Pelangi Petang.. 4.0

Kronologi -- I II III IV V

Hari ini sudah genap lima bulan kami bersama dan bercinta. Aku amat bersyukur kerana kami masih kekal bersama berdua mencintai. Tetapi aku perasan ada sedikit perubahan terhadap diri dia akhir-akhir ini. Dan aku mula bertanya kepada dia tetapi jawapan dia masih sama,“takde ape-ape pun sayang.” Aku masih percaya dia ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Aku mula bertanya kepada kawan-kawan rapat dia tentang perihal dia yang sentiasa dia sembunyikan sesuatu dari aku. Bukan niat untuk menyibukkan diri tetapi perasaan cinta aku lebih kuat dari itu dan aku ingin menjaga dia kalau-kalau dia sedang sakit atau dalam kesusahan. Kerana aku telah berjanji akan terus setia di sisi dia tak kira apa pun jua yang terjadi. Walau apa pun aku mesti mencari kepastian untuk aku mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada insan yang aku cintai ini. Aku berdoa dan berharap aku dapat temui jawapan yang aku cari selama ini.

Pagi ini aku telah menghantar mesej kepada dia untuk bertemu di tasik tempat yang selalu kami luangkan masa bersama dan aku berjanji untuk bertemu pada jam 5.30 petang. Aku berbuat begitu kerana kami sudah empat hari tidak bertemu dan aku sangat rindukan dia.mesej yang aku hantar tidak berbalas dan aku berharap dia sudah membaca dan akan datang petang ini. Aku berharap dengan hati yang penuh kerinduan dan rasa cinta yang mendalam terhadap dia. Sekarang sudah pukul 5.45 petang dan sudah lima belas minit aku menunggu dia tetapi masih dia belum sampai juga. Aku menanti dengan penuh sabar. Dia masih belum tiba. Sedang aku menanti tiba-tiba aku dapat panggilan dari kawan baik dia meminta untuk aku pergi ke hospital sekarang juga. Aku bertanya kenapa dan kawan dia menjawab ini tentang si dia yang aku cintai. Tanpa aku sedari airmataku mula mengalir ke pipi. Aku tidak tahu mengapa tetapi aku kuatkan semangat untuk pergi ke hospital agar aku dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi terhadap kekasih yang aku cintai.



Setibanya di hospital aku pergi ke bilik wad 135 seperti yang di perkatakan oleh kawan dia. Aku melihat seorang gadis yang amat aku kenali dan aku sayangi sedang terlantar di atas katil hospital melawan sakit yang terasa amat perit sekali. Aku menghampiri gadis itu dan aku mula berbisik,"awak, saya sudah sampai di sini. Awak jangan tinggalkan saya seorang diri di sini. Saya perlukan awak untuk hidup bersama harungi dunia ini. Awak jangan pergi dulu, saya perlukan awak!!! Saya cintakan awak!!! Saya nak hidup bersama awak!!! Saya nak mati dengan awak!!! Awak tolong jangan tinggalkan saya seorang diri di sini!!!". Aku menangis sendirian tanpa pedulikan semua orang.

Tujah

Part: I II

"Kita tak perlukan dia dalam rancangan ni!" tentang Kadil. Memang si Kadil itu sudah lama bertegang urat dengan Amri. Katanya Amri tidak boleh dipercayai dan mudah saja untuk membocorkan rahsia. Memang, Amri sudah banyak berubah dan tidak seperti dulu. Jika dulu dia seorang yang senantiasa mementingkan tali persahabatan melebihi segala-galanya. Pernah sekali Kadil kesempitan duit. Namun, Amri sedia menghulur bantuan, katanya "hari ni hari kau, mana tahu esok lusa aku susah." Prinsip itu yang dipegang membuatkan semua senang untuk bersahabat dengan Amri. Tapi itu dulu, kisah dulu yang tak mungkin akan berulang kembali melainkan dia mampu mengubah sikapnya. Puncanya hanya satu. Dan ia merubah segalanya ketika ini. "Kalau dulu memanglah kita boleh harapkan dia tapi sekarang.." lidah Kadil terkelu untuk meneruskan kata-katanya. "Aku faham perasaan kau, tapi kita tak boleh ketepikan dia. Kita bertiga pernah bersama ketika dibawah. Takkan kita nak abaikan dia macam tu je," ujar aku dengan niat untuk menenangkan seketika keadaan. "Kita tunggu dia balik dari Felda Tenang, katanya program anjuran syarikat Utiliziation tu beberapa hari je. Nanti kita bincang sama-sama. Ok ?" sambung aku. "Yelah," jawab Kadil ringkas.

