Lawatan ke Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar Johor


Kali ini menceritakan pengalaman kami berkunjung ke Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Bangunan yang dibina pada ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar merupakan Istana Besar Johor yang mula dibina pada tahun 1864 dan siap dibina pada tahun 1866. Bangunan yang pada asalnya merupakan kediaman rasmi Sultan Johor tetapi telah dijadikan muzium pada tahun 1982 kerana kediaman rasmi Sultan Johor telah berpindah ke Istana Pasir Pelangi. Bangunan ini juga merupakan antara bangunan tertua di Johor Bahru. Kawasan persekitaran bangunan yang juga dipanggil Kebun Bunga merupakan tempat yang menarik untuk melihat keindahan alam juga untuk bersenam sama ada pada waktu pagi ataupun senja. Susunan lanskap yang menghijau menyejukkan lagi mata memandang apabila berkunjung ke sini.

                                                  Bangunan muzium DiRaja Sultan Abu Bakar

Oleh kerana kami sampai pada waktu yang agak senja. Kelihatan agak ramai orang yang datang ke sini untuk bersenam. Tidak kurang juga kelihatan beberapa pasangan pengantin yang baru berkahwin menjadikan Kebun Bunga sebagai tempat untuk sesi fotografi bagi mereka kerana lokasi yang berdekatan dengan bandar selain susunan lanskapnya yang cantik.

Susunan lanskap yang menarik

Pemandangan pokok-pokok yang menghijau

Tempat beristirehat di puncak

Rumput menghijau yang seringkali
menjadi tempat untuk beriadah

Ketika ini, bangunan ini dijadikan sebagai tempat untuk acara rasmi kerajaan negeri seperti upacara istiadat pertabalan diraja. Dan ianya merupakan peninggalan sejarah yang sangat berharga bagi negeri Johor. Ini sahaja cerita kami buat masa ini. Sekian.

Sumber dari Tourism Malaysia



No response to “Lawatan ke Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar Johor”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...