2010 ====> 2011

Hai semua. Lama Gengkey tak jenguk blog BU ni. Sibuk yG teramat sangat (prasan sibuk). Nampaknya tahun 2010 dah nak melabuhkan tirainya. Mesti macam-macam perkara dah di lalui kan. Pada Gengkey dan 3 orang lagi ahli BU ni memang banyak lah perkara yG kami lalui bersama pada tahun ni. Reunion la..ronda-ronda la..karaoke la. Papepun itu semua memang senantiasa tersemat di hati Gengkey dan sahabat. Korang lak cane.? Gengkey harap korang pun lalui pengalaman yG lebih berharga. Sepanjang 365 hari pada tahun 2010 pasti ada saja perkara yG menarik kan. Pasti ada suka dan duka. Gengkey lebih suka untuk mengingati suka dari duka. Kerna suka itu mengingatkan kita untuk lebih bertenaga hari yG baru.


Cane lak dengan azam 2010 korang..dah tercapai..?? Gengkey punya dah tercapai. Nak tau apa.? Azam Gengkey pada tahun 2010 adalah untuk bersama kembali rakan semasa di sekolah. Dan bukan sahaja tercapai..malah kerap sahaja bersama setiap hujung minggu. Namun 2011 bakal menyaksikan perubahan kepada semua ini. Kerna masing-masing mulai tekun dengan komitmen masing-masing termasuk Gengkey sendiri yG mahu menumpu sepenuh perhatian terhadap pelajaran (ayat cam baguz je). Ha..azam korang dah tercapai ke..?? Lau belum tercapai masih ada masa lagi..mungkin sambung kat 2011 lak..hehe. Harapnya 2011 bakal menyaksikan sesuatu yG terbaek buat kita semua. Moga dilimpahi rezeki yG mencurah-curah. Moga di teguhkan keimanan kita. Pape pun Gengkey harapkan yG terbaek untuk semua. Selamat tahun baru 2011..peace.

Oh Upin...Oh Ipin...Oh Angkasa

Hai semua..lama benar Gengkey menyepi..hehe. Kali ni Gengkey nak review dengan korang semua pasal sebuah cerita animasi yG terkenal di seantero tanah Malaya. Apa lagi kalau bukan Upin & Ipin. Sebuah filem animasi yG  menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana animasi ini berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar industri filem animasi yG paling di minati. Kalau korang dah menyaksikan filem Geng : Pengembaraan Bermula pastikan korang saksikan Upin & Ipin : Angkasa pula. Kenapa..?? Sebab filem ni merupakan kesinambungan dari filem yG pertama.


Upin dan Ipin serta teman-teman mereka mengikuti lawatan ke Planetarium Negara. Di sana mereka bertemu dengan seorang mahkluk asing dari galaksi lain dan memutuskan untuk mengikuti mahluk asing tersebut dengan menaiki satu pesawat ruang angkasa. Konflik bermula apabila mereka berjumpa dengan musuh baru di angkasa lepas. Untuk sesiapa yang berminat, boleh menonton video Upin dan Ipin Angkasa.



Buah tangan Les' Copaque pasti tidak menghampakan korang semua. Sebab diorang kata dalam filem ni watak Upin & Ipin lebih banyak berbanding filem yG pertama. Wah..tak sabar rasa nya nak menyaksikan filem ni. Dengan kos pembikinan filem yG di anggarkan menelan belanja RM6 juta pasti akan menyaji kan sesuatu yG istimewa buat tontonan semua. Lakonan suara Nur Fathiah Diaz pasti menjadi pujaan ramai kerana suara nya yG chumell mampu menambat hati sesiapa sahaja yG mendengar nya. Pape pun korang kena lah tengok & sokong filem tempatan betul tak Upin & Ipin "betul..betul..betul".. Gengkey belanja korang sedikit video klip trailer Upin & Ipin : Angkasa 2011..peace.

Menyampah dengar Lagu Di Blog

Hari ni merupakan hari tuk Gengkey merehatkan diri setelah 2 malam tidur lewat. Bila dah takde pe nak wat Gengkey pun mula lah menjalankan aktiviti membaca blog orang lain. Dari 1 blog ke blog yG lain. Bukan selalu kot dapat camni. Sebab Gengkey agak sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar sepenuh masa. Lama gak lah Gengkey baca dari blog ke blog. Sampai ke 1 blog ni Gengkey rasa cam kurang senang. Sebab bukak page blog ni pc Gengkey jadi cam berat semacam. Rupa-rupanya de lagu auto-play kat blog ni. Agak terkujat lah jugak. Sebab owner blog ni letak lagu tekno..pergh. Tak jumpa button stop lak tu. Niat hati nak membaca hasil karya beliau terbantut sebab pc Gengkey terus hang. Geram nya. Rasa macam nak bertukar jadi hijau la pulak.

