pengsan sehingga di bawa ke hospital. Manakala isteri Tasnim keguguran. Anak perempuan Azim pula melayan makhluk halus yang mengekori Azim pada lewat malam.

Saksikan kesudahan filem ini sendiri..haha. Papepun, cerita Ngangkung memang terbaek. Selamat menonton. Sokonglah filem tempatan..peace..

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor

Hari ini merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Kami sebagai warga Johor ingin mengajak rakan-rakan yang berada di Johor Bahru untuk sama-sama meriahkan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj yang ke 52. Sebagai warga Johor, rakyat yang tinggal di negeri yang dinaungi baginda kami mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang hayat baginda. Daulat Tuanku.


Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak Majlis Bandaraya Johor bahru untuk mewujudkan kemeriahan sambutan dengan penglibatan orang ramai melalui program yang dianjurkan seperti berikut :-

Aktiviti Sukan
  •  Sukan Rakyat
  •  Bola Sepak
  •  Bola Jaring
  •  Futsal
  •  Menangkap Itik


Pelbagai Pertandingan
  •  Pertandingan Mewarna
  •  Pertandingan Memasak
  •  Pertandingan Memancing
  •  Pakaian Beragam


Aktiviti Sampingan
  • J-Robik
  • Karaoke Suka-Suka
  • Persembahan Kebudayaan
  • Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  • Produk IKS
  • Kraftangan


Tarikh  : 22hb November 2010
Lokasi : Padang Sri Gelam (Padang Kriket), Tempat Letak Kereta Pantai Stulang Laut
Orang ramai adalah dipelawa untuk menyertai setiap acara yang diadakan.

Aktiviti kami hari ini ialah pusing keliling Johor Bahru sambil melibatkan diri dalam sambutan yang di adakan. Akan kami beri laporan yang penuh sepanjang aktiviti ini...peace..

Ayie Menerima Khabar Gembira

Pagi ini presiden Bigfoot United, Ayie menerima khabar gembira apabila di panggil untuk di temuduga. Di khabarkan beliau menerima panggilan hangit tersebut pada pagi tadi. Setelah sekian lame makan anggur menunggu pekerjaan yang sesuai. Kami di sini senantiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat kami. Semoga beliau sukses dalam temuduga beliau. Dah dapat kerja nanti jangan lupe belanje suit minum ye abang presiden. Oh ye..beliau akan di temuduga pada hari Selasa nanti. Pesanan kepada beliau. Prepare bro, jangan bangun lambat, jangan gugup..hehe..peace..

Berhati-hati Di Kala Musim Tengkujuh Ini

Di kala entry ini di taip kawasan di persekitaraan perkampungan ubiGfoot sedang di landa hujan yang agak lebat. Segala aktiviti yang dirancang terbantut di sebabkan langsung tak boleh keluar rumah. Rumah sendiri pun nak kena tadah air dalam baldi sebab bumbung bocor. Haha. Mujur kawasan sini tak banjir. Tapi di kala musim tengkujuh ini amatlah kerap kita mendengar berita orang kemalangan baik motorsikal, kereta dan tak kurang juga yang lemas. Di sini, kami Bigfoot United ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati kerana malang tidak berbau. Jikalau yang memandu ketika hujan pandu berhati-hati, pastikan penglihatan tidak terhad ketika memandu. Yang bermotorsikal pula elakkan keluar di kala hujan lebat kecuali terpaksa, yelah, hujan kot, sampai nanti mesti lencun punya. Sebaiknya duk rumah diam-diam layan blog Bigfoot United. Hehe..sekian peringatan dari kami..peace..

