Permulaan..

Hari ini hari pertama aku bekerja di firma guaman Adam & Co. Sdn Bhd dan aku di tugaskan sebagai pembantu kepada bos syarikat ini iaitu encik Irfan Aqasha untuk menguruskan segala urusan tentang syarikat ini. Hari ini hari pertama aku dan pula kerja pertama aku selepas habis belajar di Universiti Islam Antarabangsa, dan aku, Syaza Damia Binti Muhammad Danial akan berjanji untuk menjadi pekerja yang akan sentiasa komited dan berdedikasi untuk membantu bos aku, insyaAllah. Hari pertama aku bekerja di sini tak banyak yang aku lakukan kerana aku masih lagi baru bak kata orang freshy lagi dan aku hanya akan habiskan sepanjang hari duduk di kerusi ini sambil membaca tentang sejarah syarikat bos aku ini. Memang ini kerja yang aku idamkan selama ini kerana dari kecil aku bercita-cita untuk menjadi peguam yang berjaya suatu hari nanti dan ini pengalaman pertama aku untuk aku belajar menjadi peguam yang sentiasa berjaya serta dapat membuktikan kepada semua orang bahawa gadis kecil molek macam aku ini boleh berjaya tak kira apa jua halangan yang akan tiba nanti.

*****

Sekarang sudah setengah hari aku duduk di atas kerusi ini sambil membelek buku syarikat ini. Terasa panas kerusi ini setelah berjam-jam aku duduk di atasnya dan perut pun mula memainkan lagu keroncong mak inang tanda sudah lapar lantas aku kemas-kemas semua buku yang ada di atas meja aku dan terus capai beg tangan menuju ke pintu utama syarikat dan aku sekarang berada di depan pintu syarikat tetapi kaki aku terasa tak mahu bergerak. Ini semua kerana aku masih lagi baru di tempat ini dan aku tak tahu kemana arah hendak aku pergi sedangkan perut sudah lama berbunyi. Tiba-tiba bahu aku di tepuk dari belakang dan apabila aku menoleh ada seorang wanita sedang berdiri di belakangku sambil tersenyum melihat gelagatku yang seperti orang hilang anak. Rupanya wanita itu adalah akak kerani yang sambut aku pagi tadi semasa aku baru memulakan kerja hari ini. Sambil tersenyum akak yang hanya mahu dipanggil namanya kak Lina itu terus mempelawa aku untuk makan tengah hari bersamanya dan aku pun masih baru di sini tanpa berfikir panjang aku terus terima pelawaan kak Lina kerana perut sudah lapar sangat dan di tambah pula aku tak tahu jalan di sini jadi pelawaan kak Lina tidak boleh aku tolak lagi.


Tepat jam pukul 6.00 petang aku tiba di rumah maksu aku yang aku tumpang sempena mendapat kerja pertama aku. Maksu begitu teruja menunggu aku pulang dari kerja kerana sifatnya yang selalu ingin tahu dan ceria membuatkan aku sentiasa gembira dan tertawa melihat kelakuannya itu. Maksu memang begitu sejak dari dulu lagi sentiasa ceria dan teruja akan sesuatu yang baru dan itulah yang membuatkan ramai orang sentiasa senang berkawan dengan maksu ku itu dan walaupun usianya sudah mencecah 29 tahun tetapi maksu sentiasa nampak muda dan cantik. Ramai orang selalu mengatakan yang kami adalah adik beradik kerana apabila kami keluar bersama maksu sentiasa nampak cantik dan menawan. Aku tidak kisah sangat kerana usia kami pun tak jauh berbeza iaitu maksu berumur 29 tahun dan aku baru masuk 23 tahun jadi aku tidak ambil pusing sangat tentang itu.

No response to “Permulaan..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...