Ngangkung Memang Terbaik

Pada malam jumaat yang lalu kami berempat telah menonton wayang cerita Ngangkung. Kami tiba di Jusco Tebrau pada jam 10.15 malam dalam keadaan yang hujan renyai-renyai. Sengaja kami pilih waktu malam kerana mahukan suasana yang suram..hehe. Filem yang mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang mencuba nasib untuk mendapatkan nombor ekor dengan aktiviti ngangkung. Permulaan cerita sudah menunjukkan adegan lawak. Pelbagai adegan lawak sepanjang cerita tersebut. Membuatkan semua penonton pecah perut. Sam yang memegang watak Azim begitu bijak menjiwai watak beliau sebagai ayah, suami dan pekerja yang baik sehingga di hasut oleh rakan nya untuk ber”ngangkung”.

Di jadikan cerita, kesemua cubaan mereka tidak mengena. Hasilnya, wang saku Azim tergadai begitu sahaja, manakala Wan berhutang dengan “Along”. Tasnim pula tergadai wang perbelanjaan. Ketaksuban Azim tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana Azim mendapatkan bantuan dari bomoh lain pula. Tetapi setiap perkara yang di lakukan pasti mahukan balasan. Wan pengsan sehingga di bawa ke hospital. Manakala isteri Tasnim keguguran. Anak perempuan Azim pula melayan makhluk halus yang mengekori Azim pada lewat malam.

Saksikan kesudahan filem ini sendiri..haha. Papepun, cerita Ngangkung memang terbaek. Selamat menonton. Sokonglah filem tempatan..peace..

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor

Hari ini merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Kami sebagai warga Johor ingin mengajak rakan-rakan yang berada di Johor Bahru untuk sama-sama meriahkan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj yang ke 52. Sebagai warga Johor, rakyat yang tinggal di negeri yang dinaungi baginda kami mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang hayat baginda. Daulat Tuanku.


Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak Majlis Bandaraya Johor bahru untuk mewujudkan kemeriahan sambutan dengan penglibatan orang ramai melalui program yang dianjurkan seperti berikut :-

Aktiviti Sukan
  •  Sukan Rakyat
  •  Bola Sepak
  •  Bola Jaring
  •  Futsal
  •  Menangkap Itik


Pelbagai Pertandingan
  •  Pertandingan Mewarna
  •  Pertandingan Memasak
  •  Pertandingan Memancing
  •  Pakaian Beragam


Aktiviti Sampingan
  • J-Robik
  • Karaoke Suka-Suka
  • Persembahan Kebudayaan
  • Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  • Produk IKS
  • Kraftangan


Tarikh  : 22hb November 2010
Lokasi : Padang Sri Gelam (Padang Kriket), Tempat Letak Kereta Pantai Stulang Laut
Orang ramai adalah dipelawa untuk menyertai setiap acara yang diadakan.

Aktiviti kami hari ini ialah pusing keliling Johor Bahru sambil melibatkan diri dalam sambutan yang di adakan. Akan kami beri laporan yang penuh sepanjang aktiviti ini...peace..

Ayie Menerima Khabar Gembira

Pagi ini presiden Bigfoot United, Ayie menerima khabar gembira apabila di panggil untuk di temuduga. Di khabarkan beliau menerima panggilan hangit tersebut pada pagi tadi. Setelah sekian lame makan anggur menunggu pekerjaan yang sesuai. Kami di sini senantiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat kami. Semoga beliau sukses dalam temuduga beliau. Dah dapat kerja nanti jangan lupe belanje suit minum ye abang presiden. Oh ye..beliau akan di temuduga pada hari Selasa nanti. Pesanan kepada beliau. Prepare bro, jangan bangun lambat, jangan gugup..hehe..peace..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...