kegeraman yG teramat sangat
Korang pernah terfikir tak yG dengar lagu tu bukan korang..??? Korang tau tak setiap orang citarasa lagu mereka berbeza..??? Korang tau tak bukan semua orang pc/laptop diorang power sampai ley bukak blog korang dalam masa 15 saat..??? Kegeraman bukan kepalang lagi sebab bukan 1 tapi banyak jugak lah blog yG memainkan lagu secara automatik & takde button stop lak tu. Kadang cerita diorang bagus tapi tu lah. Lagu tu buat orang menyampah nak dengar. Paling-paling pun orang baca cepat-cepat lepas tu tekan button pangkah kat atas tu. Gengkey memang kurang berkenan dengan blog yG macam ni. Dah lah berat nak loading. Dengan widget nye..dengan lagu nye. Korang tak menyampah ke..ok lah. Memang korang suka sangat lagu tu. Tapi cukup setakat letak widget kat tepi tu..kalo orang nak dengar orang boleh tekan button play. Tak lah berat semacam nak loading blog korang tu. Nampak nya kegeraman Gengkey terpaksa di noktahkan dengan perkataan..peace.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Bukan Sekadar Komedi

Kali ini Gengkey nak review filem yG Gengkey tengok pada ahad lepas iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tajuk yG agak panjang tapi mudah tuk di ingati. Filem ini merupakan kesinambungan filem Zombi Kampung Pisang. Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang Husin yG pulang ke kampung setelah 2 tahun meninggalkan Kampung Pisang semata-mata untuk mencari rezeki yG halal. Namun, kepulangan beliau tidak di senangi oleh Pak Jabit kerana Husin memutuskan tali pertunangan dengan anak Pak Jabit tanpa sebab ketika itu. Misteri bermula setelah Husin yG rumah nya bersebelahan rumah Kak Limah memberitahu orang kampung yG beliau melihat hantu kak Limah. Maka bermulalah huru-hara di Kampung Pisang tentang hantu kak Limah yG mengganggu orang kampung.  Seorang demi seorang bomoh di import untuk menghalau hantu kak Limah, namun tiada yG berjaya. Dalam pada masa yG sama Husin menjelaskan kepada orang kampung mengapa beliau meninggalkan kampung 2 tahun lalu semata-mata untuk membersihkan nama baik beliau. Namun, misteri hantu kak Limah terjawab apabila anak kak Limah pulang ke Kampung Pisang.


Filem komedi ini di selitkan unsur sindiran & mesej yG di sampaikan agak terus-terang kepada orang ramai untuk di fikirkan. antara sindiran politik ialah apabila Pak Jabit menyindir Pak Abu dengan mengatakan tidak perlu memegang jawatan sampai ke tua..bagilah peluang kepada orang muda. Filem ini juga menyindir orang yG mempunyai kepercayaan tahyul yG karut-marut. Kerana kita sepatutnya percaya kepada tuhan kita. Setakat ini sahaja review Gengkey..nak tau lebih lanjut saksikanlah sendiri yerk. Gengkey belanja korang semua sedutan video Hantu Kak Limah Balik Rumah.."plawok..plawok..plawok.." peace..

Blog Bigfoot United Genap Sebulan

Yeah!!! Akhirnya blog Bigfoot United mencapai umur genap sebulan. Walaupun tak selalu update sebab komitmen terhadap study Gengkey bersyukur sebab blog yG di kuasakan oleh 4 orang sahabat tp sekarang tinggal Aqi seorang je yG pantau blog ini sebab 3 yG lain terpaksa memberi komitmen penuh terhadap kerja masing-masing. Mungkin isi kandungan blog ini kurang best kan sebab idea datang dari seorang pelajar yG kurang pendedahan kepada dunia luar..ahax..:P


Bicara tentang apa ya..Gengkey membicarakan tentang apa sahaja yG terlintas dalam kepala otak Gengkey ni. Tiada pengkhususan untuk isi kandungan blog ini. Gengkey suka membicarakan tentang isu semasa. Ada juga yG mahukan Gengkey menceritakan pengalaman yG berunsurkan lawak. Tapi idea tu tak datang pula buat masa ni. Pape pun Gengkey bersyukur kerana walaupun jarang update tapi ade jugak follower yG sudi mengintai tirai Bigfoot United sekali-sekala. Cukuplah sekadar melawat atau membuat tinjauan tak rasmi ke blog ini. Nak tau jumlah pelawat boleh tengok kat bawah sekali blog kami. Sikit je kan..hehe..Cukuplah sekadar mempunyai banyak tu je. Nak banyak-banyak pun macam la bagus sangat kualiti blog ni kan. Rempah ratus..ribuan ucapan terima kasih kepada yG sudi berbuat begitu. Sokongan anda amat kami hargai..eah..dah macam artis la pulak..haha. Gengkey noktahkan di sini la yerk..peace.

