Ngangkung Memang Terbaik

Pada malam jumaat yang lalu kami berempat telah menonton wayang cerita Ngangkung. Kami tiba di Jusco Tebrau pada jam 10.15 malam dalam keadaan yang hujan renyai-renyai. Sengaja kami pilih waktu malam kerana mahukan suasana yang suram..hehe. Filem yang mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang mencuba nasib untuk mendapatkan nombor ekor dengan aktiviti ngangkung. Permulaan cerita sudah menunjukkan adegan lawak. Pelbagai adegan lawak sepanjang cerita tersebut. Membuatkan semua penonton pecah perut. Sam yang memegang watak Azim begitu bijak menjiwai watak beliau sebagai ayah, suami dan pekerja yang baik sehingga di hasut oleh rakan nya untuk ber”ngangkung”.

Di jadikan cerita, kesemua cubaan mereka tidak mengena. Hasilnya, wang saku Azim tergadai begitu sahaja, manakala Wan berhutang dengan “Along”. Tasnim pula tergadai wang perbelanjaan. Ketaksuban Azim tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana Azim mendapatkan bantuan dari bomoh lain pula. Tetapi setiap perkara yang di lakukan pasti mahukan balasan. Wan pengsan sehingga di bawa ke hospital. Manakala isteri Tasnim keguguran. Anak perempuan Azim pula melayan makhluk halus yang mengekori Azim pada lewat malam.

Saksikan kesudahan filem ini sendiri..haha. Papepun, cerita Ngangkung memang terbaek. Selamat menonton. Sokonglah filem tempatan..peace..

No response to “Ngangkung Memang Terbaik”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...