Menyampah dengar Lagu Di Blog

Hari ni merupakan hari tuk Gengkey merehatkan diri setelah 2 malam tidur lewat. Bila dah takde pe nak wat Gengkey pun mula lah menjalankan aktiviti membaca blog orang lain. Dari 1 blog ke blog yG lain. Bukan selalu kot dapat camni. Sebab Gengkey agak sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar sepenuh masa. Lama gak lah Gengkey baca dari blog ke blog. Sampai ke 1 blog ni Gengkey rasa cam kurang senang. Sebab bukak page blog ni pc Gengkey jadi cam berat semacam. Rupa-rupanya de lagu auto-play kat blog ni. Agak terkujat lah jugak. Sebab owner blog ni letak lagu tekno..pergh. Tak jumpa button stop lak tu. Niat hati nak membaca hasil karya beliau terbantut sebab pc Gengkey terus hang. Geram nya. Rasa macam nak bertukar jadi hijau la pulak.

kegeraman yG teramat sangat
Korang pernah terfikir tak yG dengar lagu tu bukan korang..??? Korang tau tak setiap orang citarasa lagu mereka berbeza..??? Korang tau tak bukan semua orang pc/laptop diorang power sampai ley bukak blog korang dalam masa 15 saat..??? Kegeraman bukan kepalang lagi sebab bukan 1 tapi banyak jugak lah blog yG memainkan lagu secara automatik & takde button stop lak tu. Kadang cerita diorang bagus tapi tu lah. Lagu tu buat orang menyampah nak dengar. Paling-paling pun orang baca cepat-cepat lepas tu tekan button pangkah kat atas tu. Gengkey memang kurang berkenan dengan blog yG macam ni. Dah lah berat nak loading. Dengan widget nye..dengan lagu nye. Korang tak menyampah ke..ok lah. Memang korang suka sangat lagu tu. Tapi cukup setakat letak widget kat tepi tu..kalo orang nak dengar orang boleh tekan button play. Tak lah berat semacam nak loading blog korang tu. Nampak nya kegeraman Gengkey terpaksa di noktahkan dengan perkataan..peace.

No response to “Menyampah dengar Lagu Di Blog”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...