Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor

Hari ini merupakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Kami sebagai warga Johor ingin mengajak rakan-rakan yang berada di Johor Bahru untuk sama-sama meriahkan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj yang ke 52. Sebagai warga Johor, rakyat yang tinggal di negeri yang dinaungi baginda kami mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang hayat baginda. Daulat Tuanku.


Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak Majlis Bandaraya Johor bahru untuk mewujudkan kemeriahan sambutan dengan penglibatan orang ramai melalui program yang dianjurkan seperti berikut :-

Aktiviti Sukan
  •  Sukan Rakyat
  •  Bola Sepak
  •  Bola Jaring
  •  Futsal
  •  Menangkap Itik


Pelbagai Pertandingan
  •  Pertandingan Mewarna
  •  Pertandingan Memasak
  •  Pertandingan Memancing
  •  Pakaian Beragam


Aktiviti Sampingan
  • J-Robik
  • Karaoke Suka-Suka
  • Persembahan Kebudayaan
  • Gerai Jualan Makanan dan Minuman
  • Produk IKS
  • Kraftangan


Tarikh  : 22hb November 2010
Lokasi : Padang Sri Gelam (Padang Kriket), Tempat Letak Kereta Pantai Stulang Laut
Orang ramai adalah dipelawa untuk menyertai setiap acara yang diadakan.

Aktiviti kami hari ini ialah pusing keliling Johor Bahru sambil melibatkan diri dalam sambutan yang di adakan. Akan kami beri laporan yang penuh sepanjang aktiviti ini...peace..

No response to “Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...