Nama Kami GraphTech sudah semakin dikenali sekarang ini. Memang sengaja nama Kami GraphTech dipilih atas kepakaran dalam bidang masing-masing dan ianya merupakan hasil titik peluh kami bertiga dalam usaha menjayakan rancangan ini. Segala susah senang dilalui bersama. Ternyata persahabatan yang terjalin sejak dari sekolah terlalu utuh. Tapi segalanya berubah sejak Amri menjalin hubungan dengan Icha. Sejak Icha muncul dalam hidup Amri segalanya berubah termasuk persahabatan kami. Amri seolah-olah hanya menurut apa sahaja kemahuan Icha. Segala perlakuan Amri akan diperhatikan Icha sehingga kami meluat dengan perangai Icha. Perjalanan projek syarikat Kami GraphTech juga terganggu akibat campur tangan Icha. Amri hanya mampu mengiyakan setiap telunjuk Icha.

Pagi itu Kadil ke pejabat seperti biasa dan dia menantikan kepulangan Amri dengan penuh kesabaran. Nilai persahabatan amat tinggi di mata Kadil. Namun yang ditunggu tidak kunjung tiba. Hampa dan kekecewaan jelas terpancar di muka Kadil. Deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian. Mesej dari nombor tidak di kenali terpapar. "aku minta maaf Kadil". Hanya itu yang terpapar.

Pelangi Petang.. 3.0

Kronologi -- I II III IV V




Lama aku tunggu dia untuk bersama-sama menelaah pelajaran di perpustkaan seperti dulu. Rasanya sudah lebih satu jam aku menunggu dia di dalam perpustakaan ini tetapi dia masih lagi belum tiba. Aku menjadi risau dan tak pasti adakah kerana soalanku semalam yang membuat dia tidak mahu berkawan dengan aku lagi atau dia terlupa yang aku sedang menunggu dia di sini. Aku cuba untuk menghubungi dia tetapi telefonnya dimatikan. Aku cuba pula mencari dia di tempat-tempat yang selalu kami luangkan bersama tetapi tiada. Ke mana agaknya dia pergi sehingga aku sukar untuk mencarinya hari ini. Aku cuma ingin meminta maaf jika aku ada tersalah cakap atau ada menyakitkan hati dia. Aku tidak mahu ini semua terjadi kerana aku sayangkan dia dan tak mahu kehilangan dia. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi pada dia kerana dia tak pernah begini walaupun terlambat datang dia pasti beritahu kepadaku. Aku risau.

Seminggu aku mencari dia tetapi gagal. Kemudian aku menerima satu pesanan ringkas daripada dia,"Awak, saya balik kampung kerana ada hal. Ibu saya sakit." Aku membaca dengan penuh rasa bersalah kerana aku terlalu banyak berfikir yang buruk-buruk tentang dia. Walaupun aku lega tetapi jauh dalam sudut hati aku mahu ibu dia selamat juga kerana aku tak mahu dia bersedih. Kalau bolah aku ingin datang ke kampung dia untuk melawat dia dan ibu dia tetapi aku tidak tahu dimana kampung dia. Cuma mampu berdoa dan berharap kesihatan ibu dia cepat pulih. Tetapi di sudut lain juga aku mahu dia pulang cepat kerana terasa sudah lama kami tidak bertemu dan bergurau senda. Sebenarnya aku rindu akan senyuman dia dan gelak tawa yang selama ini selalu menghiasi hari-hariku dan membuat aku sentiasa ingin bersama dia.

Hari ini aku gembira dan bersemangat kerana dapat berjumpa dengan dia kerana hari ni dia sudah pulang dan dapat meneruskan pembelajaran dia seperti biasa. Aku juga bersyukur pada tuhan kerana telah kembalikan kesihatan ibu dia. Kami bersama seperti sediakala dan apa yang paling aku nantikan ialah dia telah pun memberikan jawapan kepada soalan aku semasa hari jadiku hari itu. Katanya,"saya sudi menerima awak kerana awak baik dengan saya dan awak seorang yang kelakar". Alangkah riangnya hatiku ini mendengar jawapan dari dia dan itu beerti aku dan dia sudah menjadi sepasang kekasih dan itu yang aku tunggu sejak sekian lama lagi dari pertama kali bertemu dia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hatiku ini kerana hatiku sudah memiliki dan dimiliki. Indah terasa dunia ini seperti aku yang punya.