Kejadian yang Tidak Di Rancang

Kami ingin menceritakan pengalaman kami pada hari Khamis bersamaan 18/11/10. Ikut pada perancangan awal. Nak gerak ke Wisma Persekutuan di bandar Jay Bee untuk mendaftar sebagai pengundi dan selepas itu ke City Square untuk tonton wayang, namun hujan turun dengan selebatnya membuatkan kami terkedu untuk bergerak kerana masing-masing hanya memiliki motorsikal. Yalah, hujan beb, mau lencun kalau redah je. Tunggu punya tunggu, jiran Ayie ajak beliau melapah daging korban. Tepat jam 5 petang, Aim sms yang berbunyi “aku dah sampai rumah, korang dah gerak ke belum..??” Setelah hujan berhenti dalam lingkungan 5.30 petang Ayie sms “lambat sikit bro, tak habis lapah daging lagi ni..”. Tunggu lagi lah jawabnya. Set timing baik punya, pukul 6 petang kami gerak ke rumah Aim. Perbincangan ringkas dan menentukan destinasi dan tujuan adalah Jusco Tebrau City untuk menonton filem Harry Porter terbaru. Yang paling hampeh + sadis + bengang ialah tiket Harry Porter habis. Yang tinggal Cuma jam 8 malam. Wargh!!! Semua dah buat muka panjang(cam usop sontorian). Lastly decide, antara cerita Skyline dan Unstoppable. Lat tali tam ploi…Skyline menjadi pilihan. Ktorang redha je sebab tak dapat tengok Harry Porter.

Cerita Skyline ni agak gempaq gak lah sebab grafik dia cambez + kesan bunyi cambez + unsur cerita banyak suspend. Cerita ala-ala Cloverfield bak kata Aim. Menceritakan tentang alien menyerang bandar LA dan menyedut semua umat manusia di bandar LA untuk menyedut otak manusia, seterusnya merekrut alien yang baru. Layan punya layan dah dekat 2 jam duk dalam ni, tak nampak pun tanda-tanda cerita nak habis. Skali cerita dia habis dengan cam hampeh. Nak tau kenapa..??? Korang tengok la sendiri ye..Don't Look Up..peace..

Jom Tonton Wayang Cerita Harry Porter and the Deathly Hallows Part 1

Mari saksikan Harry Porter di pawagam berdekatan anda hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1. Review cerita ini telah kami paparkan pada entri yang lalu. Jadilah antara mereka yang pertama saksikan filem bakal pecah panggung ini.

Klik untuk review masa tontonan filem ini.tgv cinema

Pasukan Lotus Racing F1 Bakal Bertukar Nama

Pasukan Lotus Racing yang di asaskan oleh Datuk Tony fernandes dan di kendalikan oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd. bakal mengubah nama pasukan mereka setelah terdapat perbalahan antara Proton yang juga pemilik Lotus. Ini adalah kerana niat Datuk Tony Fernandes yang mahukan nama Lotus Racing ditukar kepada Team Lotus dibawah nama Colin Chapman yang pernah memenangi kejuaraan pada 1960-an dan 1970-an.

Tetapi Lotus Cars telah mendapatkan tindakan undang-undang yang mengatakan Datuk Tony Fernandes tiada hak untuk menggunakan nama Lotus kerana David Hunt tidak pernah menjualnya. Tetapi Datuk Tony Fernandes menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah begitu sahaja kerana beliau mempunyai bukti dan sumber yang kukuh untuk mempertahankan hak beliau. Lotus yang pada masa ini menggunakan enjin Cosworth. Lotus Racing merupakan antara pasukan terbaik musim ini di antara pasukan terbaru yang menyertai F1 musim ini. Sekian.

Melayangkan Kad Merah Adalah Wajar - Subkhiddin

Beberapa hari lalu para peminat bola sepak negara telah di kejutkan dengan keputusan pengadil Ben Williams yang melayangkan 3 kad merah kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan pada perlawanan menentang China pada Sukan Asia 2010 sabtu lalu. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang berang dan marah, tidak kurang juga yang mengutuk tindakan pengadil tersebut.

