Pasukan Lotus Racing F1 Bakal Bertukar Nama

Pasukan Lotus Racing yang di asaskan oleh Datuk Tony fernandes dan di kendalikan oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd. bakal mengubah nama pasukan mereka setelah terdapat perbalahan antara Proton yang juga pemilik Lotus. Ini adalah kerana niat Datuk Tony Fernandes yang mahukan nama Lotus Racing ditukar kepada Team Lotus dibawah nama Colin Chapman yang pernah memenangi kejuaraan pada 1960-an dan 1970-an.

Tetapi Lotus Cars telah mendapatkan tindakan undang-undang yang mengatakan Datuk Tony Fernandes tiada hak untuk menggunakan nama Lotus kerana David Hunt tidak pernah menjualnya. Tetapi Datuk Tony Fernandes menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah begitu sahaja kerana beliau mempunyai bukti dan sumber yang kukuh untuk mempertahankan hak beliau. Lotus yang pada masa ini menggunakan enjin Cosworth. Lotus Racing merupakan antara pasukan terbaik musim ini di antara pasukan terbaru yang menyertai F1 musim ini. Sekian.

No response to “Pasukan Lotus Racing F1 Bakal Bertukar Nama”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...