Silat Pengantin

Sekarang kan musim cuti sekolah. Dan ramai pula yG mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis walimatul urus perkahwinan mereka. Masa cuti sekolah ni lah banyak nya undangan majlis perkahwinan. Masa yG kurang sesuai kerana hujung tahun merupakan musim tengkujuh kebiasaanya. Ok..yG nak di bicarakan bukan tu tapi silat pengantin. Pernah tak korang dengar..??

 
Silat pengantin telah bermula sejak awal peradaban Melayu, silat pengantin dilakukan di depan sultan suatu negara dengan oleh para panglima.Tujuannya adalah untuk menunjukkan kemahiran dan keupayaan pertempuran panglima itu, yG mana pada masa itu amat penting untuk menangkis serangan pihak musuh. Ini merupakan jaminan bahawa negara akan dipertahankan dengan baik oleh para panglima.


Tapi pada hari ini, ritual ini dilakukan oleh sebahagian orang sebagai warisan atau adat dalam majlis perkahwinan. Pengantin baru dianggap Raja Sehari. Silat pengantin ini biasanya dilakukan semata-mata ketika menyambut kedatangan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, atau untuk pasangan pengantin ketika mereka tiba di rumah pengantin. Setiap gerakan silat pengantin memilikinya makna sendiri yang biasanya menandakan.: 
  • Salam Hormat
  • Merestui Mempelai
  • Perlindungan Mempelai
  • Mencabar Sekeliling
 Walaubagaimanapun, silat pengantin mempunyai gerakan tertentu dan di lakukan dengan tertib yG tertentu. Antaranya, setiap gerakan haruslah tidak mempunyai unsur-unsur agresif di tujukan kepada pengantin. Kaki ketika bersilat tidak boleh di angkat terlalu tinggi. Senjata juga tidak di gunakan dalam upacara pertunjukan ini. Biasa nya ritual ini di lakukan dalam bilangan yG ganjil seperti seorang, bertiga dan seumpama nya. 


Itu sahaja info yG Gengkey kongsi kan pada masa ini. Kepada yG tidak pernah menyaksikan silat pengantin secara langsung, anda seharus nya mencari peluang untuk menyaksikan sendiri kerana setiap silat pengantin mempunyai gerakan unik yG tersendiri. Gengkey saji kan sedikit sedutan video untuk tatapan umum..peace. 

Dilimpahi Cahaya Lampu di i-City

Mungkin ramai yG dah pergi ke i-city, tempat di mana berhimpun nya lampu-lampu neon yG di hias secantik mungkin. Tapi bagi Gengkey ini merupakan pengalaman pertama Gengkey ke sana. Tepat jam 2 pagi Gengkey bersama rakan-rakan ke i-city dan agak terkejut kerana parking kereta FREE!!! Sebab selama ni kawan-kawan semua nya kata kena bayar lah. Untung pergi pagi-pagi ni. Yg agak mengejutkan lagi ialah ramai lagi rupa nya umat manusia yG melepak  datang untuk melihat keindahan hiasan manusia ni.




Gengkey memang agak kagum dengan kreativiti diorang ni. Idea dari tanah terbiar jadi tempat tumpuan yG berpotensi tinggi menjana pendapatan. Kawasan i-city ni memang agak luas lah. Tapi masih banyak lagi yG belum siap kerana Gengkey nampak ada kawasan yG masih under construction. Ternyata tempat ni memang perlukan banyak lagi persiapan sebelum boleh di iktiraf siap sepenuh nya. 




Dengar kata akan ada persiapan untuk menyambut Hari Natal di sini. Kepada mereka yG berkenaan tu bolehlah menyambut di sini jika berkesempatan la yerk. Tempat yG strategik serta mudah untuk di kunjungi pasti ramai yG tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke sini. Malah, pihak berkenaan akan menganjurkan sambutan tahun baru yG agak gempaq dengan menjemput selebriti terkenal tanah air. Kemungkinan besar Gengkey juga akan ke sini untuk menyaksikan apa yG telah di perkatakan. Pada malam tahun baru dan bermandi kan cahaya lampu neon yG begitu indah hiasan nya. pergh..Kepada sesiapa yG belum pergi lagi. Jom lah sama-sama menyaksikan yerk. Tak rugi..peace..