Cerita yang akan kami kongsikan kali ini adalah apabila seorang pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh pula mempertahankan tindakan Ben Williams dengan mengatakan tindakan beliau adalah wajar dan tepat. Beliau juga mengatakan pemain Malaysia gagal mengawal emosi akibat dieksploitasi oleh pemain China. Malah beliau berkata pemain Malaysia sepatutnya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain China.

Pada hemat anda, adakah Subkhiddin Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan sebagai tindakan membela rakan sejawat beliau ataupun hanya mahu mencari publisiti semata-mata. Kerana pada pendapat kami amat sukar untuk melihat seseorang pengadil mengeluarkan 3 kad merah dalam 1 perlawanan. Kerana jika lihat dari logic akal nampak sangat perlawanan tidak akan seimbang dan menjadi berat sebelah. Renung-renungkan. Sekian.

Miliki Blackberry Torch 9800 - Terhangat & Terpintar dengan DiGi

Adakah anda berminat untuk memiliki Blackberry Torch 9800..??? Jika ya, anda sedang membaca ruangan yang tepat kerana kami di sini ingin memberitahu anda bahawa DiGi kini telah melancarkan Blackberry Torch 9800 yang mempunyai keypad QWERTY dan skrin sentuh yang ter”HOT” dan ter”SMART”!!! Miliki nya sekarang atau anda akan menyesal di kemudian hari. Anda ragu-ragu tentang kepintaran Blackberry Torch 9800..??? Mari kita lihat spesifikasi Blackberry Torch 9800 ini.
*imej hanya tatapan umum
Antara spesifikasi menarik :

Features

Display

  • Optical trackpad
  • High-resolution touch screen
  • Full QWERTY keyboard
  • 3G network support
  • Simultaneous voice and data
  • Email and text messaging
  • BlackBerry® Messenger
  • Instant Messaging
  • Phone
  • Browser
  • Social feeds
  • Camera and video recording
  • Wi-Fi®
  • GPS
  • Media player
  • Organizer
  • Bluetooth®
  • Tethered modem
  • 3.2” HVGA+ touch screen (480x360)
  • Font size (user selectable)
  • Light-sensing and proximity
  • detecting screen

Camera & Video Recording
  • 5 MP camera
  • Continuous auto-focus
  • Image stabilization
  • Flash
  • 11 scene modes
  • 2X digital zoom
  • VGA (640x480) video recording
·       Geotagging

 

Data Input & Navigation

Battery & Battery Life

  • Trackpad located on front face of device, ESC key to the right,
  • Menu key to the left
  • Touch screen with on-screen keyboard: portrait SureType®, QWERTY and multi-tap, landscape QWERTY
  • Slide-out QWERTY keyboard with backlighting
  • 1300 mAHr removable/rechargeable lithium-ion cell
  • Standby Time: GSM® - up to 18 days, UMTS - up to 14 days
  • Talk Time: GSM - up to 5.5 hours, UMTS – up to 5.8 hours
  • Music Playback: up to 30 hours
  • Video Playback: up to 6 hours

Voice Input & Output
Memory
  • 3.5mm stereo headset capable
  • Integrated speaker and microphone
  • Hands-free headset capable
  • Bluetooth headset capable
  • Integrated hands-free speakerphone
  • M3, T3 (open position only) Rating for hearing aids (PDF)

  • 512 MB flash memory / 512 MB SDRAM
  • 4 GB eMMC + 4 GB media card included
  • Expandable memory – support for microSD card
  • up to 32 GB



DiGi menawarkan Blackberry Torch 9800 hanya pada harga RM 1499 dengan DG Smart Plan!!! Anda pasti tertarik dengan tawaran ini. Akan kami terangkan mengapa Blackberry Torch yang “HOT” ini di tawarkan dalam pelan yang “SMART”.
Surf SMART     Pelan penggunaan Internet Tanpa Had bulanan hanya pada RM 68
Call SMART     Tiada minimum penggunaan panggilan
Save SMART    Rebat 100% pada pelan Internet Tanpa Had*
Roam SMART – Data roaming Tanpa Had hanya pada RM 36 sehari

Video kami paparkan untuk tatapan umum: 







Menarik bukan tawaran yang di berikan. Jadi, apa tunggu lagi. Miliki Blackberry Torch yang "HOT" hanya dari DiGi, Always The SMARTER choice anda hari ini. Kunjungi pusat perkhidmatan DiGi berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau lawat digi.com.my/smartplan.