Kami menjadi pasangan yang paling bahagia sekali dan sentiasa bersama tak kira apa jua keadaan sekalipun. Keindahan itu terasa indah sekali dan aku tak mahu ianya hilang dari hidup ini. Aku berjanji akan menjaga dan melindungi dia dari apa jua cabaran dan halangan yang mendatang agar kami sentiasa bersama dan bersatu. Aku juga berjanji yang dia adalah cinta pertama dan terakhir aku yang akan aku genggam erat selamanya. Sepanjang kami bersama aku tak pernah melukakan hati dia dan aku sentiasa membantu bila dia di dalam kesusahan atau kesedihan. Banyak yang kami lalui bersama dan kami masih lagi setia mencintai walaupun ada yang mahu memisahkan kami tetapi ikatan cinta kami kekal kuat dan teguh sentiasa. Aku berjanji dengan diri aku yang aku akan sentiasa mencintai dia sampai akhir hayat aku tak kira apa pun yang terjadi. Aku berjanji.

bersambung...

Penculik Kali Pertama.. (Part II)

Part I, Part II

Tepat jam 12.37 tengah malam Capital "A" akan memulakan segala perancangan yang telah dirapikan oleh Azlan. Sebenarnya Azlan telah mempercepatkan jam dinding rumah Amir kerana mahu cepat habiskan kerja ini disebabkan oleh keadaan situasi ekonomi rumah tangganya yang sedang bergelegak panas sekarang ini. Mereka sebenarnya tidak sedari yang malam ini adalah malam rondaan Skuad Trebble yang di lakukan setiap malam khamis selepas majlis bacaan yassin di masjid. Malam ini kena pula giliran Abu Dol dan Man Pelepah yang menjalankan tugas. Sedang Capital "A" bersedia untuk menggempur rumah makNab yang sedang membuat air milo suam kurang gula. makNab tak boleh minum milo dengan susu nanti kena kencing berdarah katanya. Maklumlah orang tua banyak kerenahnya dan pantang larangnya.

Berkain pelekat, baju batik, selipar asadi, sarung tangan kick boxing, topi koboi, lampu tanah, dan pistol air yang dipakai dan digunakan oleh Abu Dol membuatkan Man Pelepah rasa malu nak jalan sebelah Abu Dol malam ini. Oleh kerana tugas yang di amanahkan oleh ketua kampung Serambi Dua Belas ini, mereka teruskan melakukan rondaan demi keselamatan dan keharmonian kampung tercinta ini. Selepas siap membuat air milo suam lazat makNab terus ke depan untuk menonton cerita kartun kegemarannya iaitu oggy and the cocoges(lipas), dek kerana minat yang mendalam makNab sanggup bersengkang mata walaupun jam sudah pukul 12.00 tengah malam. Cerita peberet mane boleh lepas kata makNab. Itu sahaja menjadi pengubat rindu makNab kepada arwah sepupunya kerana mereka berdua selalu menonton cerita ini bersama bak kata orang muda couple seat lah katakan.

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke rumah makNab untuk menculik gig palsu milik sepupu makNab itu. Kalau dapat pasti kita kaya selepas menjual gigi palsu itu kat kedai pajak Ah Kaw kat seberang jalan sana. Paling sedikit pun mesti kita dapat buat pusing modal selepas membeli dan mencopet barang untuk projek kali pertama ini. "Aku dah skodeng tadi kat rumah makNab dan aku nampak makNab dok layan cerita kegemaran dia itu". Kata Amir. Kalau macam itu mari kita bergerak sekarang juga. "Masuk barisan!!". Kata Asrul. "Bersedia!!". Katanya lagi. "Apa kau merepek ni Asrul??". Kata Azlan. "Aku teringat masa aku masuk pasukan beruniform renjer puteri di sekolah dulu". Kata Asrul. Amir dan Azlan mula pelik dan menggaru sebelah kiri kepala masing-masing tanda pelik. Bisik Amir kepada Azlan "kau rasa si Asrul ini lelaki ke perempuan??". "dua alam ke??". Mereka mula ragu-ragu akan kelakian Asrul yang selama ini tidak mengetahui akan punca sebenar kejadian terhadap diri Asrul itu.