Bezza - Prototaip Terbaik Perodua

Orang asyik dengan cerita tentang prototaip Proton tentang penggunaan 5 pahlawan Melayu. Sebenarnya bukan semua prototaip tu model baru tapi model sedia ada yG di ubahsuai sedikit sporty. Tetapi Perodua mengejutkan perindustrian permotoran Malaysia dengan prototaip yG di beri nama Bezza. Memang berbeza dari yG lain.  Model yG akan di bangunkan pada masa akan datang dengan enjin hijau.





Reka bentuk yG unik ini memang sesuatu yG di nantikan rakyat Malaysia untuk menyaksikan pengeluar tempatan memberikan kelainan untuk model-model sedia ada.







Nampaknya Perodua juga mengambil inisiatif untuk membangunkan kereta hibrid dengan tujuan mengurangkan pencemaran alam. Namun untuk pembangunan model hibrid memerlukan modal dan kajian yG besar.

DiGi Live K-Pop Party 2011

Bagi kipas susah mati bintang pop Korea..ini peluang anda menyaksikan mereka secara langsung. DiGi membawa mereka terus dari Korea ke Stadium Negara pada 13 Januari 2011. Saksikan Beast, 4Minute & G.Na secara langsung.


Catch the Beast, 4minute and G.Na at the DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

Klik sini untuk maklumat lanjut

Pakej Pengembaraan ke New Zealand

Air Asia menawarkan penerbangan ke New Zealand berserta pakej pengembaraan yG mencabar pada harga terendah yG tidak mungkin anda dapat pada mana-mana syarikat penerbangan.





New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199!
click here for detail

Pakej Celcom Exec untuk Blackberry

Celcom Exec kini menawarkan pelan pakej terbaik untuk pelanggan mereka yG ingin memiliki BlackBerry Bold 9780 and BlackBerry Torch 9800.


Pretty awesome promo from CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800! Must grab it..:D


Pastinya sukar untuk memilih kan..?? Ternyata keduanya memang menarik. 
Klik sini untuk ketahui promosi dari Celcom

MAHA 2010 yang Menarik



Baru-baru ini baru sahaja selesai ekspo MAHA (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ) 2010 yang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Serdang). Ekspo yang di sertai oleh banyak pihak dalam usaha mempromosikan barangan masing-masing.

Gengkey telah pergi ke ekspo tersebut sebanyak 3 kali tetapi tetap tak dapat nak pusing sampai habis sebab keletihan pusing keliling tempat. Hari pertama Gengkey cuma pergi bersama rakan dengan menaiki motorsikal pada hari selasa. Weekday pun jalan nak masuk dah sesak.huh..manusia ni tak kerja ke..haha.. Sempat lah Gengkey lawat Hall A,B,C & D. Hall A untuk pertubuhan kerajaan, Hall B untuk pertubuhan swasta, Hall C untuk pertubuhan antarabangsa manakala Hall D untuk pesta makanan kot. Pertubuhan kerajaan tak banyak mempromosikan barangan jualan mereka. Lebih kepada promosi perkara yang mereka lakukan seperti kajian pada sesuatu bahan. Agak bosan. Masuk Hall B pula, wah..best nye. Banyak barangan yang di promosi kan malah ada diskaun tu. Lepak Hall C pulak, memang agak gempak jugak lah sebab cara mereka mempromosikan barangan mereka memang berlainan. Singgah Hall D memang kembung perut sebab banyak minum air tester dan melantak makanan tester. Memang agak lama lah kitorang kat Hall D ni. Lepas tu adalah jalan sikit-sikit dekat-area pasar tani tu. Letih kot. Jalan kejap je, lepas tu tengok jam dah pukul 2 petang..wargh..ada kelas ni. Apalagi..challow lah.
lanskap yG menarik
Suasana yG santai

Berikutnya Gengkey pergi hari sabtu pulak, yG ni agak bengang lah. Sebab Gengkey naik kereta kali ni. Berpeluh duk dalam kereta nak tunggu masuk park punya pasal. Masuk ikut pintu 2 ni paling best tengok kambing golek..haha..mahal kot. Dapat beli aiskrim susu kambing memang agak keras aiskrim die. Jalan punya jalan kitoang nampak ada kereta ni apa ntah die wat kat sini. Sesat kot.
Panther car ke..??
Fairlady Z lah
Lepas tu kitorang jalan ke tempat nanas pula. Memang agak menarik sebab dapat tengok ladang nanas. Masuk dalam ada macam panggung wayang pulak ada tayangan video tentang nanas, cara memproses dan juga kegunaan nanas. Banyak jugak kegunaan nanas. Ingatkan pasal makanan je. Rupa nya boleh buat sabun. Kat situ siap ada maskot nanas yG suka berjoget bila lagu kegemarannya berkumandang. Letih berjalan, kitorang pun terus ke parking untuk sesi pulang lah.