*Tertakluk pada terma & syarat

Ngangkung : Puja Yang Membawa Padah

Ulasan cerita bakal pecah panggung kali ini sebuah filem dari tanah air yang bertajuk Ngangkung. Ngangkung bermaksud perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘sesuatu’ untuk dipuja oleh bomoh. Ia hendaklah benda yang sukar di temui (rare). Kisah yang bermula dengan menceritakan Azim sebagai seorang pemandu lori yang tinggal di pinggir bandar bersama isteri nya, Suri dan anak perempuan nya. Tasnim dan Wan pula merupakan kawan baik Azim tetapi mereka mempunyai tabiat buruk iaitu suka membeli nombor ekor. Pada awalnya Azim tidak terlibat langsung dengan gejala social yang buruk ini namun terpengaruh atas desakan kesempitan kewangan.





Kejayaan Tasnim memenangi nombor ekor pada suatu hari yang mengubah nasib hasil ngangkung telah meyakinkan lagi Azim untuk mengikut jejak langkah Tasnim dan Wan. Apabila Azim semakin serius dan taksub dengan ngangkung, dia secara tidak langsung telah mengabaikan keluarganya. Keadaan ini berlarutan sehingga suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. 


Sedutan cerita untuk tatapan umum.

Lawatan ke Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar Johor


Kali ini menceritakan pengalaman kami berkunjung ke Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Bangunan yang dibina pada ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar merupakan Istana Besar Johor yang mula dibina pada tahun 1864 dan siap dibina pada tahun 1866. Bangunan yang pada asalnya merupakan kediaman rasmi Sultan Johor tetapi telah dijadikan muzium pada tahun 1982 kerana kediaman rasmi Sultan Johor telah berpindah ke Istana Pasir Pelangi. Bangunan ini juga merupakan antara bangunan tertua di Johor Bahru. Kawasan persekitaran bangunan yang juga dipanggil Kebun Bunga merupakan tempat yang menarik untuk melihat keindahan alam juga untuk bersenam sama ada pada waktu pagi ataupun senja. Susunan lanskap yang menghijau menyejukkan lagi mata memandang apabila berkunjung ke sini.

                                                  Bangunan muzium DiRaja Sultan Abu Bakar

Oleh kerana kami sampai pada waktu yang agak senja. Kelihatan agak ramai orang yang datang ke sini untuk bersenam. Tidak kurang juga kelihatan beberapa pasangan pengantin yang baru berkahwin menjadikan Kebun Bunga sebagai tempat untuk sesi fotografi bagi mereka kerana lokasi yang berdekatan dengan bandar selain susunan lanskapnya yang cantik.

Susunan lanskap yang menarik

Pemandangan pokok-pokok yang menghijau

Tempat beristirehat di puncak

Rumput menghijau yang seringkali
menjadi tempat untuk beriadah

Ketika ini, bangunan ini dijadikan sebagai tempat untuk acara rasmi kerajaan negeri seperti upacara istiadat pertabalan diraja. Dan ianya merupakan peninggalan sejarah yang sangat berharga bagi negeri Johor. Ini sahaja cerita kami buat masa ini. Sekian.

