Pelangi Petang..

Kronologi -- I II III IV V


Jam di tangan menunjukkan pukul 5.45 petang dan aku sedang menunggu si dia. Gadis yang aku idamkan sejak sekian lama. Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan si dia masih lagi belum sampai di sini, tempat yang kami berdua janjikan dari semalam semasa kami berbalas mesej. Aku amat gembira dan bersyukur kerana tuhan telah makbulkan doa aku untuk bersama dia insan yang aku sayang.


Aku masih lagi teringat waktu kali pertama aku berjumpa dengan dia, masa itu aku sedang sibuk mencari buku-buku kajian untuk projek yang prof beri padaku itu, kajian tentang punca terbitnya rasa gembira. Sambil aku mencari dan membelek satu per satu buku yang ada dalam perpustakaan ini, aku tepandang seorang gadis yang pada pandangan aku amat manis dan sopan perwatakannya. Terdetik dalam hatiku berkata "kalaulah aku dapat mengenali gadis seperti dia, pasti hatiku sentiasa gembira dengan melihat senyuman di wajah gadis itu selalu". Sedang aku seronok perhatikan gadis itu tiba-tiba dia berada betul-betul di depan mataku dan tepat memandang aku dengan renungan dan senyuman manis dia. Aku tercegat berdiri kaku bagai melihat puteri kayangan yang cukup indah dan mempesona. Bagi aku gadis ini cukup menawan hatiku yang cukup keras untuk di cairkan oleh mana-mana wanita pun. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan mataku ini agar dia tak perasan yang aku sedang memerhatikan dia dari tadi lagi.

Aku kembali ke meja aku setelah mendapatkan buku yang aku cari sebentar tadi dan meneruskan kajian tentang projek yang aku sendiri tidak faham sedangkan tajuk sahaja sudah memeningkan aku ini pula untuk mencari bahan kajian tentang projek yang amat merumitkan ini. “Kenapalah prof beri aku tajuk projek yang susah dan sukar ini?” Sedang aku sibuk membelek buku-buku kajian ini, tiba-tiba aku terasa lapar pula perut ini dan lantas aku kemas barang kemudian terus ke kantin kolej untuk mencari makanan kerana perut sudah lapar. Sedang aku memikirkan apa yang hendak aku makan tiba-tiba seorang gadis melintas di hadapan aku dan aku menjeling untuk melihat siapakah gerangan gadis itu rupa-rupanya itu adalah gadis yang aku lihat di dalam perpustakaan tadi. Pandangan aku terus melihat gadis itu yang penuh dengan senyuman dan dia juga ingin membeli makanan di kantin. Aku tersenyum riang kerana aku dapat melihat lagi gadis yang telah berjaya menambat hatiku ini dengan sepenuhnya dan hatiku berbisik ingin sekali aku mengenali gadis ini. Dia memilih menu tengah harinya iaitu nasi ayam dan air sirap limau dan aku pula memilih nasi campur dan air tin coke. Memang sedap menikmati jamuan tengah hari sambil duduk di penghujung penjuru di bawah kipas. Lega rasanya.

Aku merancang untuk pergi berjogging petang ini di taman berdekatan agar aku dapat segarkan otak dan badan. Setibanya aku di taman ini aku pun memulakan senaman untuk memanaskan badan dan lantas memulakan sesi berjogging yang aku rancang tadi.sedang aku seronok berjogging seorang diri di taman ini aku terlihat seorang gadis yang leka memberi makan kepada ikan-ikan di dalam tasik taman ini. Aku gembira masih ada lagi insan yang perihatin dan berhati baik untuk bersama berkongsi nikmat kehidupan di bumi ciptaan tuhan ini. Aku amati wajah gadis itu rupanya dia adalah gadis yang terserempak dengan aku dari pagi tadi semasa di dalam perpustakaan dan kantin sekolah. Lantas aku beranikan diri walaupun jantung brdegup kuat tetapi aku teruskan jua niat aku untuk mendekati dan mengenali gadis yang memiliki wajah sopan dan senyuman manis itu.

"Assalammualaikum. Hai, boleh saya duduk di sini melihat ikan-ikan ini?". Aku bertanya sambil memberikan senyuman yang paling manis untuk gadis ini. Dia menjawab, "Wa'alaikummussalam. Boleh, apa salahnya". Jawab gadis itu sambil membalas senyumanku. Melihat senyuman dia hatiku terasa sangat gembira dan bagai ada sesuatu yang menyinari hidupku. Ianya seperti mendapat sesuatu kejayaan yang amat bermakna dalam hidupku. Aku bertanya lagi,"awak pelajar jurusan apa ya? Tahun akhir ke?". Dia jawab,"saya pejalar jurusan undang-undang dan tahun ini adalah tahun akhir saya". Seronok kami berbual dan bermacam-macam cerita yang kami ceritakan dan tak sedar jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.20petang. Dia meminta untuk pulang dan hari pun sudah hampir malam. Aku meminta untuk menghantar dia pulang ke asrama dia dan sambil berjalan kami bercerita lagi. akhirnya sudah pun sampai ke depan pintu pagar asrama perempuan kolej. Aku meminta diri untuk pulang dan dia mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar dia pulang sampai depan pintu pagar.


3 Responses to “Pelangi Petang..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...