pintu gerbang bersaskan nanas asli
ladang nanas
antara jenis nanas yG terkenal
hiasan semata-mata
maskot nanas yG ceria
Hari ketiga a.k.a. hari terakhir ekspo MAHA Gengkey mengambil keputusan untuk pergi pada waktu senja. Mujur cuaca setakat hujan renyai. Jalan pun kurang sesak berbanding hari sebelum nya. Kali ini Gengkey mengambil peluang untuk pusing keliling tapi malangnya kebanyakan gerai sudah pun mengemas barang mereka. Gengkey masuk Hall B memang menarik. Banyak promosi jualan penghabisan stok sampai ada sabun sus kambing 2 liter di jual pada harga RM10 sahaja. Siap ada free gift pulak tu. Gengkey pun sapu lah. Berbaloi kot. Kat pasaran harga nya dalam RM11 untuk 1 liter. Masuk Hall D dah memang kedengaran seperti pasar jual ikan. Masing-masing promosi barangan masing-masing pada harga serendah mungkin. "lelong-lelong, dua sepuluh ringgit"..tidak kurang juga ada yG mempromosi seperti meminta simpati "bang, beli lah, tolong saya habis kan stok"..itu cara masing-masing.

Kuda padi untuk tunggangan kanak-kanak
Pada Gengkey, ekspo MAHA ni memang menarik kerana mengumpulkan para pedagang selain memberi pendedahan kepada orang ramai tentang hidupan agro ini. Gengkey harap ekspo ini akan berterusan pada masa akan datang serta pihak penganjur dapat memperbaiki segala kelemahan dalam penganjuran kali ini..peace..

Botak itu Cute..??

Pe pandangan korang bile tengok orang yang botak..?? Pastinya tanggapan -ve yang banyak dari +ve kan..?? Sebab biasanya orang yang berbotak nampak muka bengis je kan.. Macam Degawan..:D 
Tapi Gengkey dah membotakkan kepala Gengkey ni. Respon dari famili mcm biasa je kot. Dari kawan ade yang agak terkujat lah sebab Gengkey ade buat something yang jarang si botak buat. Korang tengok lah pic ni & nilai lah yerk.
percubaan 2007
percubaan 2010
Amacam..?? Kalo korang fikir -ve Gengkey tak marah pun. Kalo korang fikir +ve pun tadahal. Tapi yang memusykilkan Gengkey ni bila ada lah umat manusia yang bernama perempuan ni cakap kat Gengkey.."awak botak cute lah".."si budak botak ni nampak cute lah".. Ha..korang jangan jeles yerk. Sebab ini kenyataan. Haha..tataw lah diorang berkata atas dasar ape pulak. Pape pun botak pun merupakan imej yang baik dari berambut panjang pastu nampak kusut semacam je. Baik botak je kan..senang nak jaga..Pape pun botak itu cute..ahax..peace..

Kuasa Pelajar

Pernah terlintas atau tidak di minda kita bahawa pelajar mempunyai kuasa yang amat besar dan hebat..?? Sebenarnya pelajar merupakan pelapis masa depan negara..ini memang tidak di nafikan. Rata-rata kita dengar suara pelajar di mana-mana. Jika datang musim pilihan raya, pihak tertentu lebih suka "memancing" para pelajar dari orang-orang yang sudah bekerja. Ini adalah kerana fikiran pelajar lebih terbuka dan mudah untuk menilai berdasarkan kata-kata seseorang. Justeru, sebagai pelajar kita hendaklah melalui semua ini dengan teliti agar tidak tersilap langkah memilih.

Jika ke mana-mana seperti ke panggung wayang, ke pusat peranginan kita sering melihat pakej pelajar atau harga pelajar. Ini adalah sebagai daya tarikan. Dengan hanya menunjukkan kad pelajar anda akan mendapat diskaun. Tetapi, kadang-kala ada yang menyalah gunakan kelebihan ini. Ini adalah tidak di galakkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pelajar sendiri. Polis juga tidak akan mengambil tindakan secara melulu setelah mengetahui jika anda merupakan pelajar.

Jika korang pelajar, gunakanlah sebaik-baiknya "title" pelajar ini kerana ianya hanya dapat kita rasa kan sekali dalam seumur hidup kita. Gengkey juga pelajar, banyak faedah yang Gengkey dapat dengan menunjukkan kad pelajar. Jika anda merasakan memegang "title" pelajar merupakan beban kepada anda. Anda silap kerana tidak menggunakan ianya sebaik-baik mungkin. Jadilah pelajar yang mampu memangkin generasi akan datang..peace..

