Pengembaraan ke Pameran Sains Teknologi & Ict

Menceritakan pengalaman kami berkunjung ke pameran sains teknologi dan ict (MISTI) Johor 2010 bertempat di Persada Johor pada 22-27 Jun 2010 yang lalu. Bergerak pada jam 3 petang setelah berjaya mengumpulkan keempat-empat ahli BiGfoot uNited dengan menaiki motorsikal masing-masing (nak naek kereta takde). Pameran sains yang kami pergi memang banyak kenangan dan pelbagai perkara baru kami pelajari. Hampir kesemua permainan yang menguji minda telah kami cuba. Masuk dalam bas hijau Universiti Sains Malaysia (USM) ada perkara baru yang kami pelajari tentang cara-cara untuk mengurangkan pencemaran udara. Masuk dalam bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kami di tunjuk kan beza antara kad pengenalan palsu dan tulen. Ada yang mencuba nasib untuk menjadi pembaca berita sementara. Ada yang di temu ramah oleh deejay radio Fuhyoo.fm. Saat di temu ramah oleh deejay radio 2 orang sahabat kami memang tidak melepaskan peluang untuk mengenakan deejay tersebut dengan memberi jawapan loyar buruk. Tapi deejay radio pun lebih kurang juga la melayan karenah diorang. Memang tak kering gusi ketika itu. Setelah keletihan melalui hari yang agak panjang, kami pulang ke rumah masing-masing pada jam 6 petang.

Sedikit gambar tuk tatapan umum.

Sekian.

No response to “Pengembaraan ke Pameran Sains Teknologi & Ict”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...