Botak itu Cute..??

Pe pandangan korang bile tengok orang yang botak..?? Pastinya tanggapan -ve yang banyak dari +ve kan..?? Sebab biasanya orang yang berbotak nampak muka bengis je kan.. Macam Degawan..:D 
Tapi Gengkey dah membotakkan kepala Gengkey ni. Respon dari famili mcm biasa je kot. Dari kawan ade yang agak terkujat lah sebab Gengkey ade buat something yang jarang si botak buat. Korang tengok lah pic ni & nilai lah yerk.
percubaan 2007
percubaan 2010
Amacam..?? Kalo korang fikir -ve Gengkey tak marah pun. Kalo korang fikir +ve pun tadahal. Tapi yang memusykilkan Gengkey ni bila ada lah umat manusia yang bernama perempuan ni cakap kat Gengkey.."awak botak cute lah".."si budak botak ni nampak cute lah".. Ha..korang jangan jeles yerk. Sebab ini kenyataan. Haha..tataw lah diorang berkata atas dasar ape pulak. Pape pun botak pun merupakan imej yang baik dari berambut panjang pastu nampak kusut semacam je. Baik botak je kan..senang nak jaga..Pape pun botak itu cute..ahax..peace..

Kuasa Pelajar

Pernah terlintas atau tidak di minda kita bahawa pelajar mempunyai kuasa yang amat besar dan hebat..?? Sebenarnya pelajar merupakan pelapis masa depan negara..ini memang tidak di nafikan. Rata-rata kita dengar suara pelajar di mana-mana. Jika datang musim pilihan raya, pihak tertentu lebih suka "memancing" para pelajar dari orang-orang yang sudah bekerja. Ini adalah kerana fikiran pelajar lebih terbuka dan mudah untuk menilai berdasarkan kata-kata seseorang. Justeru, sebagai pelajar kita hendaklah melalui semua ini dengan teliti agar tidak tersilap langkah memilih.

Jika ke mana-mana seperti ke panggung wayang, ke pusat peranginan kita sering melihat pakej pelajar atau harga pelajar. Ini adalah sebagai daya tarikan. Dengan hanya menunjukkan kad pelajar anda akan mendapat diskaun. Tetapi, kadang-kala ada yang menyalah gunakan kelebihan ini. Ini adalah tidak di galakkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pelajar sendiri. Polis juga tidak akan mengambil tindakan secara melulu setelah mengetahui jika anda merupakan pelajar.

Jika korang pelajar, gunakanlah sebaik-baiknya "title" pelajar ini kerana ianya hanya dapat kita rasa kan sekali dalam seumur hidup kita. Gengkey juga pelajar, banyak faedah yang Gengkey dapat dengan menunjukkan kad pelajar. Jika anda merasakan memegang "title" pelajar merupakan beban kepada anda. Anda silap kerana tidak menggunakan ianya sebaik-baik mungkin. Jadilah pelajar yang mampu memangkin generasi akan datang..peace..

Servis Bertukar Tangan

Bigfoot United mengumumkan bahawa kami dengan ini memberi kuasa penuh kepada Aqi untuk memegang kuasa penuh menjaga blog Bigfoot United ini. Ini adalah berikutan Ayie mendapat kerja baru dan beliau begitu sibuk dengan kerja beliau. Manakala Aim begitu sibuk untuk menyiapkan design suit Bigfoot beliau. Aiman pula begitu sibuk dengan bisnes beliau. Tinggal Aqi seorang sahaja yG dengan rela hati nya untuk menjaga blog ini. Bagaimanapun, sebagai pelajar sepenuh masa, masa beliau mungkin terbatas untuk sentiasa update blog ini. Dengan ini, Aqi di beri kuasa besar untuk menggunakan nama Gengkey dalam penulisan blog ini. Mungkin kadang-kala blog ini akan kelihatan seperti blog peribadi, namun kami akan mencuba untuk mempelbagaikan isi kandungan blog ini. Semoga Aqi dapat menjaga blog yG di amanahkan kepada beliau dengan cara yG terbaek..peace..:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...