Servis Bertukar Tangan

Bigfoot United mengumumkan bahawa kami dengan ini memberi kuasa penuh kepada Aqi untuk memegang kuasa penuh menjaga blog Bigfoot United ini. Ini adalah berikutan Ayie mendapat kerja baru dan beliau begitu sibuk dengan kerja beliau. Manakala Aim begitu sibuk untuk menyiapkan design suit Bigfoot beliau. Aiman pula begitu sibuk dengan bisnes beliau. Tinggal Aqi seorang sahaja yG dengan rela hati nya untuk menjaga blog ini. Bagaimanapun, sebagai pelajar sepenuh masa, masa beliau mungkin terbatas untuk sentiasa update blog ini. Dengan ini, Aqi di beri kuasa besar untuk menggunakan nama Gengkey dalam penulisan blog ini. Mungkin kadang-kala blog ini akan kelihatan seperti blog peribadi, namun kami akan mencuba untuk mempelbagaikan isi kandungan blog ini. Semoga Aqi dapat menjaga blog yG di amanahkan kepada beliau dengan cara yG terbaek..peace..:D

Ngangkung Memang Terbaik

Pada malam jumaat yang lalu kami berempat telah menonton wayang cerita Ngangkung. Kami tiba di Jusco Tebrau pada jam 10.15 malam dalam keadaan yang hujan renyai-renyai. Sengaja kami pilih waktu malam kerana mahukan suasana yang suram..hehe. Filem yang mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang mencuba nasib untuk mendapatkan nombor ekor dengan aktiviti ngangkung. Permulaan cerita sudah menunjukkan adegan lawak. Pelbagai adegan lawak sepanjang cerita tersebut. Membuatkan semua penonton pecah perut. Sam yang memegang watak Azim begitu bijak menjiwai watak beliau sebagai ayah, suami dan pekerja yang baik sehingga di hasut oleh rakan nya untuk ber”ngangkung”.

Di jadikan cerita, kesemua cubaan mereka tidak mengena. Hasilnya, wang saku Azim tergadai begitu sahaja, manakala Wan berhutang dengan “Along”. Tasnim pula tergadai wang perbelanjaan. Ketaksuban Azim tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana Azim mendapatkan bantuan dari bomoh lain pula. Tetapi setiap perkara yang di lakukan pasti mahukan balasan. Wan pengsan sehingga di bawa ke hospital. Manakala isteri Tasnim keguguran. Anak perempuan Azim pula melayan makhluk halus yang mengekori Azim pada lewat malam.

Saksikan kesudahan filem ini sendiri..haha. Papepun, cerita Ngangkung memang terbaek. Selamat menonton. Sokonglah filem tempatan..peace..

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor

Hari ini merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Kami sebagai warga Johor ingin mengajak rakan-rakan yang berada di Johor Bahru untuk sama-sama meriahkan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj yang ke 52. Sebagai warga Johor, rakyat yang tinggal di negeri yang dinaungi baginda kami mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang hayat baginda. Daulat Tuanku.


Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak Majlis Bandaraya Johor bahru untuk mewujudkan kemeriahan sambutan dengan penglibatan orang ramai melalui program yang dianjurkan seperti berikut :-

Aktiviti Sukan
  •  Sukan Rakyat
  •  Bola Sepak
  •  Bola Jaring
  •  Futsal
  •  Menangkap Itik


Pelbagai Pertandingan
  •  Pertandingan Mewarna
  •  Pertandingan Memasak
  •  Pertandingan Memancing
  •  Pakaian Beragam


Aktiviti Sampingan
  • J-Robik
  • Karaoke Suka-Suka
  • Persembahan Kebudayaan
  • Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  • Produk IKS
  • Kraftangan


Tarikh  : 22hb November 2010
Lokasi : Padang Sri Gelam (Padang Kriket), Tempat Letak Kereta Pantai Stulang Laut
Orang ramai adalah dipelawa untuk menyertai setiap acara yang diadakan.

Aktiviti kami hari ini ialah pusing keliling Johor Bahru sambil melibatkan diri dalam sambutan yang di adakan. Akan kami beri laporan yang penuh sepanjang aktiviti ini...peace..

Ayie Menerima Khabar Gembira

Pagi ini presiden Bigfoot United, Ayie menerima khabar gembira apabila di panggil untuk di temuduga. Di khabarkan beliau menerima panggilan hangit tersebut pada pagi tadi. Setelah sekian lame makan anggur menunggu pekerjaan yang sesuai. Kami di sini senantiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat kami. Semoga beliau sukses dalam temuduga beliau. Dah dapat kerja nanti jangan lupe belanje suit minum ye abang presiden. Oh ye..beliau akan di temuduga pada hari Selasa nanti. Pesanan kepada beliau. Prepare bro, jangan bangun lambat, jangan gugup..hehe..peace..