"ahh!!. Aku tak peduli itu semua!!. Sekarang ini aku mahu pernacangan kita berjalan dengan lancar. Kalau tak boleh berjalan, perlu berjogging atau berlari pun aku tak kesah!!". Kata Azlan dengan nada-nada berlagu inang mak dara. Malam ini pasti akan berlaku kejadian yang tidak mereka bertiga ketahui akan apa yang bakal mereka lalui nanti. Kedatangan mereka bertiga sememangnya di tunggui oleh sesuatu di sebalik gigi palsu itu dan juga oleh pasukan rondaan Skuad Trebble yang sedang menjalankan tugas tanpa menghirau keadaan ekonomi semasa.

Pelangi Petang.. 2.0

Kronologi -- I II III IV V

Hari berganti hari dan aku dan dia sudahpun menjadi kawan dan semakin rapat. Kami selalu pergi ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran bersama. Aku seronok dapat berkawan dengan dia, dan apa yang paling penting aku dapat selalu melihat senyuman dari dia yang telah berjaya menawan hatiku ini. Kami banyak luangkan masa bersama sehinggakan ramai kawan-kawan kami mengatakan yang kami adalah pasangan kekasih padahal dia menyatakan yang kami hanya berkawan baik sahaja akan tetapi dia tidak tahu yang aku dalam diam sudahpun jatuh cinta pada dia. Cinta yang sudah berputik sejak kali pertama aku terlihat dia di dalam perpustakaan kolej kami. Cuma aku tak ada semangat yang kuat untuk meluahkan rasa cintaku ini pada dia kerana aku tahu dia mungkin sudah ada yang punya atau aku bukan citarasa dia. Biarlah aku pendam semua rasa cinta ini seorang diri dan aku juga takut akan kehilangan dia dalam hidup aku.

Hari ini hari jadi aku, dan aku amat gembira kerana ramai yang mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tetapi cuma dia seorang yang belum lagi aku dengar ucapan untuk aku. Kelas hari ini habis awal kerana hari ini kelas hanya separuh hari. Sedang aku menuju ke kantin kolej untuk menikmati makanan tengah hari, aku dapat panggilan dari dia. Aku seronok sangat kerana sejak dari pagi tadi hanya panggilan dari dia sahaja yang aku tunggu selama hari ini. Dalam perbualan melalui telefon tadi dia menyatakan agar ingin aku pergi ke tasik di taman tempat kali pertama kami bertemu. Dan seperti yang di janjikan aku pergi ke tasik itu untuk bertemu dengan dia. Aku terkejut apabila melihat semua kawan-kawanku sudahpun berada di situ untuk meraikan majlis hari jadi aku. Walaupun hanya majlis kecil sahaja tetapi aku amat gembira kerana semua itu adalah dari idea dia untuk menyambut hari jadi aku. Terima kasih awak!!!



Petang itu aku beranikan diri untuk menyatakan hasrat yang telah lama aku pendam iaitu meluahkan rasa cinta aku pada dia. Aku beranikan diri dan aku persiapkan semua ayat aku agar tidak di salah ertikan oleh dia. Aku mencuba untuk kuatkan diri demi cinta yang telah lama dipendam ini. Lantas aku memulakan bicaraku pada dia,"awak, terima kasih kerana sudi membuat majlis hari jadi untuk saya, saya rasa terharu sangat. Sebenarnya saya ingin beritahu awak satu perkara ini tetapi saya takut. Takut awak tak menerima". Dia menjawab,"sama-sama. Saya sudah lama rancang untuk buat suprise kepada awak". Katanya sambil tersenyum. Aku beranikan diri lagi untuk kata pada dia,"sebenarnya saya sudah lama suka pada awak sejak kali pertama lagi saya melihat awak di dalam perpustakaan lagi. Saya suka melihat senyuman awak dan pandangan mata awak. Kalau boleh saya ingin jadikan awak sebagai teman hidup saya. Sudikah awak?" Dia hanya terdiam sepi tanpa jawapan yang aku nantikan.