Sumber dari Tourism Malaysia



Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1

Menyambung cerita Harry Porter and the Half-Blood Prince yang merungkai siapa sebenarnya Half-Blood Prince. Budak berkuasa magis kembali untuk merungkai misteri di Hogwarts. Setelah kejadian tak terduga pada akhir tahun sebelumnya, Harry, Ron, dan Hermione yang diamanahkan dengan carian untuk mencari dan menghancurkan Lord Voldemort rahsia untuk keabadian - Horcruxes. Hal ini seharusnya menjadi tahun terakhir mereka di Hogwarts, tetapi kejatuhan Kementerian Sihir dan Voldemort naik ke kuasa menghalang mereka dari menghadiri. Ketiganya menjalani petualangan panjang dengan banyak hambatan di jalan mereka, termasuk Death Eater, Snatchers, Deathly Hallows misteri dan hubungan Harry dengan fikiran Putera Kegelapan menjadi semakin kuat.



Sekuel ke-7 ini di tayangkan dalam dua bahagian. Yang pertama akan di tayangkan pada 18 November 2010. Manakala bahagian kedua akan di tayangkan pada tahun 2011. Saksikanlah di pawagam terdekat anda. Jangan lepaskan peluang.

Sumber dari wikipedia

Video trailer untuk tatapan umum:

6 Hari Membina Hotel 15 Tingkat

Merupakan berita yang agak mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa hotel setinggi 15 tingkat dapat dibina dalam masa 6 hari sahaja. Ya..ini adalah kenyataan apabila pekerja di China di Changsha telah membuktikan keupayaan mereka. Teknologi dan sumber kewangan yang kukuh telah membuatkan mereka mencipta lembaran sejarah baru dan menggemparkan. Ini adalah berikutan kepada membuktikan kepada Amerika Syarikat tentang produktiviti pekerja China.


Hotel yang di bina mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap di tambah pula stuktur kalis bunyi, terma yang mampu menampung kekuatan gempa pada skala 9 ritcher dan juga semua bahan fabrifikasi. Walaupun dengan suasana yang kelihatan agak kelam-kabut dan sangat bising tetapi tiada sebarang kecederaan langsung di laporkan.

video untuk tatapan umum :








Pengembaraan ke Pameran Sains Teknologi & Ict

Menceritakan pengalaman kami berkunjung ke pameran sains teknologi dan ict (MISTI) Johor 2010 bertempat di Persada Johor pada 22-27 Jun 2010 yang lalu. Bergerak pada jam 3 petang setelah berjaya mengumpulkan keempat-empat ahli BiGfoot uNited dengan menaiki motorsikal masing-masing (nak naek kereta takde). Pameran sains yang kami pergi memang banyak kenangan dan pelbagai perkara baru kami pelajari. Hampir kesemua permainan yang menguji minda telah kami cuba. Masuk dalam bas hijau Universiti Sains Malaysia (USM) ada perkara baru yang kami pelajari tentang cara-cara untuk mengurangkan pencemaran udara. Masuk dalam bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kami di tunjuk kan beza antara kad pengenalan palsu dan tulen. Ada yang mencuba nasib untuk menjadi pembaca berita sementara. Ada yang di temu ramah oleh deejay radio Fuhyoo.fm. Saat di temu ramah oleh deejay radio 2 orang sahabat kami memang tidak melepaskan peluang untuk mengenakan deejay tersebut dengan memberi jawapan loyar buruk. Tapi deejay radio pun lebih kurang juga la melayan karenah diorang. Memang tak kering gusi ketika itu. Setelah keletihan melalui hari yang agak panjang, kami pulang ke rumah masing-masing pada jam 6 petang.

Sedikit gambar tuk tatapan umum.

Sekian.

Siapa Kami

    Merupakan 4 orang sahabat karib yang berkenalan semenjak di bangku sekolah lagi. Tetapi setelah habis zaman persekolahan semuanya hilang + terputus hubungan. Tetapi persahabatan itu kembali terjalin setelah masing-masing menghadirkan diri pada reunion sekolah. Untuk mengekalkan persahabatan kami menubuhkan "group" yang kami namakan BiGfoot uNited. Kenapa nama bigfoot dipillih..? entahlah. haha. Seterusnya saksikanlah perkara yang kami lakukan & kongsi kan. Selamat beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...