Kejadian yang Tidak Di Rancang

Kami ingin menceritakan pengalaman kami pada hari Khamis bersamaan 18/11/10. Ikut pada perancangan awal. Nak gerak ke Wisma Persekutuan di bandar Jay Bee untuk mendaftar sebagai pengundi dan selepas itu ke City Square untuk tonton wayang, namun hujan turun dengan selebatnya membuatkan kami terkedu untuk bergerak kerana masing-masing hanya memiliki motorsikal. Yalah, hujan beb, mau lencun kalau redah je. Tunggu punya tunggu, jiran Ayie ajak beliau melapah daging korban. Tepat jam 5 petang, Aim sms yang berbunyi “aku dah sampai rumah, korang dah gerak ke belum..??” Setelah hujan berhenti dalam lingkungan 5.30 petang Ayie sms “lambat sikit bro, tak habis lapah daging lagi ni..”. Tunggu lagi lah jawabnya. Set timing baik punya, pukul 6 petang kami gerak ke rumah Aim. Perbincangan ringkas dan menentukan destinasi dan tujuan adalah Jusco Tebrau City untuk menonton filem Harry Porter terbaru. Yang paling hampeh + sadis + bengang ialah tiket Harry Porter habis. Yang tinggal Cuma jam 8 malam. Wargh!!! Semua dah buat muka panjang(cam usop sontorian). Lastly decide, antara cerita Skyline dan Unstoppable. Lat tali tam ploi…Skyline menjadi pilihan. Ktorang redha je sebab tak dapat tengok Harry Porter.

Cerita Skyline ni agak gempaq gak lah sebab grafik dia cambez + kesan bunyi cambez + unsur cerita banyak suspend. Cerita ala-ala Cloverfield bak kata Aim. Menceritakan tentang alien menyerang bandar LA dan menyedut semua umat manusia di bandar LA untuk menyedut otak manusia, seterusnya merekrut alien yang baru. Layan punya layan dah dekat 2 jam duk dalam ni, tak nampak pun tanda-tanda cerita nak habis. Skali cerita dia habis dengan cam hampeh. Nak tau kenapa..??? Korang tengok la sendiri ye..Don't Look Up..peace..

7 Responses to “Kejadian yang Tidak Di Rancang”

huhu..stori la skit bro..kasi saspen je..huhu

aim said...

pada suatu hari.. -the end-
haha..

aQi + GenGkey said...

sufi: ktorg pun saspen duk dlm panggung..
so, ktorg bg saspen kt org len r lak..:D
aim: the end of story is........

aim said...

the end of the story is the beginning for...
(wah suspen giler ni)
haha.. tgk la kalau x caye..kan3..

aQi + GenGkey said...

yup..btul kate aim tu..

Hannibal Leckter said...

torrents je !!

aQi + GenGkey said...

torrents tgk sorang2 x best la bro..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...