Penculik Kali Pertama.. (Part I)

Part I, Part II

Tiga orang penculik yang baru berjinak-jinak dalam arena @ kerjaya penculikan ini mahu menjalankan satu misi penculikan kecil yang bagi mereka misi ini adalah penentu masa depan kepada kerjaya baru untuk mereka sebagai insan setanding dalam dunia serba-serbi ini. Amir,Azlan,Asrul sedang merancang satu pelan penculikan penuh berhati-hati demi mengelakkan sebarang kecuaian semasa bekerja nanti dek kerana mereka masing-masing tiada insurans yang mampu mencover jaminan hidup mereka incase berlaku kecelakaan masa kerja. Maklumlah kerja ini tidak berdaftar dengan perkeso, sokso, bakso dan soto-soto yang sewaktu dengannya.


"Malam ini kita pecah masuk rumah makNab yang dekat belakang rumah kau tu Amir," Kata Azlan. Dengan nada kecewa Amir angguk kepala tanda setuju walaupun tahu rumah makNab jirannya itu tiada apa yang bernilai selain gigi palsu keturunan jawa totok milik sepupu makNab yang baru meninggal hujung bulan lepas kerana sakit lupa ingatan tahap kronik. Tak boleh nak ubat lagi dah, biarkan jek pergi. Tak larat nak jaga bak kata makNab. Sebenarnya semua orang tahu bahawa sepupu makNab itu ada bela sesuatu tetapi tak pasti lagi apakah yang di bela oleh sepupu makNab itu. Jadi misi tiga orang penculik amatur yang menggelar diri mereka sebagai Capital 'A' itu menjadi dua misi tanpa mereka sedari iaitu pertama, menculik gigi palsu kepunyaan arwah sepupu makNab, kedua ialah ada sesuatu yang bakal menanti kedatangan mereka tanpa mereka ketahui apa sebenarnya di sebalik semua itu.

Malam ini adalah Khamis malam Jumaat dan mereka bertiga sedang menyiapkan segala peralatan yang wajib ada untuk menyerbu, memecah, mengkopek dan memasuki rumah makNab jiran kepada Amir. Asrul sudah memberikan tugas kepada kawan-kawannyaa itu agar senang dan tak kelam kabut nanti mereka untuk menyiapkan barang-barang keperluan semasa kerja menculik gigi palsu peninggalan arwah sepupu makNab itu kerana ianya pasti amat merumitkan sekali memandangkan Asrul bukanlah seorang yang sukakan cabaran. Sebenarnya Asrul seorang yang cepat putus asa sebab itu dia seringkali bertukar kerja sehinggalah sekarang ini. Akan tetapi Asrul sebenarnya seorang yang licik,licin serta ligat dan juga legam. Barang-barang yang perlu wajib ada untuk penculikan malam ini harus segera mereka atau Capital 'A' pakai dan gunakan agar tidak ada yang terlambat atau lewat masuk waktu bekerja nanti, lagipun Amir awal-awal lagi sudah menyediakan mesin punch card untuk waktu masuk dan keluar kerja. Hanya waktu rehat sahaja tidak menggunakan punch card.

Kain pelekat cap gajah duduk, baju melayu buatan tangan makSom, kasut getah cap asadi, cermin mata hitam berkaca, sarung tangan milik keluarga Asrul (ambil tanpa diketahui oleh Asrul), lilin kek hari jadi kedai pak Mail (baru beli tadi siang), anak tudung kaler coklat pekat kepunyaan siapa entah, dan akhir sekali name-tag supaya mereka dapat mengenali ahli kumpulan sendiri semasa melakukan penculikan itu. Mengikut pengiraan Azlan, segala kos barang-barang yang telah dia sediakan itu perlu dicatit ke dalam buku akaun perkongsian mereka kerana Azlan ingin tebus kembali duit yang telah digunakan olehnya untuk projek pertama mereka ini.

Malam sudah semakin buta iaitu sudah hampir tengah malam atau bak kata orang tua-tua tengah malam buta. Capital 'A' sedang menyiapkan diri untuk menyerbu dan memecah masuk rumah makNab jiran Amir itu. Asrul selaku ketua yang melantik dirinya sendiri (bangga dirilah kononnya), ingin mengetuai misi ini yang dianggapnya penuh dengan cabaran. Permulaan pertama iaitu membaca doa selamat sebelum memulakan kerja kerana mengikut pesan ibunya sebelum melakukan sesuatu perlu isikan diri dengan doa dahulu.

Pelangi Petang..