Berhati-hati Di Kala Musim Tengkujuh Ini

Di kala entry ini di taip kawasan di persekitaraan perkampungan ubiGfoot sedang di landa hujan yang agak lebat. Segala aktiviti yang dirancang terbantut di sebabkan langsung tak boleh keluar rumah. Rumah sendiri pun nak kena tadah air dalam baldi sebab bumbung bocor. Haha. Mujur kawasan sini tak banjir. Tapi di kala musim tengkujuh ini amatlah kerap kita mendengar berita orang kemalangan baik motorsikal, kereta dan tak kurang juga yang lemas. Di sini, kami Bigfoot United ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati kerana malang tidak berbau. Jikalau yang memandu ketika hujan pandu berhati-hati, pastikan penglihatan tidak terhad ketika memandu. Yang bermotorsikal pula elakkan keluar di kala hujan lebat kecuali terpaksa, yelah, hujan kot, sampai nanti mesti lencun punya. Sebaiknya duk rumah diam-diam layan blog Bigfoot United. Hehe..sekian peringatan dari kami..peace..

Kejadian yang Tidak Di Rancang

Kami ingin menceritakan pengalaman kami pada hari Khamis bersamaan 18/11/10. Ikut pada perancangan awal. Nak gerak ke Wisma Persekutuan di bandar Jay Bee untuk mendaftar sebagai pengundi dan selepas itu ke City Square untuk tonton wayang, namun hujan turun dengan selebatnya membuatkan kami terkedu untuk bergerak kerana masing-masing hanya memiliki motorsikal. Yalah, hujan beb, mau lencun kalau redah je. Tunggu punya tunggu, jiran Ayie ajak beliau melapah daging korban. Tepat jam 5 petang, Aim sms yang berbunyi “aku dah sampai rumah, korang dah gerak ke belum..??” Setelah hujan berhenti dalam lingkungan 5.30 petang Ayie sms “lambat sikit bro, tak habis lapah daging lagi ni..”. Tunggu lagi lah jawabnya. Set timing baik punya, pukul 6 petang kami gerak ke rumah Aim. Perbincangan ringkas dan menentukan destinasi dan tujuan adalah Jusco Tebrau City untuk menonton filem Harry Porter terbaru. Yang paling hampeh + sadis + bengang ialah tiket Harry Porter habis. Yang tinggal Cuma jam 8 malam. Wargh!!! Semua dah buat muka panjang(cam usop sontorian). Lastly decide, antara cerita Skyline dan Unstoppable. Lat tali tam ploi…Skyline menjadi pilihan. Ktorang redha je sebab tak dapat tengok Harry Porter.

Cerita Skyline ni agak gempaq gak lah sebab grafik dia cambez + kesan bunyi cambez + unsur cerita banyak suspend. Cerita ala-ala Cloverfield bak kata Aim. Menceritakan tentang alien menyerang bandar LA dan menyedut semua umat manusia di bandar LA untuk menyedut otak manusia, seterusnya merekrut alien yang baru. Layan punya layan dah dekat 2 jam duk dalam ni, tak nampak pun tanda-tanda cerita nak habis. Skali cerita dia habis dengan cam hampeh. Nak tau kenapa..??? Korang tengok la sendiri ye..Don't Look Up..peace..

Jom Tonton Wayang Cerita Harry Porter and the Deathly Hallows Part 1

Mari saksikan Harry Porter di pawagam berdekatan anda hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1. Review cerita ini telah kami paparkan pada entri yang lalu. Jadilah antara mereka yang pertama saksikan filem bakal pecah panggung ini.

Klik untuk review masa tontonan filem ini.tgv cinema

Pasukan Lotus Racing F1 Bakal Bertukar Nama

Pasukan Lotus Racing yang di asaskan oleh Datuk Tony fernandes dan di kendalikan oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd. bakal mengubah nama pasukan mereka setelah terdapat perbalahan antara Proton yang juga pemilik Lotus. Ini adalah kerana niat Datuk Tony Fernandes yang mahukan nama Lotus Racing ditukar kepada Team Lotus dibawah nama Colin Chapman yang pernah memenangi kejuaraan pada 1960-an dan 1970-an.

Tetapi Lotus Cars telah mendapatkan tindakan undang-undang yang mengatakan Datuk Tony Fernandes tiada hak untuk menggunakan nama Lotus kerana David Hunt tidak pernah menjualnya. Tetapi Datuk Tony Fernandes menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah begitu sahaja kerana beliau mempunyai bukti dan sumber yang kukuh untuk mempertahankan hak beliau. Lotus yang pada masa ini menggunakan enjin Cosworth. Lotus Racing merupakan antara pasukan terbaik musim ini di antara pasukan terbaru yang menyertai F1 musim ini. Sekian.

