MAHA 2010 yang Menarik



Baru-baru ini baru sahaja selesai ekspo MAHA (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ) 2010 yang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Serdang). Ekspo yang di sertai oleh banyak pihak dalam usaha mempromosikan barangan masing-masing.

Gengkey telah pergi ke ekspo tersebut sebanyak 3 kali tetapi tetap tak dapat nak pusing sampai habis sebab keletihan pusing keliling tempat. Hari pertama Gengkey cuma pergi bersama rakan dengan menaiki motorsikal pada hari selasa. Weekday pun jalan nak masuk dah sesak.huh..manusia ni tak kerja ke..haha.. Sempat lah Gengkey lawat Hall A,B,C & D. Hall A untuk pertubuhan kerajaan, Hall B untuk pertubuhan swasta, Hall C untuk pertubuhan antarabangsa manakala Hall D untuk pesta makanan kot. Pertubuhan kerajaan tak banyak mempromosikan barangan jualan mereka. Lebih kepada promosi perkara yang mereka lakukan seperti kajian pada sesuatu bahan. Agak bosan. Masuk Hall B pula, wah..best nye. Banyak barangan yang di promosi kan malah ada diskaun tu. Lepak Hall C pulak, memang agak gempak jugak lah sebab cara mereka mempromosikan barangan mereka memang berlainan. Singgah Hall D memang kembung perut sebab banyak minum air tester dan melantak makanan tester. Memang agak lama lah kitorang kat Hall D ni. Lepas tu adalah jalan sikit-sikit dekat-area pasar tani tu. Letih kot. Jalan kejap je, lepas tu tengok jam dah pukul 2 petang..wargh..ada kelas ni. Apalagi..challow lah.
lanskap yG menarik
Suasana yG santai

Berikutnya Gengkey pergi hari sabtu pulak, yG ni agak bengang lah. Sebab Gengkey naik kereta kali ni. Berpeluh duk dalam kereta nak tunggu masuk park punya pasal. Masuk ikut pintu 2 ni paling best tengok kambing golek..haha..mahal kot. Dapat beli aiskrim susu kambing memang agak keras aiskrim die. Jalan punya jalan kitoang nampak ada kereta ni apa ntah die wat kat sini. Sesat kot.
Panther car ke..??
Fairlady Z lah
Lepas tu kitorang jalan ke tempat nanas pula. Memang agak menarik sebab dapat tengok ladang nanas. Masuk dalam ada macam panggung wayang pulak ada tayangan video tentang nanas, cara memproses dan juga kegunaan nanas. Banyak jugak kegunaan nanas. Ingatkan pasal makanan je. Rupa nya boleh buat sabun. Kat situ siap ada maskot nanas yG suka berjoget bila lagu kegemarannya berkumandang. Letih berjalan, kitorang pun terus ke parking untuk sesi pulang lah.

pintu gerbang bersaskan nanas asli
ladang nanas
antara jenis nanas yG terkenal
hiasan semata-mata
maskot nanas yG ceria
Hari ketiga a.k.a. hari terakhir ekspo MAHA Gengkey mengambil keputusan untuk pergi pada waktu senja. Mujur cuaca setakat hujan renyai. Jalan pun kurang sesak berbanding hari sebelum nya. Kali ini Gengkey mengambil peluang untuk pusing keliling tapi malangnya kebanyakan gerai sudah pun mengemas barang mereka. Gengkey masuk Hall B memang menarik. Banyak promosi jualan penghabisan stok sampai ada sabun sus kambing 2 liter di jual pada harga RM10 sahaja. Siap ada free gift pulak tu. Gengkey pun sapu lah. Berbaloi kot. Kat pasaran harga nya dalam RM11 untuk 1 liter. Masuk Hall D dah memang kedengaran seperti pasar jual ikan. Masing-masing promosi barangan masing-masing pada harga serendah mungkin. "lelong-lelong, dua sepuluh ringgit"..tidak kurang juga ada yG mempromosi seperti meminta simpati "bang, beli lah, tolong saya habis kan stok"..itu cara masing-masing.

Kuda padi untuk tunggangan kanak-kanak
Pada Gengkey, ekspo MAHA ni memang menarik kerana mengumpulkan para pedagang selain memberi pendedahan kepada orang ramai tentang hidupan agro ini. Gengkey harap ekspo ini akan berterusan pada masa akan datang serta pihak penganjur dapat memperbaiki segala kelemahan dalam penganjuran kali ini..peace..

6 Responses to “MAHA 2010 yang Menarik”

zmah said...

Memang agak kesal tidak dapat ke MAHA 2010,akibat kekangan masa.

GenGkey said...

bnde dah lepas usah d kesal..
next time kne lah g yerk..:D

CaDLyNN said...

dekat je ngn opis n umah..so ingtkan smpt la nk p..tp smpi sudah tak terpegi.ekeke..takpe..tunggu next year pulak

GenGkey said...

jangan next year pun camni gak suda..
hehe..:D

Faiz said...

korg x ajak aku lak..hahahah

aQi + GenGkey said...

-->Faiz
ni dh lame la bro..
lenkali la..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...