Oh Upin...Oh Ipin...Oh Angkasa

Hai semua..lama benar Gengkey menyepi..hehe. Kali ni Gengkey nak review dengan korang semua pasal sebuah cerita animasi yG terkenal di seantero tanah Malaya. Apa lagi kalau bukan Upin & Ipin. Sebuah filem animasi yG  menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana animasi ini berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar industri filem animasi yG paling di minati. Kalau korang dah menyaksikan filem Geng : Pengembaraan Bermula pastikan korang saksikan Upin & Ipin : Angkasa pula. Kenapa..?? Sebab filem ni merupakan kesinambungan dari filem yG pertama.


Upin dan Ipin serta teman-teman mereka mengikuti lawatan ke Planetarium Negara. Di sana mereka bertemu dengan seorang mahkluk asing dari galaksi lain dan memutuskan untuk mengikuti mahluk asing tersebut dengan menaiki satu pesawat ruang angkasa. Konflik bermula apabila mereka berjumpa dengan musuh baru di angkasa lepas. Untuk sesiapa yang berminat, boleh menonton video Upin dan Ipin Angkasa.



Buah tangan Les' Copaque pasti tidak menghampakan korang semua. Sebab diorang kata dalam filem ni watak Upin & Ipin lebih banyak berbanding filem yG pertama. Wah..tak sabar rasa nya nak menyaksikan filem ni. Dengan kos pembikinan filem yG di anggarkan menelan belanja RM6 juta pasti akan menyaji kan sesuatu yG istimewa buat tontonan semua. Lakonan suara Nur Fathiah Diaz pasti menjadi pujaan ramai kerana suara nya yG chumell mampu menambat hati sesiapa sahaja yG mendengar nya. Pape pun korang kena lah tengok & sokong filem tempatan betul tak Upin & Ipin "betul..betul..betul".. Gengkey belanja korang sedikit video klip trailer Upin & Ipin : Angkasa 2011..peace.

No response to “Oh Upin...Oh Ipin...Oh Angkasa”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...