Silat Pengantin

Sekarang kan musim cuti sekolah. Dan ramai pula yG mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis walimatul urus perkahwinan mereka. Masa cuti sekolah ni lah banyak nya undangan majlis perkahwinan. Masa yG kurang sesuai kerana hujung tahun merupakan musim tengkujuh kebiasaanya. Ok..yG nak di bicarakan bukan tu tapi silat pengantin. Pernah tak korang dengar..??

 
Silat pengantin telah bermula sejak awal peradaban Melayu, silat pengantin dilakukan di depan sultan suatu negara dengan oleh para panglima.Tujuannya adalah untuk menunjukkan kemahiran dan keupayaan pertempuran panglima itu, yG mana pada masa itu amat penting untuk menangkis serangan pihak musuh. Ini merupakan jaminan bahawa negara akan dipertahankan dengan baik oleh para panglima.


Tapi pada hari ini, ritual ini dilakukan oleh sebahagian orang sebagai warisan atau adat dalam majlis perkahwinan. Pengantin baru dianggap Raja Sehari. Silat pengantin ini biasanya dilakukan semata-mata ketika menyambut kedatangan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, atau untuk pasangan pengantin ketika mereka tiba di rumah pengantin. Setiap gerakan silat pengantin memilikinya makna sendiri yang biasanya menandakan.: 
  • Salam Hormat
  • Merestui Mempelai
  • Perlindungan Mempelai
  • Mencabar Sekeliling
 Walaubagaimanapun, silat pengantin mempunyai gerakan tertentu dan di lakukan dengan tertib yG tertentu. Antaranya, setiap gerakan haruslah tidak mempunyai unsur-unsur agresif di tujukan kepada pengantin. Kaki ketika bersilat tidak boleh di angkat terlalu tinggi. Senjata juga tidak di gunakan dalam upacara pertunjukan ini. Biasa nya ritual ini di lakukan dalam bilangan yG ganjil seperti seorang, bertiga dan seumpama nya. 


Itu sahaja info yG Gengkey kongsi kan pada masa ini. Kepada yG tidak pernah menyaksikan silat pengantin secara langsung, anda seharus nya mencari peluang untuk menyaksikan sendiri kerana setiap silat pengantin mempunyai gerakan unik yG tersendiri. Gengkey saji kan sedikit sedutan video untuk tatapan umum..peace. 

No response to “Silat Pengantin”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...