Kuasa Pelajar

Pernah terlintas atau tidak di minda kita bahawa pelajar mempunyai kuasa yang amat besar dan hebat..?? Sebenarnya pelajar merupakan pelapis masa depan negara..ini memang tidak di nafikan. Rata-rata kita dengar suara pelajar di mana-mana. Jika datang musim pilihan raya, pihak tertentu lebih suka "memancing" para pelajar dari orang-orang yang sudah bekerja. Ini adalah kerana fikiran pelajar lebih terbuka dan mudah untuk menilai berdasarkan kata-kata seseorang. Justeru, sebagai pelajar kita hendaklah melalui semua ini dengan teliti agar tidak tersilap langkah memilih.

Jika ke mana-mana seperti ke panggung wayang, ke pusat peranginan kita sering melihat pakej pelajar atau harga pelajar. Ini adalah sebagai daya tarikan. Dengan hanya menunjukkan kad pelajar anda akan mendapat diskaun. Tetapi, kadang-kala ada yang menyalah gunakan kelebihan ini. Ini adalah tidak di galakkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pelajar sendiri. Polis juga tidak akan mengambil tindakan secara melulu setelah mengetahui jika anda merupakan pelajar.

Jika korang pelajar, gunakanlah sebaik-baiknya "title" pelajar ini kerana ianya hanya dapat kita rasa kan sekali dalam seumur hidup kita. Gengkey juga pelajar, banyak faedah yang Gengkey dapat dengan menunjukkan kad pelajar. Jika anda merasakan memegang "title" pelajar merupakan beban kepada anda. Anda silap kerana tidak menggunakan ianya sebaik-baik mungkin. Jadilah pelajar yang mampu memangkin generasi akan datang..peace..

No response to “Kuasa Pelajar”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...