Kronologi -- I II III IV V


Jam di tangan menunjukkan pukul 5.45 petang dan aku sedang menunggu si dia. Gadis yang aku idamkan sejak sekian lama. Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan si dia masih lagi belum sampai di sini, tempat yang kami berdua janjikan dari semalam semasa kami berbalas mesej. Aku amat gembira dan bersyukur kerana tuhan telah makbulkan doa aku untuk bersama dia insan yang aku sayang.


Aku masih lagi teringat waktu kali pertama aku berjumpa dengan dia, masa itu aku sedang sibuk mencari buku-buku kajian untuk projek yang prof beri padaku itu, kajian tentang punca terbitnya rasa gembira. Sambil aku mencari dan membelek satu per satu buku yang ada dalam perpustakaan ini, aku tepandang seorang gadis yang pada pandangan aku amat manis dan sopan perwatakannya. Terdetik dalam hatiku berkata "kalaulah aku dapat mengenali gadis seperti dia, pasti hatiku sentiasa gembira dengan melihat senyuman di wajah gadis itu selalu". Sedang aku seronok perhatikan gadis itu tiba-tiba dia berada betul-betul di depan mataku dan tepat memandang aku dengan renungan dan senyuman manis dia. Aku tercegat berdiri kaku bagai melihat puteri kayangan yang cukup indah dan mempesona. Bagi aku gadis ini cukup menawan hatiku yang cukup keras untuk di cairkan oleh mana-mana wanita pun. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan mataku ini agar dia tak perasan yang aku sedang memerhatikan dia dari tadi lagi.

Aku kembali ke meja aku setelah mendapatkan buku yang aku cari sebentar tadi dan meneruskan kajian tentang projek yang aku sendiri tidak faham sedangkan tajuk sahaja sudah memeningkan aku ini pula untuk mencari bahan kajian tentang projek yang amat merumitkan ini. “Kenapalah prof beri aku tajuk projek yang susah dan sukar ini?” Sedang aku sibuk membelek buku-buku kajian ini, tiba-tiba aku terasa lapar pula perut ini dan lantas aku kemas barang kemudian terus ke kantin kolej untuk mencari makanan kerana perut sudah lapar. Sedang aku memikirkan apa yang hendak aku makan tiba-tiba seorang gadis melintas di hadapan aku dan aku menjeling untuk melihat siapakah gerangan gadis itu rupa-rupanya itu adalah gadis yang aku lihat di dalam perpustakaan tadi. Pandangan aku terus melihat gadis itu yang penuh dengan senyuman dan dia juga ingin membeli makanan di kantin. Aku tersenyum riang kerana aku dapat melihat lagi gadis yang telah berjaya menambat hatiku ini dengan sepenuhnya dan hatiku berbisik ingin sekali aku mengenali gadis ini. Dia memilih menu tengah harinya iaitu nasi ayam dan air sirap limau dan aku pula memilih nasi campur dan air tin coke. Memang sedap menikmati jamuan tengah hari sambil duduk di penghujung penjuru di bawah kipas. Lega rasanya.

Aku merancang untuk pergi berjogging petang ini di taman berdekatan agar aku dapat segarkan otak dan badan. Setibanya aku di taman ini aku pun memulakan senaman untuk memanaskan badan dan lantas memulakan sesi berjogging yang aku rancang tadi.sedang aku seronok berjogging seorang diri di taman ini aku terlihat seorang gadis yang leka memberi makan kepada ikan-ikan di dalam tasik taman ini. Aku gembira masih ada lagi insan yang perihatin dan berhati baik untuk bersama berkongsi nikmat kehidupan di bumi ciptaan tuhan ini. Aku amati wajah gadis itu rupanya dia adalah gadis yang terserempak dengan aku dari pagi tadi semasa di dalam perpustakaan dan kantin sekolah. Lantas aku beranikan diri walaupun jantung brdegup kuat tetapi aku teruskan jua niat aku untuk mendekati dan mengenali gadis yang memiliki wajah sopan dan senyuman manis itu.

