Melayangkan Kad Merah Adalah Wajar - Subkhiddin

Beberapa hari lalu para peminat bola sepak negara telah di kejutkan dengan keputusan pengadil Ben Williams yang melayangkan 3 kad merah kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan pada perlawanan menentang China pada Sukan Asia 2010 sabtu lalu. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang berang dan marah, tidak kurang juga yang mengutuk tindakan pengadil tersebut.

Cerita yang akan kami kongsikan kali ini adalah apabila seorang pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh pula mempertahankan tindakan Ben Williams dengan mengatakan tindakan beliau adalah wajar dan tepat. Beliau juga mengatakan pemain Malaysia gagal mengawal emosi akibat dieksploitasi oleh pemain China. Malah beliau berkata pemain Malaysia sepatutnya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain China.

Pada hemat anda, adakah Subkhiddin Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan sebagai tindakan membela rakan sejawat beliau ataupun hanya mahu mencari publisiti semata-mata. Kerana pada pendapat kami amat sukar untuk melihat seseorang pengadil mengeluarkan 3 kad merah dalam 1 perlawanan. Kerana jika lihat dari logic akal nampak sangat perlawanan tidak akan seimbang dan menjadi berat sebelah. Renung-renungkan. Sekian.

No response to “Melayangkan Kad Merah Adalah Wajar - Subkhiddin”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...