Setia Seorang Perindu

Bila rindu ku tatap gambar wajahmu
bila rindu ku ungkap i miss u
bila rindu ku mencari jalan untuk bertemu dirimu
Bila rindu ku terasa kuatnya cintaku padamu


Andai kau tahu betapa ku rindu pada dirimu yang terlalu jauh dimataku
Namun, hatiku terasa sentiasa dekat padamu
Tidakkah kau juga merasakan seperti yang ku rasakan ini
Aku tak sanggup berjauhan tanpa dirimu disisiku
Jiwaku terasa sangat sepi dikala kau tidak mengirimkan khabar beritamu padaku
Percayalah perasaan rindu ini tidak akan pernah tamat selagi ku tidak dengar suaramu itu
Terlalu seksa menanti kehadiran dirimu dihadapanku
Rindu hatiku tak jemu padamu selagi kau masihku cinta
Kerna ku seorang perindu yang setia menanti dirimu

Orang Kata

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana...

Kata orang gunung tak lari walau di kejar...

Kata orang kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum...

Kata orang..kata orang..kata orang...

Boleh pakai ke kata orang ni dalam aplikasi situasi kehidupan seharian kita. Kita tak pernah tahu dengan siapa kita akan berjumpa. Kita tak tahu siapa yang akan bersama dengan kita. Walaupun kita suka kepada seseorang tapi seseorang tu suka kepada orang lain pula. Adakah perasaan kita akan terbalas. Dah memang lumrah kehidupan suka kepada sesuatu yang bukan pasti menjadi milik kita. Namun, tak salah untuk mencuba nasib meluahkan perasaan. Cuma persoalan yang bermain di kotak fikiran adakah kita benar-benar cukup berani untuk meluahkan apa yang di rasa itu. Adakah kita cukup berani untuk menerima kenyataan seandainya apa yang diinginkan tidak tercapai dan tidak menjadi kenyataan. Bertepuk sebelah tangan memang tidak kan berbunyi. Tapi jika kita tidak berusaha untuk menepuk tangan sebelah lagi sesuatu yang memilukan kerana kita tidak akan pernah tahu kekuatan tepukan itu.



Berusahalah untuk menepuk tangan yang lagi sebelah supaya kita ketahui kekuatan tepukan itu. Kerana setiap tepukan yang kita lakukan pasti akan meninggalkan seribu kenangan yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Ia juga merupakan pengalaman yang bakal mematangkan pemikiran serta keputusan yang bakal dibuat di masa hadapan. Selamat bertepuk tangan buat warga bigfooters

-nebulous-

Antara Cita & Rasa

Apa yang diperlukan dalam hidup? Setiap manusia memerlukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Dan sesuatu itu tidak datang dalam sekelip mata. Sesuatu itu merupakan usaha yang terlalu banyak pengorbanan. Tapi, berbaloikah pengorbanan yang dilakukan itu.

Apa pula cita. Apa pula rasa. Dan apa pula citarasa. Adakah ianya membawa makna yang serupa. Mungkin perkataan itu terlalu tipikal. Apa yang di citakan didalam hidup ini. Ya..cita-cita itu hak milik masing-masing. Pernahkah kita apa yang dicita itu tercapai. Pernahkah apa yang dicapai itu memuaskan hati masing-masing. Manusia mana pernah puas kan..

Apa yang dirasakan dalam hidup ini setelah berhari-hari melalui perkara yang sama. Pernahkah kita rasa suka akan kehidupan yang dilalui. Mungkin suka tapi untuk seketika cuma. Yang lain hanyalah rasa kecewa.

Tapi kehidupan harus diteruskan tidak kira apa cita, rasa, mahupun citarasa kita. Haluan hidup setiap insan mungkin berbeza tapi pengakhirannya tetap sama. Setiap insan mahukan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Arah tujuan manusia hanyalah untuk mencapai kedamaian dalam diri sendiri. Kedamaian yang dirasa mungkin tidak sama dengan apa yang dicita. Namun, setiap manusia punya citarasa masing-masing. Kerna itulah sisi perjalanan setiap manusia berlainan antara satu sama lain.
Salam permulaan madah penulisan blog. Buat warga bigfooters sila layan cita rasa ini.




-nebulous-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...