"Assalammualaikum. Hai, boleh saya duduk di sini melihat ikan-ikan ini?". Aku bertanya sambil memberikan senyuman yang paling manis untuk gadis ini. Dia menjawab, "Wa'alaikummussalam. Boleh, apa salahnya". Jawab gadis itu sambil membalas senyumanku. Melihat senyuman dia hatiku terasa sangat gembira dan bagai ada sesuatu yang menyinari hidupku. Ianya seperti mendapat sesuatu kejayaan yang amat bermakna dalam hidupku. Aku bertanya lagi,"awak pelajar jurusan apa ya? Tahun akhir ke?". Dia jawab,"saya pejalar jurusan undang-undang dan tahun ini adalah tahun akhir saya". Seronok kami berbual dan bermacam-macam cerita yang kami ceritakan dan tak sedar jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.20petang. Dia meminta untuk pulang dan hari pun sudah hampir malam. Aku meminta untuk menghantar dia pulang ke asrama dia dan sambil berjalan kami bercerita lagi. akhirnya sudah pun sampai ke depan pintu pagar asrama perempuan kolej. Aku meminta diri untuk pulang dan dia mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar dia pulang sampai depan pintu pagar.


Permulaan..

Hari ini hari pertama aku bekerja di firma guaman Adam & Co. Sdn Bhd dan aku di tugaskan sebagai pembantu kepada bos syarikat ini iaitu encik Irfan Aqasha untuk menguruskan segala urusan tentang syarikat ini. Hari ini hari pertama aku dan pula kerja pertama aku selepas habis belajar di Universiti Islam Antarabangsa, dan aku, Syaza Damia Binti Muhammad Danial akan berjanji untuk menjadi pekerja yang akan sentiasa komited dan berdedikasi untuk membantu bos aku, insyaAllah. Hari pertama aku bekerja di sini tak banyak yang aku lakukan kerana aku masih lagi baru bak kata orang freshy lagi dan aku hanya akan habiskan sepanjang hari duduk di kerusi ini sambil membaca tentang sejarah syarikat bos aku ini. Memang ini kerja yang aku idamkan selama ini kerana dari kecil aku bercita-cita untuk menjadi peguam yang berjaya suatu hari nanti dan ini pengalaman pertama aku untuk aku belajar menjadi peguam yang sentiasa berjaya serta dapat membuktikan kepada semua orang bahawa gadis kecil molek macam aku ini boleh berjaya tak kira apa jua halangan yang akan tiba nanti.

*****

Sekarang sudah setengah hari aku duduk di atas kerusi ini sambil membelek buku syarikat ini. Terasa panas kerusi ini setelah berjam-jam aku duduk di atasnya dan perut pun mula memainkan lagu keroncong mak inang tanda sudah lapar lantas aku kemas-kemas semua buku yang ada di atas meja aku dan terus capai beg tangan menuju ke pintu utama syarikat dan aku sekarang berada di depan pintu syarikat tetapi kaki aku terasa tak mahu bergerak. Ini semua kerana aku masih lagi baru di tempat ini dan aku tak tahu kemana arah hendak aku pergi sedangkan perut sudah lama berbunyi. Tiba-tiba bahu aku di tepuk dari belakang dan apabila aku menoleh ada seorang wanita sedang berdiri di belakangku sambil tersenyum melihat gelagatku yang seperti orang hilang anak. Rupanya wanita itu adalah akak kerani yang sambut aku pagi tadi semasa aku baru memulakan kerja hari ini. Sambil tersenyum akak yang hanya mahu dipanggil namanya kak Lina itu terus mempelawa aku untuk makan tengah hari bersamanya dan aku pun masih baru di sini tanpa berfikir panjang aku terus terima pelawaan kak Lina kerana perut sudah lapar sangat dan di tambah pula aku tak tahu jalan di sini jadi pelawaan kak Lina tidak boleh aku tolak lagi.


Tepat jam pukul 6.00 petang aku tiba di rumah maksu aku yang aku tumpang sempena mendapat kerja pertama aku. Maksu begitu teruja menunggu aku pulang dari kerja kerana sifatnya yang selalu ingin tahu dan ceria membuatkan aku sentiasa gembira dan tertawa melihat kelakuannya itu. Maksu memang begitu sejak dari dulu lagi sentiasa ceria dan teruja akan sesuatu yang baru dan itulah yang membuatkan ramai orang sentiasa senang berkawan dengan maksu ku itu dan walaupun usianya sudah mencecah 29 tahun tetapi maksu sentiasa nampak muda dan cantik. Ramai orang selalu mengatakan yang kami adalah adik beradik kerana apabila kami keluar bersama maksu sentiasa nampak cantik dan menawan. Aku tidak kisah sangat kerana usia kami pun tak jauh berbeza iaitu maksu berumur 29 tahun dan aku baru masuk 23 tahun jadi aku tidak ambil pusing sangat tentang itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...