Melayangkan Kad Merah Adalah Wajar - Subkhiddin

Beberapa hari lalu para peminat bola sepak negara telah di kejutkan dengan keputusan pengadil Ben Williams yang melayangkan 3 kad merah kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan pada perlawanan menentang China pada Sukan Asia 2010 sabtu lalu. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang berang dan marah, tidak kurang juga yang mengutuk tindakan pengadil tersebut.

Cerita yang akan kami kongsikan kali ini adalah apabila seorang pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh pula mempertahankan tindakan Ben Williams dengan mengatakan tindakan beliau adalah wajar dan tepat. Beliau juga mengatakan pemain Malaysia gagal mengawal emosi akibat dieksploitasi oleh pemain China. Malah beliau berkata pemain Malaysia sepatutnya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain China.

Pada hemat anda, adakah Subkhiddin Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan sebagai tindakan membela rakan sejawat beliau ataupun hanya mahu mencari publisiti semata-mata. Kerana pada pendapat kami amat sukar untuk melihat seseorang pengadil mengeluarkan 3 kad merah dalam 1 perlawanan. Kerana jika lihat dari logic akal nampak sangat perlawanan tidak akan seimbang dan menjadi berat sebelah. Renung-renungkan. Sekian.

Miliki Blackberry Torch 9800 - Terhangat & Terpintar dengan DiGi

Adakah anda berminat untuk memiliki Blackberry Torch 9800..??? Jika ya, anda sedang membaca ruangan yang tepat kerana kami di sini ingin memberitahu anda bahawa DiGi kini telah melancarkan Blackberry Torch 9800 yang mempunyai keypad QWERTY dan skrin sentuh yang ter”HOT” dan ter”SMART”!!! Miliki nya sekarang atau anda akan menyesal di kemudian hari. Anda ragu-ragu tentang kepintaran Blackberry Torch 9800..??? Mari kita lihat spesifikasi Blackberry Torch 9800 ini.
*imej hanya tatapan umum
Antara spesifikasi menarik :

Features

Display

  • Optical trackpad
  • High-resolution touch screen
  • Full QWERTY keyboard
  • 3G network support
  • Simultaneous voice and data
  • Email and text messaging
  • BlackBerry® Messenger
  • Instant Messaging
  • Phone
  • Browser
  • Social feeds
  • Camera and video recording
  • Wi-Fi®
  • GPS
  • Media player
  • Organizer
  • Bluetooth®
  • Tethered modem
  • 3.2” HVGA+ touch screen (480x360)
  • Font size (user selectable)
  • Light-sensing and proximity
  • detecting screen

Camera & Video Recording
  • 5 MP camera
  • Continuous auto-focus
  • Image stabilization
  • Flash
  • 11 scene modes
  • 2X digital zoom
  • VGA (640x480) video recording
·       Geotagging

 

Data Input & Navigation

Battery & Battery Life

  • Trackpad located on front face of device, ESC key to the right,
  • Menu key to the left
  • Touch screen with on-screen keyboard: portrait SureType®, QWERTY and multi-tap, landscape QWERTY
  • Slide-out QWERTY keyboard with backlighting
  • 1300 mAHr removable/rechargeable lithium-ion cell
  • Standby Time: GSM® - up to 18 days, UMTS - up to 14 days
  • Talk Time: GSM - up to 5.5 hours, UMTS – up to 5.8 hours
  • Music Playback: up to 30 hours
  • Video Playback: up to 6 hours

Voice Input & Output
Memory
  • 3.5mm stereo headset capable
  • Integrated speaker and microphone
  • Hands-free headset capable
  • Bluetooth headset capable
  • Integrated hands-free speakerphone
  • M3, T3 (open position only) Rating for hearing aids (PDF)

  • 512 MB flash memory / 512 MB SDRAM
  • 4 GB eMMC + 4 GB media card included
  • Expandable memory – support for microSD card
  • up to 32 GB



DiGi menawarkan Blackberry Torch 9800 hanya pada harga RM 1499 dengan DG Smart Plan!!! Anda pasti tertarik dengan tawaran ini. Akan kami terangkan mengapa Blackberry Torch yang “HOT” ini di tawarkan dalam pelan yang “SMART”.
Surf SMART     Pelan penggunaan Internet Tanpa Had bulanan hanya pada RM 68
Call SMART     Tiada minimum penggunaan panggilan
Save SMART    Rebat 100% pada pelan Internet Tanpa Had*
Roam SMART – Data roaming Tanpa Had hanya pada RM 36 sehari

Video kami paparkan untuk tatapan umum: 







Menarik bukan tawaran yang di berikan. Jadi, apa tunggu lagi. Miliki Blackberry Torch yang "HOT" hanya dari DiGi, Always The SMARTER choice anda hari ini. Kunjungi pusat perkhidmatan DiGi berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau lawat digi.com.my/smartplan.


*Tertakluk pada terma & syarat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...