Hantu Kak Limah Balik Rumah Bukan Sekadar Komedi

Kali ini Gengkey nak review filem yG Gengkey tengok pada ahad lepas iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tajuk yG agak panjang tapi mudah tuk di ingati. Filem ini merupakan kesinambungan filem Zombi Kampung Pisang. Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini mengisahkan tentang Husin yG pulang ke kampung setelah 2 tahun meninggalkan Kampung Pisang semata-mata untuk mencari rezeki yG halal. Namun, kepulangan beliau tidak di senangi oleh Pak Jabit kerana Husin memutuskan tali pertunangan dengan anak Pak Jabit tanpa sebab ketika itu. Misteri bermula setelah Husin yG rumah nya bersebelahan rumah Kak Limah memberitahu orang kampung yG beliau melihat hantu kak Limah. Maka bermulalah huru-hara di Kampung Pisang tentang hantu kak Limah yG mengganggu orang kampung.  Seorang demi seorang bomoh di import untuk menghalau hantu kak Limah, namun tiada yG berjaya. Dalam pada masa yG sama Husin menjelaskan kepada orang kampung mengapa beliau meninggalkan kampung 2 tahun lalu semata-mata untuk membersihkan nama baik beliau. Namun, misteri hantu kak Limah terjawab apabila anak kak Limah pulang ke Kampung Pisang.


Filem komedi ini di selitkan unsur sindiran & mesej yG di sampaikan agak terus-terang kepada orang ramai untuk di fikirkan. antara sindiran politik ialah apabila Pak Jabit menyindir Pak Abu dengan mengatakan tidak perlu memegang jawatan sampai ke tua..bagilah peluang kepada orang muda. Filem ini juga menyindir orang yG mempunyai kepercayaan tahyul yG karut-marut. Kerana kita sepatutnya percaya kepada tuhan kita. Setakat ini sahaja review Gengkey..nak tau lebih lanjut saksikanlah sendiri yerk. Gengkey belanja korang semua sedutan video Hantu Kak Limah Balik Rumah.."plawok..plawok..plawok.." peace..

No response to “Hantu Kak Limah Balik Rumah Bukan Sekadar Komedi”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...