Ngangkung : Puja Yang Membawa Padah

Ulasan cerita bakal pecah panggung kali ini sebuah filem dari tanah air yang bertajuk Ngangkung. Ngangkung bermaksud perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘sesuatu’ untuk dipuja oleh bomoh. Ia hendaklah benda yang sukar di temui (rare). Kisah yang bermula dengan menceritakan Azim sebagai seorang pemandu lori yang tinggal di pinggir bandar bersama isteri nya, Suri dan anak perempuan nya. Tasnim dan Wan pula merupakan kawan baik Azim tetapi mereka mempunyai tabiat buruk iaitu suka membeli nombor ekor. Pada awalnya Azim tidak terlibat langsung dengan gejala social yang buruk ini namun terpengaruh atas desakan kesempitan kewangan.





Kejayaan Tasnim memenangi nombor ekor pada suatu hari yang mengubah nasib hasil ngangkung telah meyakinkan lagi Azim untuk mengikut jejak langkah Tasnim dan Wan. Apabila Azim semakin serius dan taksub dengan ngangkung, dia secara tidak langsung telah mengabaikan keluarganya. Keadaan ini berlarutan sehingga suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. 


Sedutan cerita untuk tatapan umum.

No response to “Ngangkung : Puja Yang Membawa Padah”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...